-----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE----- Hash: SHA1 Kajian Kes OSS untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009
Laman Web http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/panggilan-kajian-kes-oss-2009 OSCC MAMPU membuka kepada penghantaran Kajian Kes “Open Source Software” (OSS) untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009. Kajian kes OSS ini terbuka kepada semua Agensi Sektor Awam termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik. Penyampaian anugerah akan diadakan bersempena dengan “MSC Malaysia Open Source Conference 2009”. http://www.mscmalaysia.my/osconf Anugerah dibahagikan kepada 3 kumpulan :- Kumpulan 1 : Agensi Sektor Awam selain daripada IPTA dan Politeknik; Kumpulan 2 : IPTA & Politeknik; dan Kumpulan 3 : Pelajar IPTA & Politeknik. Penghantaran kajian kes OSS amat dialu-alukan untuk tujuan perkongsian ilmu. Diminta agar tidak menyerahkan semula kajian kes OSS yang telah dibuat pada tahun 2008. Kajian kes OSS terbaik juga layak untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009 peringkat akhir yang akan diadakan bersempena dengan MyGOSSCON 2009 pada November 2009. Anugerah kajian kes OSS adalah berdasarkan kategori penyelesaian berikut: Desktop Infrastruktur Applikasi Desktop Penyelesaian desktop termasuk applikasi komputer peribadi untuk meningkatkan produktiviti pengguna. Ini termasuk penggantian desktop OSS seperti Ubuntu atau Fedora Linux untuk pengguna secara keseluruhan atau penggunaan applikasi produktiviti desktop seperti OpenOffice.org, Mozilla Thunderbird Mail, Evolution Mail, pelayar web Firefox dan perisian pengubahan gambar GIMP. Infrastruktur Penyelesaian infrastruktur termasuk perkhidmatan perkomputeran yang merangkumi back-end environment seperti server email, DNS, server web, firewall, server fail, backup dan lain-lain servis rangkaian. Applikasi Penyelesaian applikasi adalah implimentasi penyelesaian khusus atau bolehubah untuk memenuhi keperluan perniagaan atau operasi seperti applikasi berasaskan web atau portal yang dibangunkan dan diimplimentasikan untuk memenuhi keperluan awam. Penghantaran Template Template untuk penghantaran disediakan. Disarankan bahagian utama dikekalkan seperti sedia ada, walau bagaimanapun bahagian tambahan boleh ditambah. Penghantaran dalam Bahasa Malaysia juga diterima dengan syarat ia mengikut format yang sama. Bahasa Inggeris adalah digalakkan, oleh kerana kajian kes ini akan digunakan untuk perkongsian perlaksanaan OSS Malaysia dan dihebahkan kepada peserta antarabangsa. Template kajian kes http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/2009-national-oss-case-study-template/at_download/file Contoh kajian kes http://www.oscc.org.my/component/option,com_docman/task,doc_download/gid,84/Itemid,29/ Kajian kes tempatan di OSCC MAMPU Knowledge Bank. http://knowledge.oscc.org.my/case-studies Tarikh akhir penghantaran Tarikh akhir penghantaran ialah pada 8 May 2009. Nota: Peserta akhir akan dapat mengemaskini penghantaran mereka untuk peringkat akhir Anugerah Kebangsaan pada November 2009. Pemarkahan untuk Anugerah Pemarkahan adalah berdasarkan kepada 4 kriteria dengan markah yang lebih tinggi adalah lebih baik. Ini dinyatakan secara terus dalam soalan dalam template kajian kes. 1.Inovasi kriteria ini mengukur inovasi dan kreativiti. Ini termasuk proses perniagaan, pengurusan pertukaran termasuk implimentasi dan pembangunan penyelesaian teknikal. 2.Kesan kriteria ini mengukur kesan daripada penyelesaian dari segi jumlah pengguna, tempatan vs antarabangsa dan juga nilai. 3.Kualiti/Pengiktirafan kriteria ini mengukur kualiti penyelesaian, ini termasuk pematuhan kepada standard web, rekabentuk senibina dan juga pengiktirafan daripada pengguna. Ia juga termasuk sebarang pengiktirafan projek yang didapati daripada pengguna dan juga anugerah kerajaan. 4.Perkongsian ilmu/Produk kriteria ini mengukur sebanyak mana pengetahuan yang agensi ada dihebahkan kepada umum, ini termasuk seminar dan perbentangan, dokumentasi teknikal dan bukan teknikal(panduan) dan sebagainya di laman web agensi atau melalui kaedah lain termasuk projek laman web OSS. Setiap daripada kriteria di atas bernilai maksimum 5 markah. Sebagai tambahan, 3 markah bonus akan diberikan jika SEMUA daripada tiga(3) komponen berikut menggunakan perisian sumber terbuka: Sistem operasi Bahasa/rangka kerja dan Komponen infrastruktur. Kelayakan Semua agensi Sektor Awam, IPTA/Polikteknik dan semua pelajar mereka adalah layak. Penyerahan Penghantaran Sila hantar pertanyaan dan kajian kes ke casest...@oscc.org.my . Jika saiz fail terlalu besar untuk dihantar melalui email, sila sediakan link. Peserta Akhir Dan Pemenang Kumpulan 1 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk setiap kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap kategori daripada peserta akhir. Kumpulan 2 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk semua kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk semua kategori penyelesaian daripada peserta akhir. Kumpulan 3 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk semua kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk semua kategori penyelesaian daripada peserta akhir. Ini menjadikan secara keseluruhan 15 peserta akhir dan 5 orang pemenang. Semua penghantaran kajian kes akan disusun dan dimuat naik ke laman web OSCC MAMPU. Kajian kes terpilih juga akan disusun untuk penerbitan. - -- Harisfazillah Jamel R&D Team Lead Open Source Competency Centre (OSCC), MAMPU Lot E302-E304, Enterprise Building 3, 63000 Cyberjaya, Malaysia. Tel. 603 83191200, Fax: 603 83193206 Mobile : 019-6085482 email : ha...@oscc.org.my linuxmalay...@gmail.com http://blog.harisfazillah.info/ -----BEGIN PGP SIGNATURE----- Version: GnuPG v1.4.9 (GNU/Linux) Comment: Using GnuPG with Mozilla - http://enigmail.mozdev.org iEYEARECAAYFAkn1VAsACgkQPZtSnSezLPuF0ACfV1ph0AheIo5QtICMe3u9oYnd WvkAni8NMvzxhaR/dyhHlp1XBuVmfrC5 =sViw -----END PGP SIGNATURE----- --- OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce OSCC MAMPU Facebook. http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916