sebenarnya banyak yang melayari face book masing-masing dan melaluinya dapat 
cit cat.. tapi cekwa disini selalu melihat emel..




________________________________
From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo.com>
To: Pesisir@yahoogroups.com
Sent: Tue, June 15, 2010 6:55:51 PM
Subject: Re: { PESISIR } Ke mana semua hilang menyepi?

  
Benar dan tepat sekali saudara Edi. Apapun, saya sudah amat jarang aktif 
facebook kerana ia telah melalaikan saya dan acap kali juga saya melakukan 
kesilapan dalam kerja. Sekarang minat ke facebook dah berkurangan. Masa lebih 
banyak dihabiskan pada kerja. 

terima kasih Edi kerana saudara antara sahabat yang paling aktif tak kira musim.

--- On Tue, 15/6/10, edira...@pesisir. net <edira...@pesisir. net> wrote:


>From: edira...@pesisir. net <edira...@pesisir. net>
>Subject: Re: { PESISIR } Ke mana semua hilang menyepi?
>To: pesi...@yahoogroups .com
>Date: Tuesday, 15 June, 2010, 6:38 PM
>
>
>  
>Mungkin kita telah ditidurkan oleh kesibukan masing-masing atau kita telah
>dilenakan oleh facebook.
>
>Sebahagian kita telah dibaringkan oleh talian internet yang mungkinnya ada
>masalah yang belum diselesaikan.
>
>Bagaimanapun saluran ini masih lagi berkesan untuk perbincangan dan untuk
>memaklumkan sesuatu perkembangan berhubung pesisir terutamanya.
>
>> Assalamualaikum. .Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
>>  
>> Persoalan kini berlegar-legar dalam kepala. Tertanya-tanya ke manakah
>> perginya rakan-rakan Pesisir yang dulu bukan main geger-riuh menceriakan
>> alam maya ini dengan pandangan, tanya khabar dan bercerita aktiviti
>> harian.
>>  
>> Ke mana saudara Hanuman?
>> Ke mana saudara Hashim?
>> Ke mana saudara-saudara ku yang lain? Yang selama ini hadir memeriahkan
>> group ini?
>>  
>> Inilah persoalan yang bermain dalam kepala masa kini. Agak kecewa, bila
>> masuk pejabat, on emel, tetapi tidak ada apa-apa berita atau cerita dari
>> rakan-rakan semua.
>>  
>> Kalau sibuk, takkan dalam satu minggu atau dua minggu sekali tak ada masa
>> nak celah seminit dua untuk paparkan sebarang aktiviti dan bertanya
>> khabar.
>>  
>> Adakah semua sudah tidak berminat beremel lagi? Atau sudah ada saluran
>> lain yang saudara-saudara ku aktif tetapi tidak saya ketahui?
>>
>>
>
> 




      

Kirim email ke