--- On Tue, 10/28/08, Abdul Razak Isa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Abdul Razak Isa <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: [ReSpeKs] Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED]
Date: Tuesday, October 28, 2008, 8:34 PM










    
            Salam...pada pengetahuan saya yahudi dinisabkan pada sebelah ibu 
mereka...dalam undang2 yahudi slash dan david beckham tidak diiktiraf sebagai 
yahudi disebabkan yahudi itu sebelah bapa mereka....tetapi mereka boleh menjadi 
yahudi jika mereka ini telah menjalankan proses penukaran agama seperti mana 
penganut agama lain yang mahu bertukar agama kepada agama yahudi...

--- On Tue, 10/28/08, umar faruqi <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:

From: umar faruqi <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: [ReSpeKs] Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai
To: [EMAIL PROTECTED] .com, [EMAIL PROTECTED] com, [EMAIL PROTECTED] s.com, 
SahabatInteraktif@ yahoogroups. com, [EMAIL PROTECTED] s.com, [EMAIL PROTECTED] 
ps.com, blalang_group@ yahoogroups. com, keluarga_melayu@ yahoogroups. com, 
[EMAIL PROTECTED] ups..com, melayucyber@ yahoogroups. com, melayusiber@ 
yahoogroups. com, rampai_iklan@ yahoogroups. com, [EMAIL PROTECTED] .com, 
kejayaan_sihatceria @yahoogroups. .com, uitm-melaka@ yahoogroups. com, 
azhariyeeiin@ yahoogroups. com, iklanbebasku@ yahoogroups. com, 
usahawan_cyberia@ yahoogroups. com, MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com, [EMAIL 
PROTECTED] s.com
Date: Tuesday, October 28, 2008, 5:33 AM








Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai
Dilulus terbit pada Tuesday, October 28 @ 12:00:00 MYT oleh TokBatin 
 Oleh CosaNostra


"Kedua-dua mereka berada di bidang yang
 berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka 
adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi 
sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood.


Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan 
remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat 
di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya 
skiptikal dalam budaya hedonisme.


Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka 
kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan 
itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat dihadapan kulit-kulit buku dan 
diusung ke hulu ke hilir.



Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua 
lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling 
mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka 
yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.
c

Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama 
peminatnya




.
Keyahudian David Beckham


David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang 
bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah 
datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar 
di United Kingdom.
Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi 
iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang 
David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah 
peminat fanatik kelab Manchester United.


Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej 
keyahudiannya itu di mata dunia.


Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph 
Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan 
terbesar masyarakat Yahudi di New York.


Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa 
kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue 
(tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah 
datuknya.


Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap 
kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..
  
(Gambar) Gaya rambut lelaki Yahudi ini kini ikutan belia seluruh dunia.


Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan 
anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak 
di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam 
akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.





Keyahudian Slash
Slash atau nama sebenarnya Soul Hutson merupakan lagenda gitaris rock era 90-an 
yang paling terkenal. Dengan rupa paras afrika-amerika, gaya rambut kerinting 
panjang menutup muka serta topi Uncle Sam yang tidak pernah lekang dari kepala, 
Slash berjaya menjadi ikon kepada peminat rock n’ roll.
  
Slash amat sinonim dengan Guns N’ Roses walaupun sebelum itu pernah menyertai 
kumpulan Snackpit dan sekarang ini Velvet Revolver. Dengan petikan gitar rock 
campuran country-style ini, Slash seringkali diundang untuk menjadi gitaris 
undangan sesetengah artis terkenal seperti Michael Jackson dan Ozzy Osborne.
Slash sebenarnya anak kepada pasangan Afrika-Amerika. Dia juga berdarah separuh 
Yahudi yakni mempunyai talian keturunan Yahudi sebelah bapanya. Ibunya Ola 
Hudson adalah pendatang berdarah campuran Afrika-Amerika.


Namun identiti yahudinya tidak pernah didedahkan pada era 1990-an kerana ketika 
semangat perkauman (racisme) terutamanya anti-sematik masih menebal.


Kini, walaupun dia (Slash) seorang Yahudi, dia tetap menjadi pujaan peminat 
muslim. Maka tidak hairanlah petikan gitarnya juga menjadi bunyi utama dalam 
lagu “Bayangan” nyanyian Ella.


Karektor Slash yang unik itu juga diabadikan oleh pelukis kartun terkenal 
majalah Ujang iaitu Gayour yang mana wataknya dijadikan watak utama dalam suatu 
ruangan kartun.
Walaupun kini usia lelaki yang lahir pada 1965 ini sudah pun mencecah hampir 45 
tahun, lelaki Yahudi ini tetap menjadi kegilaan peminat-peminat muslim 
khususnya di Malaysia. Nampaknya selepas ini, mungkin Lenny Kravitz si Yahudi 
campuran itu akan mengikut jejak Slash." 



Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu 
hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru 
akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari
 tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. 
Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.



ym : mr_respeks

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. .yahoo.com/ group/respeks


 




      
      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke