mr red1, muka surat 8 ada prob bila buka; points saling bertindih.

ada presentation version utk windows n printing version; backgroud
putih n wordings gelap?

tq

On 13 Nov, 23:17, red1 <r...@red1.org> wrote:
> Dalamhttp://red1.org/MSC8.pdfsaya menyatakan dalam Michael Porter's 5
> Forces diagram pada mukasurat 2 dimana cabaran pertandingan dengan
> dunia, MSC tengah kalah, dan harapan atau peluangnya saya telah memberi
> contoh projek dari kebun di Kuang sebagai berjaya meraut kedudukan
> pertama dalam dunia.
>
> Maksud 'perang jenama' adalah penting untuk difahami sebagai satu perang
> saraf peringkat antarabangsa. Dalam buku 'Positioning - The Battle of
> the Mind' tulisan guru marketing Al Ries dan Jack Trout ada mengambarkan
> bahawa realiti adalah bergantung kepada persepsi atau imej.
>
> Dalam perang jenama dengan dunia, YAB Tun Dr. Mahathir dengan memahami
> konsep tersebut, berjaya meletakkan persepsi terhadap Malaysia sebagai
> sebuah pencabar utama dunia satu ketika dahulu. Mengapa kini imej
> tersebut payah dipertahankan? Apakah sudah berubah kebolehan rakyatnya?
> Jawapannya ialah tidak. Kami masih belum berubah sebagai pencabar
> gergasi dunia. Lihatlah pada tokoh seperti Jimmy Choo, Nichols David,
> Michele Yeoh dan pembuat thumb-drive. Apa yang berubah adalah perang
> saraf persepsi.
>
> Sebagai contoh, semasa zaman Pak Lah, beliau gagal menonjolkan imej
> sepatutnya dan walaupun beliau seorang yang cukup baik, namun persepsi
> umum terhadapnya menjatuhkannya. Begitu juga mengenai MSC, saya percaya
> pencapaian MSC cukup tinggi. Lihatlah kad pengenalan bercip dan passport
> automatik kita yang tidak ada tandingan lain di dunia? Tetapi apakah
> dunia sedar tentang itu?
>
> Apabila saya berjalan masuk ke pekarangan MDec, saya tidak dapat merasa
> imej tersebut dari papan-papan iklan dan ayat-ayat yang terpampar kiri,
> kanan dan atas dinding. Jika saya berjalan masuk Universiti Lim Kok
> Wing, saya dapat rasa kebijaksanaan LKW dalam mempertonjolkan tempatnya
> sebagai tokoh besar dunia, walaupun saya tidak percaya kepada Lim Kok
> Wing secara peribadi dan tidak ingin membantunya. Saya percaya kepada
> jenama Malaysia dan ingin membantu Malaysia.
>
> Hakikatnya kita nombor 1. Tetapi kita gagal menjual diri kita kepada
> dunia. Sudah sampai masanya kita sedar tentang betapa pentingnya
> memahami teori menaikkan jenama yang sebenarnya dan mengorak langkah ke
> arah itu. Saya syorkan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut
> supaya Google atau Wikipedia untuk 'Al Ries' and 'Jack Trout'.
>
> red1
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke