Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Gempa bumi

 
Gempa bumi: pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh
pergerakan yang banyak di permukaan bumi yang berbatu.
Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam
bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba
terlepas. 
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang
dipanggil Skil Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan
satu hingga sembilan berdasarkan saiznya. Gegaran
sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran
itu kuat untuk membolehkan kita merasainya. 
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan
gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi
dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari
perkataan Greek seismos, untuk mengoncang). 

Anatomi Gempa Bumi

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti
geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan
gempa bumi, apa yang berlaku pada permukaan bumi,
bagaimana tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan
bumi dan bagaimana tenaga ini menyebabkan kemusnahan. 
Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa
bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan bagaimana
meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu
ketara. 

Gempa Bumi Tektonik

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga
yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan
memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik.
Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali
sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti
gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.
 
Gempa Bumi Gunung Berapi

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan
gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan
memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa
bumi gunung berappi disebabkan oleh pergerakan magma
ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada
batu-batuan menghasilkan gempa bumi. 
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia
bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan
gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari
beberapa jam hinggalah beberapa hari. 
Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang
berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan
Cascade di Barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi
Iceland, and titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Gempabumi adalah getaran atau gegaran pergerakan
permukaan bumi. Gempabimi biasanya disebabkan oleh
pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar
dikerak bumi. Perkataan gempabumi juga digunakan untuk
menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa
bergerak dalam pergerakan tetonik, dan gempabumi
berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan
Bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di
sempadan plat tetonik di mana kerak bumi atau
"lithosphere" terpisah. Kejadian yang berlaku
disempadan plat dikenali sebagai gempabumi interplat;
gempabumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai
gempabumi intraplat. 
Gempabumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi
kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan
kerosakan. Gempabumi yang kuat mampu menyebabkan
kerosakan dan kehilangannyawa yang besar melalui
beberapa cara termasuk retakkan pecah "fault rupture",
getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami,
empangan pecah ), pelbagai jenis kerosakan muka bumi
kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan api atau
perlepasan bahan beracun. Dalam gempabumi tertentu,
sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam
sejarah setiamnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan
nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempabumi, gegaran
merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca
utama kerosakan. 



=====
Lautan Sati Rantau Batuah
 
Sutan Palito Alam
33 th




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail SpamGuard - Read only the mail you want.
http://antispam.yahoo.com/tools
____________________________________________________
Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://groups.or.id/mailman/options/rantau-net
____________________________________________________

Kirim email ke