LALUAN BERSEJARAH RAJA MELEWAR DIDOKUMENTARIKAN
 
Laluan bersejarah kedatangan Raja Melewar ke Negeri Sembilan di awal tahun 1700 akan didokumentarikan sebagai bahan sejarah dan kajian. Usaha itu dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Muzeum Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Unit Ehwal Semasa TV Malaysia.

Penceritaan Laluan Raja Melewar dimulakan dengan adegan penolakan peminangan Sultan Johor terhadap anak Penghulu Rembau (Orang Kaya Kecil), Seri Banun, dan pembunuhan oleh Sultan Johor anak Penghulu Rembau, Si Amat.

Berikutan itu, Penghulu Rembau mendapatkan bantuan Moyang Salleh, Penghulu Jelebu, untuk bertemu Sultan Johor, Sultan Alauddin. Moyang Salleh berlepas ke istana lama Sultan Johor bersama empat orang hulubalangnya yang gagah berani - Tok Bauk, Tok Beruang Hitam, Tok Gagah Perkasa dan Tok Laut Api - yang berakhir dengan suatu peristiwa bersejarah Memutus Tali Ke Johor, di mana Sultan Allauddin membeb askan apa yang disebut ketika itu sebagai Negeri Sebelah Darat (kini Negeri Sembilan) untuk pemerintahan sendiri. Moyang Salleh juga diberi gelaran Mendeka Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu.

Sultan Alauddin bagaimanapun menyarankan kepada Dato' Moyang Salleh agar negeri di Darat mendapatkan seorang pemerintah dari keturunan Raja Pagaruyung, Sumatera. Berikutan itu, Penghulu Yang Sembilan bertemu dan membuat muafakat untuk menghantar wakil - Panglima Bandan dan Panglima Bandut - ke Pagarruyung untuk mendapatkan seorang anak raja Minangkabau sebagai Yam Tuan di Negeri Sembilan. Berikutan itu, Sultan Pagaruyung mengutus Raja Mahmud untuk ke Negeri Sembilan. Raja Mahmudlah yang kemudiannya ditabalkan sebagai Yam Tuan Negeri Sembilan dengan gelaran Raja Melewar.

Terdapat 21 lokasi dalam penggambaran tersebut dimulai dengan Pengkalan Kuala Linggi di Melaka dimana bahtera Raja Mahmud mula mudik sungai Linggi langsung ke sungai Rembau, sebelum di Seri Menanti.

Lokasi kedua ialah Simpa ng di mana rombongan Diraja Minangkabau bertembung dengan tentera Bugis. Ini diikuti Pengkalan Sungai Timon (hari ini Kampung Sungai Timun) di mana rombongan tersebut berehat. Rombongan Sultan Mahmud kemudian membuat kubu di Kota Pedas untuk menentang kumpulan Raja Katib, yang terdahulu dihantar oleh Sultan Pagaruyung untuk membuat persediaan menyambut kedatangan Sultan Mahmud.

Rombongan dari pagaruyung itu kemudian berehat di Bangsal Atap - hari ini dikenali Lubuk Cina - untuk mendapatkan bekalan bagi perjalanan selanjutnya.

Lokasi selanjutnya ialah Sewar Raja (Sawah Raja) dan Danau Sisik Emas yang menjadi tempat mandian Raja Mahmud. Rombongan Raja Mahmud kemudian singgah di Kuala Dadih sebelum ke Bukit Serajin untuk mendirikan kubu menentang musuh-musuh dari penduduk tempatan.

Menurut sejarah, Raja Mahmud kemudian ke Penajoh (hari ini dikenali sebagai Astana Raja) di mana beliau telah di Kerjankan. ( Kerjan = adat istiadat pelantikan rajo a tau datuak nan ampek) Di sinilah beliau membina istana baginda yang pertama, yang mana replikanya akan dibina Kerajaan ini sebagai peninggalan sejarah. Dari sini, Raja Mahmud berangkat ke Ulu Penajih di mana baginda mendirikan istana keduanya. Di Ulu Penajih ini jugalah berlaku peperangan antara tentera Raja Mahmud dengan Dato' Bandar yang berakhir dengan kematian orang kanan Raja Mahmud, Tengku Bujang.

Sebelum tiba di Ulu Penajih, Raja Mahmud membuat beberapa persinggahan. Antara di Relong, Mampong, Sungai Layang, Kampung Batu, dan Tok Hijau. Dari sini Raja Mahmud meneruskan perjalanan ke Seri Menanti melalui Perhentian Petai. Di Perhentian Petai ini berlaku satu lagi peristiwa bersejarah di mana berlakunya penyerahan Raja Mahmud dari Dato' Lembaga Luak Rembau kepada Dato' Lembaga Tanah Datar (Seri Menanti).

Mengiringi penyerahan tersebut ialah sebuah Cendi Diraja yang mengandungi Destar Dendam Tak Sudah, Selempang sekaki Payung dan sebilah Pedang. Adalah diriwayatkan bahawa destar Dendam Tak Sudah yang menjadi destar pakaian rasmi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang Dipertuan Agung hari ini berasal daripada destar yang menjadi penggiring Raja Mahmud berhijrah dari Rembau ke Tanah Data.

Menurut mereka yang mengetahui sejarah destar tersebut, destar Dendam Tak Sudah dihasilkan dari perasaan kesetiaan dan kecintaan masyarakat luak Rembau terhadap Raja Mahmud. Dari situ Raja Mahmud meneruskan perjalanannya dan berhenti untuk berehat di Jumbang, sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Pasir dan ke Tanah Datar, di mana baginda di tabalkan sebagai Yam Tuan Negeri Sembilan dengan gelaran Raja Melewar.

Setelah beberapa lama di Tanah Datar, baginda Raja Melewar kembali ke Penajoh dimana baginda mangkat dan dikebumikan di Bukit Serajin bersebelahan makam isteri beliau.



Chat with friends online, try MSN Messenger: Click Here
RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED] Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama: -mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda] -berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda] Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung ===============================================

Kirim email ke