Jom Bincang Penyelesaian Sesuai Rangkaian Setempat (LAN) Sekolah Secara Virtual
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin menjemput rakan-rakan untuk sertai perbincangan secara virtual penyelesaian sesuai untuk rangkaian setempat LAN di sekolah secara virtual di http://bit.ly/bincanglansek http://goo.gl/JnaLn http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=38706 Perbincangan ini dibuat di forum ITtutor.net http://www.ittutor.net/ yang mempunyai kemudahan forum yang bagi saya sesuai dicapai melalui web dan tidak akan penuhkan email rakan-rakan lain sekiranya perbincangan ini dibuat melalui email. Permintaan saya, sila jemput seberapa ramai rakan-rakan untuk menyertainya. Cadangan seterusnya komuniti OSS akan adakan bengkel-bengkel yang bersesuaian bergantung kepada permintaan dan tajaan. Saya telah menerima pelbagai pertanyaan daripada rakan-rakan mengenai penyelesaian yang sesuai untuk LAN sekolah. Oleh kerana saya adalah pengguna tegar OSS, maka penyelesaian dan perbincangan ini berkisar sekitar sumber terbuka. Fakta yang perlu anda ketahui :- 1) Pihak sekolah perlu melanggan talian Internet sendiri. 2) Kemungkinan besar ada server telah sedia ada di sekolah. Ia mungkin daripada projek makmal sekolah sebelum ini. 3) Perbincangan teknikal, namun penyelesaian perlulah mudah untuk dilaksanakan oleh rakan-rakan kita iaitu cikgu-cikgu sekolah. Saya harapkan ramai boleh menyumbang dan berbincangan. Diminta untuk hadkan perbincangan tentang penyelesaian teknikal. Apa yang boleh dipasang dalam server sekolah dan setup untuk LAN. Isu-isu umum, tidak puas hati dan pendapat am harap dikemukakan di ruang forum lain yang sedia ada dalam ITTutor.net ini. Jom bincang dan kemukakan pandangan anda di http://bit.ly/bincanglansek http://goo.gl/JnaLn Anda juga boleh gunakan fungsi "Start Watching Topic" dan anda perlu login masuk dahulu sama ada daftar dengan forum ITtutor.net atau login Facebook. Antara rujukan yang boleh digunakan untuk perbincangan Intranet Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka (OSS) http://cikgucyber.blogspot.com/2008/07/intranet-sekolah-dengan-linux-dan.html Himpunan slide bengkel LAN Sekolah http://blog.linuxdotmy.com/2008_11_01_archive.html Salinan Perkeliling berkaitan http://www.scribd.com/doc/46052369/schoolnet-untuk-2011 Manual Makmal Sekolah Malaysia Fasa 3 http://www.scribd.com/doc/36250957/Manual-Makmal-Sekolah-Malaysia-Fasa-3 Sekian, terima kasih. Harisfazillah Jamel 20 Jan 2011 Rujukan :- Forum http://www.ittutor.net/ berkaitan ITTutor.net> Ruang Komputer> Rangkaian / Networking http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=38706 Archive http://cikgucyber.blogspot.com/2011/01/jom-bincang-penyelesaian-sesuai.html -- This message has been scanned for viruses and dangerous content by MailScanner, and is believed to be clean. _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214 "OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."