Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:
Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari 
tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi 
jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang 
yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami 
memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, 
hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat 
dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.

(Riwayat Muslim)

Subscribe to sabda_nabi-subscr...@yahoogroups.com

Kirim email ke