Utusan Malaysia 11 Ogos 2006 - Hentikan debat isu
agama

MUSLIM Professionals Forum (MPF) mengalu-alukan
saranan Perdana Menteri supaya dihentikan perdebatan
isuisu keagamaan di arena awam. Kita sanjungi
kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara sebagai hak
asasi yang mencernakan sebuah masyarakat yang
demokratik dan bertamadun.

Namun demikian, suasana keterbukaan yang dipraktikkan
kini oleh kerajaan telah disalah guna oleh beberapa
pihak untuk mengutuk Islam di bawah naungan kebebasan
beragama.

Ia bermula dengan isu penguatkuasaan moral, usaha ke
arah pembasmian Artikel 121(1A), kes Allahyarham
Moorthy, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) dan yang terkini dihebohkan kes murtad
Azlina Jelani (Lina Joy). Kesemuanya mempamerkan
nuansa penghinaan terhadap agama Islam. Ini termasuk
merendahkan martabat ajaran agama Islam, mengaibkan
syariat Islam, memandang rendah kuasa alim ulama dan
institusi-institusi Islam.

Ini jelas tersurat dan tersirat di dalam penulisan,
analisis dan komentar yang tersiar di akhbar perdana
bahasa Inggeris, laman web dan weblog.

Kita tidak nafikan terdapat beberapa kekurangan dan
kesilapan di dalam birokrasi keagamaan rasmi dalam
menangani pelbagai masalah yang timbul di dalam sebuah
masyarakat majmuk yang moden dan sofistikated. Kes
Allahyarham Moorthy mungkin satu daripada contoh
kedaifan dalam menangani suatu isu antara agama dengan
cermat dan penuh hikmah. Tetapi ini tidak merupakan
suatu lesen bertopengkan kebebasan beragama untuk
menghina Islam, syariat dan normanorma yang dianuti
oleh kebanyakan umat Islam.

Usaha sedemikian tidak sensitif langsung terhadap
perasaan orang Islam dan membelakangkan norma-norma
diskusi antara agama yang toleransi dan hormat
menghormati.

Kita maklum dan hormati pandangan segelintir orang
Islam di Malaysia yang terlalu liberal terhadap Islam.
Mereka inginkan Islam tunduk patuh kepada nilai-nilai
sekular yang dinobatkan sebagai nilai-nilai
kemanusiaan sejagat berasaskan kebebasan mutlak dan
persamaan jantina. Hakikatnya, mereka hanya merupakan
pandangan yang minoriti, dianuti oleh sebilangan yang
amat kecil, walaupun suara mereka agak kuat dan
lantang.

Pihak media bahasa Inggeris telah memberikan ruang
yang begitu bebas dan besar kepada golongan minoriti
ini dan tidak mengendahkan pandangan umat Islam yang
arus perdana. Tindakan ini telah memberanikan
penulis-penulis bukan Islam untuk melontarkan analisis
dan komen yang melewati batasan penulisan yang
beradab. Mereka mencampuri di dalam hal-hal agama
Islam yang tiada langsung bersangkutan dengan mereka
dan menghasilkan tulisan yang islamophobik.

Kita tidak menafikan hak mereka untuk membincangkan
fasal Undang-Undang Persekutuan. Namun, usaha mereka
menafikan konteks sejarah dan sosial di dalam
keunggulan Islam seperti yang termaktub di dalam
Artikel 3 (1) sebagai “the religion of the Federation”
(walaupun agama lain boleh dipraktik secara aman dan
tenteram) dan sikap tidak endah mereka terhadap
sentimen orang Islam kini menatijahkan suatu keretakan
yang dahsyat di dalam masyarakat kita.

Orang Islam di Malaysia memandang serius prilaku yang
biadap ini dan telah merancangkan pelbagai aktiviti
untuk menangani arus Islamophobik yang kian meningkat.
Senario terkini merupakan suatu petanda yang tidak
sihat di dalam hidup harmoni kita beragama hasil
daripada kurang sensitifnya kita di dalam menangani
isu-isu keagamaan.

Rasa hina dan marah ini begitu memuncak sehingga
peguam-peguam Islam yang dihormati dan disegani telah
menubuhkan Peguam Pembela Islam dan lebih 80 persatuan
Islam telah bergabung di bawah naungan PEMBELA Islam.

Kami di MPF mengharapkan semua pihak bersabar,
tenangkan keghairahan yang melulu dan sambut dengan
baik saranan Perdana Menteri.

– DR. MAZENI ALWI, Pengerusi Muslim Professionals
Forum Berhad, Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? => http://www.myjodoh.net
Webmaster's Blog => http://aalwi.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : mymasjid@yahoogroups.com
4) Laman web : www.mymasjid.com.my 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke