---------------------------------
             Malaysiakini said: 
  
 Mais: Revathi tidak dipaksa pakai tudung dan sembahyang 
 Muda Mohd Noor 
 Jul 6, 07 8:15pm  Saiz Huruf:    


 Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata, Revathi Masoosai atau nama 
Islamnya Siti Fatimah tidak pernah dipaksa untuk memakai tudung dan menunaikan 
solat sepanjang lebih 60 hari ditahan di pusat pemurnian akidah Baitul Iman, 
Ulu Yam Baru, Selangor. 

  
Pegawai Perhubungan Awam Mais, Rohana Hassan berkata, bagaimanapun, pihaknya 
pernah memujuknya supaya mengikuti kelas pengajian agama bersama pelatih lain, 
tetapi dia tetap menolak. 

  
Katanya, pegawai-pegawai agama di pusat tersebut mencuba untuk memulihkan 
akidah Siti Fatimah sebagaimana arahan Mahkamah Tinggi Syariah Melaka. 

  
"Dia tidak pernah menghadiri kelas pengajian agama, sebaliknya tinggal 
berseorangan di dalam bilik asrama yang menempatkan belasan pelatih pada 
satu-satu masa,. 

  
"Tetapi dia pernah mengikuti aktiviti lain, termasuk senaman. Bagaimanapun, 
Siti Fatimah tidak pernah memakai tudung sepanjang berada di pusat pemurnian 
itu," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini. 

  
Rohana merujuk kepada dakwaan Siti Fatimah bahawa pegawai pusat pemurnian 
akidah Baitul Iman itu memaksanya memakai tudung dan menunaikan solat semasa 
berada di situ. 
 'Seksaan mental' 

  
Ketika ditemui wartawan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Siti Fatimah 
juga mendakwa pusat pemurnian akidah tersebut bagaikan penjara dan dia 
mengalami 'seksaan mental' ketika ditahan di situ. 

  
Dilahirkan oleh keluarga mualaf Islam – dengan nama Siti Fatimah Abdul Karim – 
dia dipanggil Revathi Masoosai oleh neneknya yang membesarkannya. 

  
 Dia berkahwin dengan V Suresh pada 2004 mengikut upacara agama Hindu dan kini 
mempunyai seorang anak perempuan berusia 18 tahun. 

  
Pada bulan Januari tahun ini, Revathi ditahan di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka 
ketika dia menghadiri perbicaraan permohonannya supaya status agamanya 
diiktiraf sebagai Hindu.
 
  
Dia ditahan di mahkamah dan kemudiannya ditempatkan di pusat pemulihan akidah 
di Ulu Yam, Selangor selama enam bulan sehinggalah dia dibebaskan semalam. 

  
Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Rohana berkata, ada dua 
kategori umat Islam yang masuk ke pusat tersebut – dengan perintah Mahkamah 
Syariah dan atas kerelaan sendiri. 

  
"Kes Siti Fatimah ia merupakan perintah Mahkamah Syariah dan kerana itu kami 
perlu mematuhi perintah tersebut, termasuk orang tertentu sahaja dibenarkan 
bertemu dengannya. 

  
 Perintah mahkamah 
  
"Mengikut perintah itu, suami Sti Fatimah – V Suresh – tidak dibenarkan bertemu 
dengannya, jadi kami tidak boleh membenarkan mereka bertemu," katanya. 

  
Bagaimanapun, katanya, Siti Fatimah boleh bertemu dengan anak-anak dan anggota 
keluarganya sebagaimana dibenarkan oleh Mahkamah Syariah. 

  
Walaupun Siti Fatimah telah dibebaskan dari pusat itu, Rohana berkata, 
kaunselor Mais akan terus cuba memujuk Siti Fatimah supaya mengamalkan ajaran 
Islam kerana dia masih merupakan seorang penganut Islam. 

  
 Tetapi, katanya, jika Sti Fatimah terus berdegil, pihaknya tidak boleh 
memaksanya mengamalkan ajaran Islam. 

  
"Tetapi menjadi kewajibab umat Islam untuk membimbing umat Islam lain 
melaksanakan ajaran Islam dan ini yang cuba Mais lakukan," katanya. 
  


Join me : http://health.groups.yahoo.com/group/respeks/join



  cnw2u
  Weblog : http://cnw2u.blogspot.com
  http://health.groups.yahoo.com/group/respeks

       
---------------------------------
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.

Kirim email ke