FITNAH TERHADAP WANITA MUSLIMAH
PADA suatu ketika seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Lalu keluarganya mencarikan seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi ternyata wanita tersebut adalah seorang yang jahat ucapannya.

Sambil memandikan mayat itu wanita tersebut memaki-makinya dengan makian yang keji. Ucapnya, "Farji inilah yang banyak dipakainya untuk berzina!"

MasyaAllah , tiba-tiba kedua tangan wanita itu lekat ke tubuh si mayat. Ia berusaha melepaskan kedua tangannya, tetapi tidak berhasil. Sementara orang-orang yang berada di luar sudah mulai gelisah kerana lama sekali mayat itu dimandikan.

Setelah pihak keluarga mengusut akhirnya diketahui apa yang terjadi. Mereka segera mengirimkan orang untuk menanyakan hal itu kepada beberapa orang ulama di Madinah. Ada seorang ulama mengusulkan agar kedua tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama si mayat. Ada juga yang mengusulkan agar tubuh si mayat itu sahaja yang dipotong demi menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat itu.

Ulama Madinah lain tidak boleh memecahkan masalah tersebut, apakah akan memotong kedua tangan juru mandi atau akan memotong sebahagian tubuh si mayat. Akhirnya, setelah menemui jalan buntu, mereka pergi kepada Imam Malik bin Anas Ra.

Setelah mendengar kisah ini Imam Malik Ra segera datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan mengusut juru mandi itu dari balik hijab. Ia bertanya kepada wanita itu (dari balik hijab), "Katakan terus terang , apa yang telah kau tuduhkan kepada si mayat ini?"

Wanita tukang memandikan mayit itu menjawab dengan sedih, "Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"

Setelah jelas duduk perkaranya, Imam Malik Ra berkata kepada anggota keluarga dan karib kerabat si mayat, "Wanita juru mandi ini telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta’ala, menuduh seorang wanita muslimah baik-baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi sebanyak empat orang. Kerana itu kini ia harus menjalani hukuman 80 kali deraan. Sesudah hukuman itu dilaksanakan , Insya Allah kedua tangannya baru boleh terlepas dari tubuh si mayitah..."

Setelah hukuman itu dijalankan, barulah kedua tangan wanita itu boleh terlepas dengan sendirinya!



Dengan perkataan terbuka pintu syurga, dan dengan perkataan juga terbuka pintu neraka.....

Oleh :izan
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke