Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan sahabat-sahabat 
Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Orang-orang 
yang berharta banyak itu pergi  dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi serta 
kenikmatan yang kekal." 

Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa demikian?" 

Mereka menjawab: "Kerana mereka dapat bersolat seperti kami, mereka berpuasa 
sebagaimana kita berpuasa, mereka bersedekah, sedangkan kita tidak dapat 
bersedekah dan sedangkan mereka dapat memerdekakan dan kita tidak dapat 
memerdekakan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahukan akan 
sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang 
mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorang 
pun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang mengerjakan 
sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?"

Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." 

Beliau kemudian bersabda lagi: "Bacalah tasbih (Subhanallah), takbir (Allah 
Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) setiap selesai bersembahyang sebanyak tiga 
puluh tiga kali masing-masing."

Selanjutnya kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kembali mendatangi 
Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita golongan yang 
hartawan-hartawan itu telah mendengar mengenai apa yang kita kerjakan ini, oleh 
sebab itu mereka pun mengerjakan sebagai yang kita lakukan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah 
yang dlkurniakan oleh Nya kepada siapa saja yang dikehendaki." 


(Muttafaq 'alaih)



Subscribe to [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke