Salam,

Menurut sebuah riwayat dari Imam Tirmizi, hadith riwayat Ali k.w.  salah
satu daripada 15 tanda-tanda bala akan turun ke atas sesuatu umat adalah
apabila "Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing" seperti kes
ini. Takut dalam erti kata, tak berani nak membentuk anak. Mudah-mudahan
kita bertaubat.

Ana cadangkan dua perkara untuk masalah ini:

1. Nasihat, pukul jika perlu. Selebihnya adalah soal hidayah tuhan. Sebagai
manusia, kita hanya boleh memberi keterangan, soal hidayah adalah hak Allah.


2. Hantar si anak ke tempat ini :
http://www.jim.org.my/institusi/raudhatus_sakinah.php


Wallahu'alam.




On 7/6/07, Mohamad Yaacob <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

  Sedih saya mendengar cerita dari kawan rapat saya ini.

Ceitanya sangat panjang lebar. Tapi climate ceritanya salah sorang
anak perempuan tidak dapat membendung rasa marah
kepada ayahnya semasa bertengkar dengan ibunya dan sanggup mengata
ayahnya "SIAL, ANJING, BABI, ORANG TUA TAK SEDAR DIRI, BIAR MAMPUS AJE
DIGELEK LORI , BIAR DAPAT GOUT, BIAR LUMPUH BARU DIA RASA"
Anak perempuannya telah hilang rasa hormat dan memanggil dengan
pangillan " HOI" saja. Astaghfirullah...

Sedihkan. Sila berkongsi subjek ini dan berikan nas-nas tertentu
supaya dapat saya sarankan kepada keluarga mereka.
Ayahnya berusia 54 tahun dan sangat sugul saban hari walaupun sedar
yang dia memang bersalah dalam krisis ini.

Marilah kita bantu keluarga ini.

Terima kasih & Wassalam




--
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.

Kirim email ke