Perkara Anda Boleh Buat Untuk Ubuntu Malaysia LoCo Team Archive di Internet http://cikgucyber.blogspot.com/2011/10/perkara-anda-boleh-buat-untuk-ubuntu.html Bagi anda yang minati sistem operasi Linux Ubuntu atau menggunakan ia, diharapkan dapat menyokong kami Ubuntu Malaysia LoCo Team dengan pelbagai sumbangan yang anda boleh sumbangkan. Sumbangan seperti menyertai Facebook group, Mailing list, Lunchpad dan daftarkan diri di forum rasmi Ubuntu Malaysia LoCo Team, dapat menunjukkan kekuatan sokongan peminat dan pengguna Linux Ubuntu di Malaysia.
(Langkah 1) Ubuntu Malaysia LoCo Team adalah aktif di Facebook Group yang anda boleh menyertai ia melalui jalinan Facebook ini https://www.facebook.com/groups/ubuntumy/ Sertai kami di Facebook dan aktifkan diri bertanya dan memberikan komen dan pandangan anda tentang Ubuntu. (Langkah 2) Adalah menjadi satu perkara yang mesti bagi ahli-ahli dalam Ubuntu Malaysia LoCo Team mendaftarkan diri di Launchpad https://launchpad.net/ dan kemudian tanda tangan secara elektronik (gunupg) Code Of Conduct atau COC. Selepas mendaftarkan diri di Launchpad, kemas kini profil anda berada di dalam profil anda terdapat bahagian "Signed Ubuntu Code of Conduct:", klik dan ikut langkah-langkah yang diarahkan. Contoh profil yang anda boleh rujuk adalah :- https://launchpad.net/~linuxmalaysia (Langkah 3) Setelah mendaftarkan diri di Launchpad sila sertai Ubuntu Malaysia LoCo Team rasmi di Launchpad melalui jalinan ini https://launchpad.net/~ubuntu-my Sila sertai terus kumpulan kami diatas sebaik sahaja mendaftar dengan Launchpad. Tidak perlu menunggu anda tanda tangan COC. Satu lagi kumpulan mesti bagi anda sertai adalah "ms-translators team" iaitu kumpulan terjemahan Ubuntu ke Bahasa Melayu. Sila dampingi mereka di https://launchpad.net/~ms-translators (Langkah 4) Untuk penyertaan yang lain, diharapkan anda dapat menyertai senarai email Ubuntu Malaysia LoCo Team di https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/Ubuntu-my/ dan forum atas talian kami di http://forums.ubuntu.com.my/ Ubuntu Malaysia LoCo Team begitu mengalu-alukan penyertaan dan sumbangan anda kepada komuniti kami ini. Sekian, terima kasih. Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia 27 Okt 2011 Rujukan tambahan :- 1) Wiki page for Ubuntu Malaysia LoCo re-approval https://wiki.ubuntu.com/MalaysianTeam/ApprovalApplication/2011 2) COC boleh anda baca disini http://www.ubuntu.com/project/about-ubuntu/conduct 3) Kenapa Ubuntu http://www.ubuntu.com/ubuntu/why-use-ubuntu -- Malaysia Open Source Software Conference 2011 MOSC2011 http://www.mosc.my/ Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012) http://portal.mosc.my/ LinuxMalaysia Network http://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja Harisfazillah Jamel -- This message has been scanned for viruses and dangerous content by MailScanner, and is believed to be clean. _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214 "OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."