Dr. lo' lo' menulis
Salam,

Amat menyedihkan sebenarnya dalam negara Islam hadhari
isu pemakaian tudung membawa Msia semakin
terkebelakang. Kalau wanita2 Islam negara Barat
berjuang bermati2an mempertahankan tudung hatta
pelajar perempuan kecil diSingapore pun tidak mahu
mengorbankan tudung kepala, Kabinet Kerajaan Msia
sewenang2nya mengambil keputusan yang menghiris maruah
dan perasaan Muslim. Kita bukan menafikan hak orang
bukan Islam untuk tidak bertudung tetapi apayang
dipersoalkan kenapa tuntutan beberapa orang pelajar
non muslim UIA diberi begitu cepat perhatian dan
diambil berat oleh kabinet dan membuat keputusan
menyebelahi mereka. Sedangkan kemasukan mereka ke UIA
bukanlah paksaan sesiapa malah pilihan mereka sendiri.
Sepatutnya mereka menyedari bahawa apabila mereka
menyertai sesuatu organisasi segala peraturan harus
diikuti.

Sebaliknya pula saya tidak nampak pembelaan terhadap
wanita2 Muslim yang bekerja dalam syarikat dan
organisasi tertentu yang telah terpaksa melepaskan
tudung kepala, memakai T shirt tangan pendek dan
jarang, memakai kain belah yang menampakkan sebahagian
besar kaki hingga kepeha dsb.

Baru-baru ini dalam Bln Ramadhan semasa diKLIA sebelum
berlepas kePakistan dengan MIsi emanusiaan PAS untuk
mangsa gempa bumi, saya telah berpeluang mendengar
keluhan beberapa pramugari MAS yang sedang bertugas.
Mereka memang bertudung tetapi masih terpaksa membuka
aurat bahagian kaki kena pakaian seragam mereka kebaya
batik yang berkain belah. Saya syorkan agar pakai kain
yang tidak berbelah sahaja, jawapan mereka tidak
boleh, kerana pihak atasan tidak membenarkan. Alasan
mereka jawatan pramugari bukan untuk orang yang
bertudung, sebab tu yang bertudung hanya mereka yang
kerja di darat sahaja, yang terbang di udara langsung
tiada kelonggaran. Mengapa ada double standard
terhadap orang Islam dalam negara Islam ?? kenapa
kabinet tidak mengambil perhatian, kalu kata mereka
tidak menerima apa-apa bantahan rasanya sudah berbuih
mulut ahli2 parlimen PAS menyuarakan, malah baru2 ini
pun YB Salehuddin ada membangkitkan dalam parlimen.

Begitu juga dengan nasib pekerja2 pasar raya wanita
Muslim yang dipaksa pakai seragam baju berlengan
pendek seperti pekerja Cold Storage dan kebanyakan
pasar raya, kedai-kedai makanan segera seperti KFC, Mc
Donald. Sudahlah terpaksa mengurusi jualan arak yang
menyebabkn mereka terlibat  secara langsung dengan
arak yang memang dilarang Islam, pakaian mereka tiada
pilihan tetapi paksaan.

Itu belum lagi disebut pakaian seragam pramugari Air
Asia, memang semuanya mesti berskirt pendek, ketat dan
terbelah. Amat tidak selesa apabila kita berhadapan
dengan pramugari yang buat pengumuman dibahagian
hadapan pesawat, kerana mereka juga nampak tidak
selesa dengan cuba menarik skirt yang pendek dan
terbelah tu kebawah. Bila ditanya kenapa tidak minta
pakai seluar panjang, jawapannya sama juga iaitu tidak
dibenarkan oleh pihak atasan syarikat.

Banyak lagi kes-kes seperti ini yang kita boleh lihat
secara jelas depan mata kita dan depan mata
menteri-menteri kabinet , siapa yang membela, malah
mungkin tidak masuk pun dalam agenda mesyuarat
kabinet. Sebagai seorang Islam apayang berlaku adalah
merupakan petanda Penghayatan Islam di Msia semakin,
cakap2 membela Islam hanyalah retorik memaniskan
ucapan. Kita bimbang sikap kita yang sambil lewa
dengan Islam akan membawa padah dengan datangnya
peringatan Allah seperti Tsunami yang lebih teruk dan
Zalzalah yang menggerunkan seperti di Pakistan. Ambil
iktibar dan pengajaran, perjuangan menegakkkan Islam
bukan kerja sambilan dan bukan juga kerja sebahagian
orang tetapi tanggung jawab kita semua. Jangan
sehingga kita tidak pun membela Islam malah menindas
dan memandang rendah mereka berjuang dengan harta,
masa dan diri untuk menegakkan Syariat Allah.

Eid Mubarak

Dr Lo'lo' HMG


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum




SPONSORED LINKS
Arizona regional multiple listing service United regional health care system Anda networks
Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke