Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan ini, 
walaubagaimana pun Jabatan ini tidak dapat menghantar peserta memandang 
kakitangan sedia ada sedang terlibat aktiviti lain di luar pejabat. Pihak kami 
akan berusaha dan kami berharap akan dapat turut serta untuk program-program 
yang akan datang seumpama ini.

Sekian, terima kasih
Ghazali Ismail
ICT, AELB

From: oscc-announce-boun...@lists.oscc.org.my 
[mailto:oscc-announce-boun...@lists.oscc.org.my] On Behalf Of OSCC Announcements
Sent: Tuesday, July 03, 2012 7:04 PM
To: oscc-annou...@lists.oscc.org.my
Subject: [Oscc-announce] JEMPUTAN KE SEMINAR REGIONAL DAN KLINIK PRODUK OSCC 
PROGRAM OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS) SEKTOR AWAM FASA III – SELF RELIANCE UNTUK 
ZON PANTAI TIMUR

JEMPUTAN KE SEMINAR REGIONAL DAN KLINIK PRODUK OSCC PROGRAM OPEN SOURCE 
SOFTWARE (OSS) SEKTOR AWAM FASA III – SELF RELIANCE ZON PANTAI TIMUR

Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. 
Dr./Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Pelan Induk OSS Sektor Awam Fasa III – Self 
Reliance telah dilancarkan pada 29 November 2011 bersempena dengan Persidangan 
CIO dan MyGOSSCON 2011. Satu Seminar Regional dan Klinik Produk OSCC akan 
diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang Program OSS Sektor 
Awam Fasa III - Self Reliance kepada Agensi-agensi Sektor Awam khususnya bagi 
Zon Pantai Timur (iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan).  Butiran Seminar dan 
Klinik Produk adalah seperti berikut:

            Seminar Regional & Klinik Produk OSCC Zon Pantai Timur
            Tarikh : 11 & 12 Julai 2012 (Rabu dan Khamis)
            Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
            Tempat : Dewan Berlian, Permai Hotel Kuala Terengganu, Jalan Sultan 
Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

3.    Seminar dan Klinik ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

            a) Menerangkan objektif dan strategi Program OSS Sektor Awam Fasa 
III - Self Reliance kepada Agensi dan kumpulan sasaran;
            b) Menerangkan polisi dan garis panduan pelaksanaan Program OSS 
Sektor Awam Fasa III - Self Reliance;
            c) Mempromosi produk dan perkhidmatan OSCC;
            d) Mengiktiraf kejayaan dan menggalakkan pelaksanaan OSS; dan
            e) Menggalakkan  perkongsian dan kolaborasi dalam pelaksanaan dan 
pembangunan OSS.
4.     Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan adalah 
dijemput menghadiri Seminar dan Klinik dan/atau menghantar seorang wakil 
sekiranya tidak dapat menghadiri. Kerjasama juga dipohon bagi mengisi dan 
mengembalikan Borang Jawapan Kehadiran seperti di LAMPIRAN A selewat-lewatnya 
pada 5 Julai 2012 (Khamis) sebelum jam 12:00 tengahari.

5.     Sebarang pertanyaan mengenai program ini, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. 
Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

  1.  Puan Isnormaria Ishak
emel : ma...@mampu.gov.my<mailto:anan...@mampu.gov.my>
No. Telefon : 03-8872 5112 / 012-328 3729

  1.  Cik Siti Asiah Salihudin
emel : sitias...@oscc.org.my<mailto:sitias...@oscc.org.my>
No. Telefon : 019-253 1872.

  1.  Puan Mazliah binti Jamaluddin
emel : mazl...@oscc.org.my<mailto:mazl...@oscc.org.my>
No Telefon : 017 6419931
6.   Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan bagi 
menjayakan program ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian.

“BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner<http://www.mailscanner.info/>, and is
believed to be clean.

-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214

"OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce 
OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. 

The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings 
strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."

Kirim email ke