rencana

Yang di-Pertuan Agong tonggak perpaduan, keharmonian
KEMANGKATAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini 
mengukir satu lagi lembaran dalam sejarah moden Malaysia yang mempunyai 
sembilan Raja Melayu sebagai simbol perpaduan dan keharmonian negara.

Disanjung tinggi serta dihormati, kesemua sembilan raja berkenaan memainkan 
peranan penting dalam mewujudkan kestabilan di kalangan masyarakat pelbagai 
kaum di negara ini.

Raja-raja ini menjadi ketua bagi negeri masing-masing, manakala Yang 
di-Pertuan Agong, yang dipilih daripada kalangan sembilan raja yang ada 
untuk memegang jawatan secara bergilir, lima tahun sekali, merupakan ketua 
negara.

Setiap rakyat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada 
kesemua raja ini.

Sultan Salahuddin, 75, adalah Sultan Selangor yang kedua dilantik sebagai 
Yang di-Pertuan Agong oleh raja-raja. Ayahandanya, Sultan Hisamuddin Alam 
Shah, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua, tetapi baginda 
mangkat beberapa jam sebelum berlangsungnya istiadat pertabalan pada 1 
September 1960.

Sultan Hisamuddin Alam Shah mengambil alih jawatan sebagai Yang di-Pertuan 
Agong daripada Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni 
Almarhum Tuanku Muhammad, yang mangkat semasa beradu pada 1 April 1960.

Tuanku Abdul Rahman, yang wajahnya menghiasi setiap wang kertas Malaysia 
adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan semasa ditabal sebagai Yang 
di-Pertuan Agong pertama pada 2 Sept 1957, tiga hari selepas Tanah Melayu 
mengisytiharkan kemerdekaannya.

Sistem giliran yang diamalkan dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong memberi 
banyak manfaat kepada sistem politik negara ini sejak Merdeka. Kini, sistem 
itu sudah memasuki pusingan kedua setelah raja dari kesemua sembilan negeri 
sudah pun dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, sekurang-kurangnya sekali.

Bagi Negeri Sembilan dan Selangor, raja-rajanya dipilih sebagai Yang 
di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kesemua sembilan raja berkenaan akan bersidang dalam masa empat minggu untuk 
memilih Yang di-Pertuan Agung yang baru, kata Perdana Menteri Dr Mahathir 
Mohamad hari ini semasa mengumumkan kemangkatan Sultan Salahuddin.

Beliau berkata, sehingga Yang di-Pertuan Agong baru dilantik oleh sembilan 
raja berkenaan, Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang, Sultan Mizan Zainal 
Abidin dari Terengganu, akan memangku tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Berikut ialah senarai semua Yang di-Pertuan Agong sebelum ini mengikut 
kronologi:

1. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Mangkat: 1 April, 1960 (mangkat dalam tidur)

Ditabal: 2 Sept, 1957

Tempoh Jawatan: 3 Ogos, 1957 - 1 April, 1960

2. SULTAN SELANGOR

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman 
Shah

Mangkat: 1 Sept, 1960

Ditabal: 1 Sept, 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal)

Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Agong bermula 4 April, 1960

3. RAJA PERLIS

Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Mangkat: 16 April, 2000

Ditabal: 4 Jan, 1961

Tempoh Jawatan: 21 Sept, 1960 - 20 Sept, 1965

4. SULTAN TERENGGANU

Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin

Mangkat: 20 Sept, 1979

Ditabal: 21 Sept, 1965

Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept, 1970

5. SULTAN KEDAH

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Ditabal: 20 Feb, 1971

Tempoh Jawatan: 21 Jan, 1970 - 20 Sept 20, 1975

6. SULTAN KELANTAN

Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Mangkat: 29 Mac, 1979

Ditabal: 28 Feb, 1976

Tempoh Jawatan: 21 Sept, 1975 - 29 Mac, 1979

7. SULTAN PAHANG

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar 
Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Ditabal: 10 Julai, 1980

Tempoh Jawatan: 26 April, 1979 - 25 April, 1984

8. SULTAN JOHOR

Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail

Ditabal: 15 Nov, 1984

Tempoh Jawatan: 15 April, 1984 - 25 April, 1989

9. SULTAN PERAK

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin 
Ghafarullahulahu Shah

Ditabal: 18 Sept, 1989

Tempoh Jawatan: 26 April, 1989 - 25 April, 1994

10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Ditabal: 22 September 1994

Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999

11. SULTAN SELANGOR

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah

Mangkat: 21 Nov, 2001

Ditabal 23 Sept, 1999

Tempoh Jawatan: 26 April, 1999 - 21 Nov, 2001. - Bernama


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


RantauNet http://www.rantaunet.com

Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3
===============================================
Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di
http://www.rantaunet.com/subscribe.php3

ATAU Kirimkan email
Ke/To: [EMAIL PROTECTED]
Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama:
-mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda]
-berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda]
Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung
===============================================

Kirim email ke