Magic Datuk K, Siti, Mawi dan Ina
Source : Roslan SMS Corner

Bila Siti dan Datuk K bersanding, Mawi dan Ina pula
berdrama, masing-masing secara langsung, KL dikatakan
sepi bagaikan Pekan Hantu (Ghost town).

Benarkah demikian?

Yang nyata meraih untung adalah RTM dan TV3 yang
masing-masing menceduk peluang dari kedua-dua event
tersebut.



Terlupa KL sebentar tentang kos hidup yang semakin
sempit lantaran kenaikkan harga minyak, tarif letrik
dan barangan tertentu. Kerana barangkali asyik dibuai
keayuan dan kejelitaan Siti (yang tertinggal tudungnya
di Masjid Wilayah) maka Najib terlupa sejenak akan
sengketanya dengan Tun Dr M walaupun Tun berada di
sebelahnya.



Barangkali (ini kena rujuk dengan statistik PDRM)
kadar jenayah pun menurun semalam kerana perompak dan
penyamun juga tidak mahu ketinggalan menonton samada
TV1 ataupun TV3 itu.

Tak pasti pula samada bilangan jemaah di masjid dan
surau-surau juga menurun malam tadi?

Demikianlah hebatnya tarikkan penghibur terhadap
peradaban dan cara hidup rakyat Malaysia. Demikianlah
ketagihnya kita pada hiburan dan yang seronok-seronok.

Demi kerananya kita boleh lupa sengketa, kita boleh
lupa kesakitan, kita boleh lupa kesengsaraan,
demikianlah mabuknya kita semua.

Tahniah Datuk K, tahniah Siti. Syabas Mawi, syabas Ina
(kerana boleh jadi celebrity lebih hebat dari juara
reality show yang terpaksa bersaing untuk menang).
Pagi ini rakyat Malaysia masih dibuai keindahan
semalam, berebut pula nak mendapatkan akhbar media
perdana kerana masing-masing nak tengok pula
gambar-gambar Datuk K, Siti, Mawi dan Ina. Kemudian
nanti tunggu pula majalah hiburan semua akan meraih
untung belaka.

Yang jelas akan kayap dan susah adalah kita. Kerana
bila dah padam kesan percikkan MAGIC Datuk K, Siti,
Mawi dan Ina nanti baru kita kembali merungut, ahhh
harga minyak tetap mahal, bil letrik makin mencacak
naik, harga barangan tak pernah menjadi murah, gaji
tak naik-naik (ada yang dah tak bergaji kerana di VSS
kan), apakah kesudahan hidup ini nanti? 


posted by Roslan SMS



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


Reformasi-Malaysia:  Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia :  A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe 
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do 
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/reformasi-malaysia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke