PUASA DALAM PANDANGAN AGAMA
                       Oleh : Ghafani Awang Teh

Menurut  sejarah,  amalan  puasa  muncul  serentak  dengan  kemunculan
manusia  di  muka  bumi.  Semua  agama atau atheis sekali pun mengakui
bahawa  amalan ber-puasa adalah program positif dan amat penting dalam
kehidupan harian manusia. Walau bagaimanapun berdasarkan perkem-bangan
terkini,  puasa  Ramadhan yang diamalkan serentak secara besar-besaran
oleh  umat  Islam  sama  ada kanak-kanak atau dewasa di seluruh dunia,
me-nunjukkan  amalan  puasa  dalam  agama Islam terus aktif meneruskan
kesinambungan   amalan  puasa  yang  diamalkan  oleh  para  nabi  yang
terdahulu.

Sejarah Puasa

Perintah  puasa  fardhu Ra-madhan kepada umat Islam di bawah kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w. diwahyukan pada bulan Syaaban tahun 2 Hijrah dan
di-kuatkuasakan  dalam  bulan Ramadhan berikutnya semasa Nabi Muhammad
berada  di  Madinah.  Walau pun puasa Ramadhan diwajibkan pada tahun 2
Hijrah   tetapi   umat  nabi-nabi  sebelum  Nabi  Muhammad  telah  pun
mengamalkan puasa. Allah berfirman:
Maksudnya: 

“Hai   orang-orang   yang  ber-iman,  diwajibkan  atas  kamu  berpuasa
sebagaimana  telah  diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
ber-taqwa”. (Al-Baqarah: 183)

Dalam  mentafsirkan  ayat  ini,  ahli  tafsir Imam Qurtubi me-nyatakan
Al-Syaabi,  Qatadah  dan lain-lain menerangkan bahawa ayat ini merujuk
puasa-puasa yang difardhukan pada Nabi Musa, Nabi Isa dan umat-umatnya
pada  masa  itu  yang  juga  mengamalkan  puasa  dalam bulan Ramadhan,
kemudian   para  pendita  dan  pengikut-pengikut  nabi-nabi  berkenaan
mengubahsuai ajaran-ajaran tersebut. Dengan demikian kita dapati dalam
kitab  Taurat  dan  Injil  ada  menyebut  tentang  puasa  tetapi tidak
dinyatakan dengan jelas tentang peraturan wajib puasa.

Sebagaimana kita ketahui bahawa Rasul-rasul yang dipilih Allah sebelum
Nabi  Muhammad  s.a.w  mempunyai  syariat yang sesuai di sampaikan dan
di-gunakan  untuk  umat-umatnya  sahaja.  Nabi  Adam  sebagai  manusia
pertama muncul di dunia juga berpuasa. Penga-la-man Nabi Adam dan Hawa
yang  dimurkai  Allah kerana mendekati sebatang pokok (dikatakan pokok
khuldi)  boleh  dijadikan  sumber rujukan yang boleh di-kaitkan dengan
puasa. Allah ber--firman:
Maksudnya: 

“Janganlah  kamu  mendekati  pohon  ini yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang zalim”. (Al-Baqarah: 35)

Dengan  tipu  daya  dan  mus-lihat  syaitan,  Nabi Adam dan Hawa telah
memakan  buah  pokok  larangan berkenaan wa-lau-pun telah ditegah oleh
Allah.  Dengan demikian Allah telah menyuruh pasangan berkenaan keluar
dari  syurga  dan  turun  ke  dunia. Peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang
dimurkai Allah me-makan buah larangan itu di-anggap melanggar perintah
puasa dalam erti menahan diri dari makan buah larangan.

Menurut  sumber  sejarah,  Nabi  Musa  bersama kaumnya pernah berpuasa
empat  puluh  hari di samping bermunajat kepada Allah semasa berada di
bukit Tursina sebelum Allah menganugerahkan sepuluh ajar-an kepadanya.
Nabi  Isa  juga ber-puasa seperti mana yang di-amalkan oleh Nabi Musa.
Dalam   Surah   Maryam  dinyatakan  Nabi  Zakaria  dan  Mariam  sering
meng-amalkan   puasa.   Manakala   Nabi   Daud  diriwayatkan  berpuasa
ber-selang   seli  iaitu  sehari  berpuasa  dan  sehari  berbuka  yang
diamal-kan  pada  sepanjang  tahun.  De-mikianlah  antara amalan puasa
nabi-nabi  terdahulu  yang  dapat  dikesan  oleh  ahli-ahli tafsir dan
sejarah.  Walau  pun  amalan  puasa nabi-nabi lain tidak dapat dikesan
tetapi kita percaya ba-hawa amalan puasa adalah se-bahagian cara hidup
mereka  dalam  mendekati Allah. Menurut sumber sejarah, Nabi Muhammad
s.a.w sendiri sebelum di-lantik menjadi Rasul telah meng-amalkan puasa
tiga  hari  setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura yang jatuh
pada  hari  ke  10  bulan  Muharram  ber-samasama  dengan masyarakat
Quraisy  yang  lain.  Malah  masyarakat Yahudi yang tinggal di Yathrib
(Madinah) pada masa itu turut mengamalkan puasa Asyura.

Menurut Encyclopedia of Religion bangsa-bangsa bertamad-dun tinggi dan
kuno  sebelum  masehi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natches
di Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka ini
berpuasa  se-bagai  persediaan  menyambut  perayaan,  memuja roh nenek
moyang,  membersihkan  dosa  dan persediaan menjadi pemim-pin-pemimpin
atau   ketua   agama.   Persoalan   yang  timbul  ialah  apakah  puasa
bangsa-bangsa  ini hasil dari perkembangan dakwah nabi-nabi terdahulu?
Kebenaran  pertalian  itu  memang ada kerana sejarah perkembangan biak
manusia  dan  ajaran Allah ber-mula dari Nabi Adam dan nabi-nabi/rasul
yang  lain  yang ke-semuanya berasal dari Tanah Arab. Penyebaran agama
ber-laku  serentak dengan perpin-dahan dan penghijrahan ma-nusia hasil
daripada  evolusi  geografi  dunia yang berlaku beribu-ribu juta tahun
dahulu  yang turut menyebabkan pem-bentukan benua. Evolusi dunia terus
berlaku hingga kini tanpa kita sedari.

Puasa Dalam Agama Yahudi
Sebahagian rasul-rasul yang wajib dipercayai dalam agama Islam terdiri
dari Bani Israel. Umat Islam perlu berhati-hati apabila mengutuk hebat
bangsa   Yahudi   kerana   kepintaran   ke-jahatannya,   jangan  turut
me-ngait-kan   rasul-rasul   itu.   Dalam   Encyclopedia  of  Religion
me-nyatakan penganut Yahudi yang Ortodoks mengamalkan puasa wajib satu
hari  pada  hari  Yom Kippur (Hari pembersihan dosa) seperti mana yang
disuruh  oleh Mosaic Law (kemungkinan merujuk kitab Taurat Nabi Musa),
kemudian  mereka  me-nambah  empat  hari lagi, masing-masing satu hari
pada  bulan  Ab,  Tammuz,  Tebeth  dan  Tishri mengikut kalendar bulan
Yahudi  sebagai  hari  berkabung  di  atas bencana yang menimpa bangsa
Yahudi.  Mengikut  Encyclopedia  itu lagi terdapat segolongan penganut
Yahudi  mengamalkan  puasa  mengikut  nabi  Yahya, mengamalkan 40 hari
puasa  nabi  Musa,  40 hari puasa Nabi Ilyas dan puasa pada hari Isnin
dan Khamis secara sukarela.

Puasa Dalam Agama Kristian
Selepas  kematian  Nabi  Isa,  kitab  Injil mengalami perubahan besar.
Dengan demikian kita dapati dalam Bible (New Testament) tidak menyebut
secara   nyata   tentang   wajib  puasa  kepada  penganutnya.  Menurut
Encyclopedia  of  America pada dua abad pertama sejak kemunculan agama
Kristian,   puasa   dalam  agama  ini  adalah  sukarela.  Puasa  hanya
diwajibkan   pada   abad   ke  4.  Secara  tradisinya  agama  Kristian
menghendaki   penganutnya  berpuasa  40  hari  mulai  hari  besar  Ash
Wednesday hingga hari perayaan Easter, iaitu sebelum perayaan Krismas.
Puasa ini dibuat sebagai simbul menghormati kesengsaraan Nabi Isa yang
mengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa pada
hari  Rogetion  Days,  Ember  Day,  puasa  mingguan pada hari Rabu dan
Jumaat dan puasa sem--pena perlantikan paderi dan hari Baptis.

Walau bagaimanapun menurut Encyclopedia of Britanica, ke-dudukan puasa
tradisi  dalam  masyarakat  moden  Kristian  hari  ini telah mengalami
perubahan  besar.  Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom
telah  memutuskan  mereka  hanya  perlu  berpuasa sebahagian atau pada
hakikatnya  berpantang  de-ngan  tidak makan daging pada hari perayaan
Ash wednesday dan hari Good Friday. Kelong-gar-an peraturan itu dibuat
se-bagai  usaha  menggalakkan  ma-sya-rakat  Kristian berpuasa. Dengan
demikian   menurut   Encyclopedia  of  Religion  Masya-rakat  Kristian
Ortodoks  Greek  dan  Roman  Katolik  yang  suatu  ketika  dahulu kuat
mengamalkan   puasa   tradisi,   hanya  kini  mengamalkan  puasa  atau
berpantang  pada  hari  Ash Wednesday dan Good Friday sahaja. Manakala
sebahagian  besar  Gereja-gereja  di bawah Mazhab Kristian Protestant
hanya  menganggap  puasa  itu  adalah  hak  budibicara in-dividu untuk
mengamalkannya.

Puasa Dalam Agama Lain

Menurut  Encyclopedia  of Religion, walaupun sebahagian besar penganut
agama  Buddha  cen-derung  berpantang  tetapi  mereka menganggap puasa
se-penuhnya  sepanjang  hari  bukan-lah suruhan agama Buddha. Mengikut
ajaran  Buddha kurangkan makan atau berpantang adalah salah satu dari
13  ajaran-nya untuk mencapai hidup bahagia. Dengan demikian walaupun
mereka  berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktu
tengah  hari.  Di  kalangan penganut agama Buddha hanya sami yang taat
berpuasa atau berpantang yang mereka amalkan empat kali dalam sebulan.
Demikian  juga puasa dalam agama Hindu, confusius, Tao dan ajaran kuno
lain  adalah mengamalkan puasa untuk pemujaan roh nenek mo-yang. Puasa
mereka  lebih  ber-sifat  berpantang  dengan  tidak  makan daging atau
dibenarkan makan sekali sehari.

Kesimpulan

Semua  agama  mengakui  ba-hawa  puasa adalah amat penting dan menjadi
satu  keperluan  universal kepada semua manusia. Islam telah mengambil
langkah  bijak  dengan  menjadikan  bulan Ramadhan sebagai satu agenda
wajib  kepada  umat  Islam  yang  baligh dan berakal menjalankan puasa
selama  satu  bulan.  Malah  Islam  menggalakkan  umatnya  menjalankan
puasa-puasa sunat sebagai kesinambungan menge-kal-kan gaya hidup sihat
seperti  yang  dikehendaki  dalam  se-mangat  dan  matlamat Rama-dhan.
Selama  11  bulan  anggota  badan  kita  aktif menjalankan jentera dan
kemudiannya  satu  bulan  pula  diwajibkan berehat, maka suruhan agama
Islam  itu adalah tepat. Walaupun terdapat percubaan agama-agama bukan
Islam  untuk  mewajibkan puasa kepada penganutnya tetapi tidak berjaya
kerana agama itu tidak mempunyai rangkaian undang-undang yang lengkap.
Maka hanya sami-sami, pendita dan paderi yang agaknya masih meneruskan
saki  baki  amalan  puasa  atau  berpantang  larang  sepertimana  yang
dituntut oleh agama berkenaan.


source http://members.tripod.com/siti_2/01/87.html



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/vbOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

-----------------------------------------------------------------------
                "Sudahkah anda shalat dan berinfaq hari ini ?
========================================================================
Info Islam-Minangkabau, kunjungi: http://www.surau.org
  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/surau/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

===8<===========End of original message text===========



-- 
Best regards,
 Arnoldison                            mailto:[EMAIL PROTECTED]




--------------------------------------------------------------
Website: http://www.rantaunet.org
=========================================================
* Berhenti (unsubscribe), berhenti sementara (nomail) dan konfigurasi 
keanggotaan,
silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting
* Posting dan membaca email lewat web di
http://groups.yahoo.com/group/RantauNet/messages
dengan tetap harus terdaftar di sini.
--------------------------------------------------------------
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan Reply
- Besar posting maksimum 100 KB
- Mengirim attachment ditolak oleh sistem
=========================================================

Kirim email ke