Malaysia Hampir "Kiamat"
 Posted on Friday, July 06 @ 15:44:55 MYT by greenboc 
  Oleh drfikrah


Kes rogol meningkat - Utusan Malaysia 5 Julai 2007


KUCHING 4 Julai – Kes rogol dan jenayah berkaitan keganasan seksual dikenal 
pasti antara yang mengalami peningkatan mendadak dalam tempoh lima bulan 
pertama tahun ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee 
berkata, kes rogol di negara ini dilaporkan meningkat sebanyak 28 peratus sejak 
direkodkan pada awal tahun hingga Mei lalu, diikuti dengan peningkatan kes 
pencabulan.

‘‘Ia merupakan pertambahan kes antara yang tertinggi pernah dicatatkan.

 
‘‘Selain itu, indeks jenayah dalam negara secara keseluruhannya juga 
menunjukkan peningkatan pada tempoh yang sama berbanding tahun lalu," katanya 
kepada pemberita pada Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di sini, 
hari ini.

 
Sehubungan itu, mesyuarat dua hari yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Polis 
Daerah (KPD) akan mengenal pasti punca peningkatan kes dan mencari jalan untuk 
mengatasinya.

 
‘‘Mesyuarat yang diadakan tiga kali setahun ini akan melihat apakah bentuk 
tindakan yang akan menyusul dalam usaha membendung dan menguatkan kaedah 
pembasmian jenayah," tambahnya.

 
Menurut Christopher, salah satu daripada matlamat polis sekarang adalah untuk 
menguatkan hubungan antara jabatan dan unit di seluruh negara seperti yang 
disarankan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

 
Mengulas kegiatan gangsterisme di Sarawak, jelas beliau, pemantauan dan 
siasatan polis melalui pasukan khas Ops Cantas Kenyalang masih diteruskan 
selepas penangkapan lebih 1,300 penjenayah dan ahli kumpulan gengster di negeri 
ini. 


Ulasanku 
Sebenarnya, kita tidak perlu hairan dengan berita yang disajikan seperti ini, 
mungkin disebabkan sudah jemu dengan "hidangan" yang sama setiap hari atau ia 
sudah menjadi suatu yang tidak pelik. Mungkin anda juga terfikir, kenapakah 
masalah ini tidak menemui penyelesaian? Setiap kes rogol, sudah pasti 
dibicarakan, tetapi kes rogol masih berterusan, malah semakin meruncing hari 
demi hari.

 
Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam masalah ini? Atau, siapakah yang 
bersalah? Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu membuat pemerhatian di 
dalam banyak skop, contohnya, sebab, tempat, cara dan bila berlakunya 
kebobrokan ini.

 
Sebab 
Apakah sebab berlakunya kes rogol di Malaysia? Apakah sebab peningkatan kes 
tersebut? Cuba kita perhatikan di sekeliling anda yang dipenuhi dengan masalah 
sosial. Dari manakah mereka boleh mendapat "idea" untuk melakukan ROGOL? Sudah 
pasti ia didedahkan secara umum. Bukankah anda boleh lihat sendiri di seluruh 
pelusuk negara "yang tercinta" ini, anda akan mendapati bahawa "idea-idea" 
untuk mendorong seseorang melakukan ROGOL, tersebar dengan meluas dan mudah 
didapati. 


Mana tidaknya, pergi ke kedai kopi, di hadapan kedai sudah terpampang gambar 
perempuan yang berbogel mengempen kopi. Apabila televisyen dibuka, model-model 
yang menjadi pemberita atau pengulas. Apabila membaca akhbar, "pelacur-pelacur" 
menjadi bahan pengiklanan. Apabila melayari internet, gambar-gambar pelakon 
seksi memenuhi ruang web.






Cuba perhatikan sendiri, di sekeliling anda penuh dengan galakan kepada 
peningkatan kes rogol. Bilakah ia mampu diselesaikan sekiranya 
"senjata-senjata" ini masih dibiarkan bertebaran di media massa dan akhbar! 
Adakah mereka menjadi duta untuk merosakkan rakyat sendiri?!! Bayangkan 
sendiri, tidak mustahil satu hari nanti pemberita pula akan berpakaian seksi! 
BODOHNYA!! 

Tempat 
Di manakah tempat-tempat yang menyebabkan peningkatan kes-kes rogol? Saya pasti 
anda akan mengatakan Lorong Haji Taib, Chow Kit dan sebagainya. Mengapa perlu 
berfikiran sempit? Adakah anda dan keluarga anda sudah terselamat daripada kes 
rogol sekiranya jauh dari lorong-lorong tadi? Tengoklah sendiri kes bapa 
merogol anak sendiri.

 
Bodohnya kalau hanya mengatakan bahawa disko, kelab pelacuran dan sebagainya 
sebagai tempat pemangkin kes-kes pelacuran. Mengapa tidak dilihat dari sudut 
yang lebih meluas? Adakah bapa yang merogol anak sendiri, melakukannya di 
Lorong Haji Taib? Kes ini sangat berkait rapat dengan sebab.

 
Anak mendedahkan aurat "yang tidak boleh dilihat" oleh si bapa dengan "selamba" 
sahaja. Sudahlah si bapa jenis tidak boleh pakai, dilihat anaknya pula seksi 
tak tentu pasal, sudah pasti Haruan membaham anak sendiri!!

 
Perkara ini tidak perlu dibincangkan dengan labih mendalam kerana tempat-tempat 
yang menjadi tumpuan "kes-kes rogol" semakin dikembangpesatkan di seluruh 
Malaysia. Di sinilah "pusat-pusat latihan" bagi seseorang untuk menjalani 
beberapa latihan untuk menjadi PEROGOL PROFESSIONAL!!! 



Kesimpulan 
Pada hakikatnya, manusia tak mampu untuk membendung gejala yang dihadapi. 
Tetapi "mereka" angkuh dan sombong dengan mengatakan "kami berkuasa dengan 
undang-undang yang ada pada kami". Bertambah teruk, mereka menghina pula 
undang-undang yang telah digariskan oleh Allah SWT yang mencipta mereka 
daripada AIR MANI.

 
Tidak terasa hinakah wahai pengkritik undang-undang Allah?!! Sungguh melampau 
kata-kata kesat mereka menghina hukum Allah seolah-olah ia dipandang jijik dan 
kejam. "Kalau orang yang berzina direjam, habislah batu di Malaysia. Bagaimana 
hendak baiki jalan?" Inilah kata-kata mereka yang bakal direndam di dalam timah 
cari di neraka!! 
FIKIRLAH WAHAI MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL!!!


Join me :
http://health.groups.yahoo.com/group/respeks/join





  cnw2u
  Weblog : http://cnw2u.blogspot.com
  http://health.groups.yahoo.com/group/respeks

 
---------------------------------
Sucker-punch spam with award-winning protection.
 Try the free Yahoo! Mail Beta.

Kirim email ke