Majoriti rakyat sokong debat harga minyak

Dilulus terbit pada Thursday, July 10 @ 10:22:38 MYT oleh greenboc



Oleh anakkechil


"
Ketika
dalam perjalanan pulang dari pejabat sekitar jam 6:45 petang tadi,
AnakKechil menukar siaran radio kepada siaran Radio24 (93.9 FM). Siaran
radio berkenaan telah mengadakan undian samada bersetuju atau tidak
debat yang bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga
Minyak" antara Anwar Ibrahim dengan Ahmad Shabery yang dijadualkan pada
15hb Julai ini.



Keputusan undian adalah 89 peratus pendengar
bersetuju debat itu diadakan manakala 11 peratus lagi tidak bersetuju.
Apa yang menarik perhatian AnakKechil adalah siaran radio itu memainkan
semula rakaman pendapat mereka yang bersetuju dan tidak bersetuju. 



Rata-rata
mereka yang bersetuju inginkan satu perbahasan yang adil dan telus.
Mereka juga tidak mahu ada bias pada mana-mana pihak. Mereka juga
mahukan seluruh rakyat berfikiran terbuka dengan menilai sendiri
pendapat mana yang lebih bernas dan bermutu. Mereka juga inginkan
kerajaan melihat perbahasan ini salah satu dari cabang untuk menimba
ilmu dan tidak hanya terhad pada isu harga minyak sahaja malah kepada
isu-isu lain yang melibatkan rakyat terbanyak.



Ini membuktikan
bahawa rakyat amat dahagakan ilmu. Rakyat amat dahagakan fakta yang
jelas. Rakyat amat dahagakan ketelusan kerajaan. Rakyat amat dahagakan
keprihatian kerajaan. Rakyat amat dahagakan kebebasan media. Rakyat
amat dahagakan perkongsian pendapat. Tidak semestinya pendapat dan
pandangan Anwar Ibrahim akan diterima rakyat bulat-bulat dan tidak
semestinya Ahmad Shabery tidak mampu membahas segala penghujahan dengan
baik dan berkesan. Rakyat tidak menghiraukan siapa yang menang atau
kalah kerana bagi rakyat yang penting adalah kebajikan rakyat terbanyak
terbela dan terjamin kehidupannya dalam suasana yang mencabar dan
menekan sekarang ini. Inilah yang sebenarnya rakyat mahukan.



Sememangnya
tiada keputusan samada harga minyak akan diturunkan selepas perbahasan
ini tetapi sekurang-kurangnya rakyat dapat mendengar dan menilai
bagaimanakah caranya harga minyak dapat diturunkan seandainya Pakatan
Rakyat mengambil alih kerajaan nanti. Rakyat dapat memikirkan samada
logik atau tidak cadangan yang akan diutarakan nanti.


Apakah
kerajaan sudi mendengar keluhan rakyat? Agak menghairankan mereka yang
menentang perbahasan ini adalah mereka yang mempunyai jawatan penting
dalam UMNO dan kerajaan. Benarkah mereka ini pembela nasib rakyat
khususnya orang Melayu? Apakah mereka merasa terlalu pandai mentadbir
kerajaan sehinggakan tidak perlu pada pandangan dari rakyat? Atau
mereka ini mempunyai kepentingan tertentu berikutan kenaikan harga
minyak? Kenapa kerajaan mesti membayar kepada rakyat melalui Pos
Malaysia? Siapa pemilik saham terbesar dalam Pos Malaysia?


AnakKechil
mengharapkan perbahasan ini akan tetap diteruskan tanpa halangan dari
mana-mana pihak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Radio24 kerana
bersikap terbuka dalam menyiarkan suara rakyat. Syabas juga diucapkan
kepada Ahmad Shabery (kalau jadi debat) kerana sudi memberi peluang
kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyuarakan pendapat dan pandangan
secara terbuka kepada rakyat.

AnakKechil
anak-kechil.blogspot.com"



 

Artikel Hari Ini




Debat Isu Harga Minyak
LAPURAN DARI AKAR UMBI:RAKYAT SEMAKIN INGINKAN PERUBAHAN
Majoriti rakyat sokong debat harga minyak
Dewan Mulia, Yang Dipertua Mulia tetapi tercemar
HASIL SIASATAN KES GANI DAN MUSA
MANA PEMANTAUAN OPERASI MENCURI PASIR DI BATANG BERJUNTAI?
Unit Amal / Pemuda PAS Adalah Bijak.
Syarat solat untuk naik pangkat
Lucah ada kala nya lucu
"Sedia Berkhidmat.."
[ Artikel seterusnya.. ]



Related Links



· More about Analisis Isu

· News by greenboc

Most read story about Analisis Isu:


Apakah Yang Ini Juga Gambar Palsu?
Siapakah Rosnah Mat Aris
Sekeping gambar seribu makna
Tudung: Salima perlu ditegur!
Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..



Article Rating



Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:
 
 
 
 
 





Options




  Cetak Artikel

  E-Mel kpd Kawan














"Majoriti rakyat sokong debat harga minyak" | Configure | 4 comments | Search 
Discussion

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.







Re: Majoriti rakyat sokong debat harga minyak (Score: 1)
by azh on Thursday, July 10 @ 10:33:16 MYT
(User Info | Send a Message) Salam semua,

Apa
salahnya kalau bagi kita rakyat ni mendengar dulu hujah-hujah dari
kedua-dua pihak ni. Lepas tu bagilah kita rakyat ni buat penilaian.
Kata orang 'Mana yang baik kita buat tauladan, dan mana yang buruk dan
tak elok kita buat sempadan.

 [ Reply to This ]





Re: Majoriti rakyat sokong debat harga minyak (Score: 1)
by TUAN_GURU on Thursday, July 10 @ 10:35:40 MYT
(User Info | Send a Message) AKU
TAK SETUJU DEBAT ANTARA ANWAR DAN SHABERY FASAL ISU MINYAK SEBAB TAK
ADA FAEDAHNYA. PAKLAH BODOWI TAK AKAN TURUNKAN HARGANYA MINYAK PUN.
LAGI PUN ANWAR TAK PATUT DEDAHKAN RAHSIA BAGAIMANA HARGA MINYAK BOLEH
DITURUNKAN KEPADA BN.

 [ Reply to This ]





Re: Majoriti rakyat sokong debat harga minyak (Score: 1)
by romono on Thursday, July 10 @ 10:47:39 MYT
(User Info | Send a Message) yes...seeloknya
begitu...biar rakyat lebih celek ngn fakta2 dari kerajaan dan juga
fakta2 dari PR...biar kita sbg rakyat terbanyak nilaikan isi2 debat
tersebut...
ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUAKHBAR.....

 [ Reply to This ]





Re: Majoriti rakyat sokong debat harga minyak (Score: 1)
by romono on Thursday, July 10 @ 10:47:40 MYT
(User Info | Send a Message) yes...seeloknya
begitu...biar rakyat lebih celek ngn fakta2 dari kerajaan dan juga
fakta2 dari PR...biar kita sbg rakyat terbanyak nilaikan isi2 debat
tersebut...
ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUAKHBAR.....

 [ Reply to This ]





ym : mr_respeks
  weblog : http://respeks.blogspot.com  webgroups : 
http://groups.yahoo.com/group/respeks



      

Kirim email ke