Bismillahirrahmanirrahim

MENYINGKAP KEHEBATAN RASULULLAH DISEBALIK `UMMIY`


Bahagian Pertama
Petikan :

" Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya.Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu,kebaikan, perpaduan,kasih sayang,pengorbanan, perjuangan dan lain-lain."

Saya ingin memulakan tulisan ini dengan memohon ampun dan maaf kepada kekasih Tuhan, Penghulu alam, Rasulullah SAW di atas salah tanggap dan salah tafsir terhadap statusnya sebagai seorang rasul yang Ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa Ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, ertinya buta huruf, orang yang tidak belajar bererti seorang yang bodoh. Ensiklopedia Barat juga mendefinasikan Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa masalah baginya, tapi bagi yang prihatin, yang hatinya terbuka, kita rasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan maksud Ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf.

Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan rohnya. Itulah hakikatnya. jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai.

Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab lahiriah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya melalui menulis, membaca, berguru, belajar di sekolah dan lain-lain. Bagi orang biasa, jika tidak mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai.Itulah lumrahnya. Tetapi itu adalah proses untuk manusia biasa.

Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa Allah pandaikan dia tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Mari kita bahaskan pula perkataan Ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada `ibu`. Makna ibu pula:
1.Kalau dibahaskan secara lahir, ibu merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana mungkin dapat melahirkan zuriat.

2.Bagi yang tidak bernyawa yang disebut ibu juga contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti. Itu disebut ibu juga.

3.Ibu secara batin atau maknawi punya erti yang lebih hebat, iaitu ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh. Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus memberi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat.Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan Ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan lain-lain. Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi dia menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan dia dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya .

....bersambung
Ampun Maaf.
Sumber Rujukan:Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Cintai Tuhan Sayangi Sesama Manusia



 


Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke