KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat moden yang terkenal di Kelantan, Mohd Hafiz Jafri, tetap mempertahankan imejnya yang berperwatakan ‘lembut’ di pentas dikir barat walaupun tindakannya itu dipersoalkan Kerajaan Pas Kelantan.

Mohd Hafiz, 19, atau lebih dikenali dengan nama pentas ‘Kajol’ juga sedia bersemuka dengan kerajaan negeri bila-bila masa bagi menjelaskan pendirian dan statusnya sebagai seorang lelaki.

Persembahan Mohd Hafiz di pentas dikir barat di negeri ini menimbulkan kontroversi apabila beliau mengadakan persembahan dikir barat moden berirama Hindi.

Mohd Hafiz ditemui di rumah bapa angkatnya di Kampung Panchor, Kemumin, semalam, berkata, beliau yang juga Orang Asli suku Temiar dari Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Orang Asli, Kuala Betis, Gua Musang, mampu menyanyi dengan nada suara wanita.

“Saya bukan buat-buat suara macam perempuan, sebaliknya suara saya memang nyaring menyerupai suara wanita walaupun saya lelaki. Jadi, salahkah saya?.

“Saya tetap dengan imej yang ada pada diri saya, kerana ia semula jadi dan bukan dibuat-buat. Saya juga tidak minta dilahirkan begini,” katanya.

Mohd Hafiz juga tidak mahu isu peribadinya dipersoalkan sedangkan ia adalah hak asasi manusia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Berita Harian baru-baru ini, bahawa Kerajaan Pas Kelantan akan memanggil seorang penyanyi lelaki dikir barat irama Hindi untuk mendapatkan penjelasan mengenai statusnya, sebelum tindakan diambil kerana dia dikatakan sering mengadakan persembahan dengan berpakaian seperti wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Abdul Patah Mahmood, dilaporkan berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengkajinya mengikut etika moral terhadap penyanyi itu.

Katanya, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana golongan termasuk pondan atau khunsa mengadakan persembahan, tetapi perlu menampilkan diri mengikut naluri masing-masing bukan menyalahgunakan imej untuk tujuan tertentu.

Persembahan Mohd Hafiz semakin mendapat sambutan daripada peminat dikir barat di negeri ini kerana membawakan lagu irama Bollywood dan padang pasir.

Bapa angkat yang juga pengurusnya, Muhammad Che Ngah, 58, percaya ada pihak tertentu yang tidak senang dan iri hati terhadap Mohd Hafiz.


Perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Re: [perakan] Kerajaan Kelantan minta penjelasan artis berpakaian perempuan
 
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memanggil seorang penyanyi lelaki
dikir barat irama Hindi untuk mendapatkan penjelasan mengenai
statusnya, sebelum tindakan diambil kerana dia dikatakan sering
mengadakan persembahan dengan berpakaian seperti perempuan.


Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke