Untuk arkib dan makluman.
http://kumtiswb.blogspot.com/

Gambar-gambar Program KUMTIS Wakaf Bharu 2009 bertempat di Sekolah kebangsaan 
Kubang Batang, Tumpat, Kelantan  dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang 
ayambara menulis puisi 1 Malaysia kelab Setia anjuran Pejabat Penerangan Daerah 
Tumpat, Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)  dengan kerjasama PPD Tumpat,  boleh 
dilihat melalui pautan

http://kumtiswb.blogspot.com/

Aktiviti KUMTIS  sebelum 10.30 pagi  tak sempat dirakam kerana saya hadiri 
Bengkel Penulisan Novel Kanak-kanak di DBP Wilayah Timur, Kota Bharu. Dengan 
menumpang kereta  Ketua 2 pesisir,  Sdr.Anuar Musa  dapat ke SK Kubang Batang.  
Setelah acara KUMTIS selesai kira-kira pukul 2.00 petang , saya menumpang 
kenderaan Sasterawan Norhisham Mustafa untuk ke DBP Wilayah Timur semula untuk 
hadiri Bengkel Novel Kanak-kanak sekali lagi. Sempat ikuti bengkel sehingga 
selesai kurang lebih 4.45 petang dan pulang ke rumah dengan menumpang kenderaan 
Ketua 2 Pesisir.  Terima kasih kepada sdr. Anuar dan Abang Sham , kalau tidak 
saya hanya dapat hadir  salah satu majlis saja hari ini.

Gambar-gambar semasa bengkel novel kanak-kanak juga akan dimuat naik setelah 
selesai diubah saiz supaya dapat dimuat naik dengan lebih pantas.




Ediramle

Kirim email ke