[alternatif-net] Budak 3 tahun mati didera

2006-10-05 Thread Berita Informasi
Budak 3 tahun mati didera  Oleh Johan Afandi
  
 
   
INI YANG TINGGAL: Lukisan yang terdapat di bilik didiami
Lau Jun Wei bersama ibu serta teman lelakinya. 
(Gambar kanan) Lau dipercayai mati selepas didera.
JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia tiga setengah tahun mati di sebuah 
klinik swasta di Taman Universiti di sini petang kelmarin, selepas dipercayai 
didera berdasarkan kecederaannya termasuk melecur di belakang badan.
  
Berikutan itu, polis menahan ibu mangsa dan teman lelakinya di rumah sewa di 
taman berkenaan sebaik menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak itu.

Mangsa, Lau Jun Wei, dikatakan ditinggalkan di klinik berkenaan dalam keadaan 
tidak sedarkan diri, kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Johari Yahya, berkata 
doktor di klinik itu mengesahkan mangsa meninggal dunia dan memaklumkan polis 
selepas melihat kecederaanya.

Terdapat kesan luka dan lebam di kaki, tangan dan mata Lau, manakala belakang, 
ada kesan melecur dan tanda bekas dirotan di kepala.

Kita sudah menahan ibu mangsa berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 23 
tahun petang semalam, katanya.

Pasangan terbabit kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah 
siasat.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu, yang berasal dari Tangkak, bercerai dua tahun 
lalu manakala teman lelakinya dari Pontian.

Teman serumahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Thien, berkata pasangan itu 
tinggal bersama sejak tiga bulan lalu.

Katanya, lelaki itu bekerja sebagai penjual telefon bimbit manakala wanita 
berkenaan tidak bekerja.

Bagaimanapun, saya hanya melihat Lau sebanyak tiga kali di kawasan sekitar 
rumah dan mangsa sering termenung dan murung serta tidak seceria seperti 
kanak-kanak lain, katanya.

Thien berkata, kanak-kanak itu dikurung dalam bilik berseorangan dan beliau 
pernah mendengar Lau menangis serta menghentak kaki.
   
  Kerap kena kurung - Oleh Ibrahim Isa
   
  JOHOR BAHRU: Kanak-kanak mangsa dera, Lau Jun Wei, 3, hanya tiga kali dilihat 
penghuni lain di rumah yang disewa ibu kandungnya di Jalan Kebudayaan, Taman 
Universiti, di sini, sebelum diberitahu sudah meninggal dunia, malam kelmarin.
   
  Selain itu, mangsa dikatakan sering dikurung sendirian di dalam bilik apabila 
ibu dan teman lelakinya keluar bersiar-siar atau membeli keperluan harian 
mereka.
   
  Seorang teman serumah pasangan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai 
Theen, 26, berkata mangsa bersama ibunya mula berpindah ke rumah dua tingkat 
itu kira-kira tiga bulan lalu.
   
  Bagaimanapun, katanya, dia cuma melihat kanak-kanak itu sebanyak tiga kali 
sepanjang tiga bulan lalu.
   
  “Kali pertama saya lihatnya ketika mereka datang melihat rumah, kali kedua 
pada hari mereka berpindah dan ketiga, keesokan harinya.
   
  “Apa yang saya lihat, mangsa berbeza daripada kanak-kanak lain kerana dia 
bukan saja tidak ceria, malah seperti dalam kemurungan serta selalu termenung.
   
  “Bagaimanapun, saya tidak sangka sesuatu yang buruk akan berlaku kerana 
pasangan itu dilihat seperti pasangan biasa lain walaupun sering mendengar 
bunyi hentakan kaki hampir setiap hari awal pagi,” katanya.
   
  Theen berkata, apa yang pelik mengenai sikap pasangan itu ialah apabila 
mereka mahu keluar, kanak-kanak terbabit akan dikurung berseorangan di dalam 
bilik.
   
  Menurutnya, apa yang diketahui mengenai pasangan berkenaan ialah ibu 
kanak-kanak itu tidak bekerja manakala teman lelakinya penjual telefon bimbit 
di Taman Universiti.
   
  Theen yang juga seorang guru sekolah rendah berkata, dia hanya tahu kematian 
kanak-kanak itu apabila diberitahu teman serumahnya, malam kelmarin.
   
  Katanya, kali terakhir dia melihat pasangan itu ialah kira-kira jam 2 petang 
kelmarin dan ketika itu, ibu mangsa kelihatan gelisah dan turun ke bawah dengan 
tergesa-gesa.
   
  “Kira-kira dua minit kemudian, saya lihat teman lelakinya pulang menaiki 
teksi tetapi tidak tahu apa yang berlaku selepas itu kerana saya keluar rumah 
kerana mempunyai urusan lain,” katanya.
   
  Sementara itu, seorang lagi rakan serumah yang hanya mahu dikenali Tan, 29, 
berkata dia jarang berjumpa pasangan itu dan hanya tahu teman lelaki ibu mangsa 
saudara kepada pemilik rumah itu.
   
  Dia yang juga guru sekolah menengah berkata, dia tidak nampak kelainan pada 
pasangan itu, kecuali tingkah laku mangsa yang terlalu pendiam bagi kanak-kanak 
berusia tiga tahun.
   
  “Sejak pasangan itu berpindah ke sini, saya sering mendengar mangsa menangis 
di dalam bilik. 
   
  “Bagaimanapun, saya beranggapan ia perkara biasa kerana mungkin kanak-kanak 
itu menangis selepas ditinggalkan ibu dan teman lelaki ibunya itu.
   
  “Saya hanya mengetahui kematian Jun Wei selepas polis bersama ibu kanak-kanak 
itu pulang ke rumah untuk mengambil sijil kelahiran mangsa malam kelmarin,” 
katanya
  
Kesan luka, lebam
   
  JOHOR BAHRU: Tubuh kanak-kanak berusia tiga 

[alternatif-net] In memory of Kamarulzaman Teh, freedom fighter

2006-10-09 Thread Berita Informasi
In memory of Kamarulzaman Teh, freedom fighter - James Wong Wing On
Oct 5, 06 12:25pm 

  At 10.30am on November 5, 2002, a 82-year-old man from Pahang passed away in 
his old comrades’ house in southern Thailand ending a life that was to become 
an epitome of the true history of the struggle for independence of his – and 
our - homeland. 

No many people in his homeland knew about him anymore at that time but four 
years later, the posthumous biography of Kamarulzaman Teh or more 
affectionately known to his friends as Pak Zaman (1920-2002) has finally seen 
the light of day. 

Authored by a retired historian and anthropologist of Universiti Kebangsaan 
Malaya (UKM), Dr Mohamed Salleh Lamry, the Malay-language Gerakan dan Tokoh 
Kiri –Kamarlzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan (SIRD, Petaling Jaya, 
2006) is indeed a very meaningful tribute to a man who, after fighting off the 
Japanese invader, was nearly hanged by the British colonialists and certainly 
incarcerated for 22 years for his political conviction from 1948 to 1970. 

Kamarulzaman Teh, born in 1920 in Kampung Tanjung Broga of Mukim Sanggang, near 
Pahang's Temerloh, completed five years of Malay-language primary school 
education and studied up to Standard 7 in the English-language Clifford School 
in Kuala Lipis before graduating from the Serdang Agricultural School in 
Selangor. After that, he worked as a Malay agricultural subordinate under the 
colonial administration from 1940-1941. 

Soon after the Japanese invasion and occupation of Malaya, Kamarulzaman joined 
the underground resistance with his Chinese friends in coordination with the 
6th Independent Regiment of the Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) 
operating in western Pahang. In 1943, he joined and was admitted into the 
Communist Party of Malaya (CPM) which then organised and operated the only 
functioning resistance to the occupation after the British's 70-day Malayan 
Campaign.
  Not overnight conversion 

The conversion from a Malay kampung boy and junior government officer to a 
card-carrying member of the Communist Party of Malaya certainly did not happen 
overnight. According to Mohamed, there had already been communist cells in 
western Pahang as early as the 1920s and some of their Chinese members became 
friends of Kamarulzaman who enjoyed reading, among other books, Victor Hugo’s 
Les Miserables which propagated the ideas of liberty, equality and fraternity. 

Moreover, when Kamarulzaman was a school boy in late 1920s and early 1930s, he 
had already heard about the names and legends of renowned Indonesian Marxists 
and agents of the Communist International (Comintern) like Mas Alimin 
Prawirodirja (1898-1964) and Ibrahim Datuk Tan Melaka (1894-1949) who visited 
Malaya several times in the 1920s to survey the ground for the establishment of 
a communist party. Mas Alimin also appears in Alias Chin Peng: My Side of 
History as a guest of the Malayan communists in 1946 in Kuala Lumpur on his way 
home to Jaya from the Soviet Union and China. 

On the morning of June 20, 1948, Kamarulzaman was arrested on a charge of 
illegal possession of firearms and he was tried in court, convicted and 
sentenced to death by hanging but his sentence was later commuted by the then 
Sultan of Pahang. Kamarulzaman continued to serve time in Kuala Lumpur and 
Seremban until 1962. 

Immediately after his conditional release in 1962, he was again detained 
without trial or charge for another eight years under the Internal Security Act 
which was legislated two years earlier to consolidate all the emergency powers, 
which include indefinite detention without charge or trial.
  
  Worked for bus company 

While under prolonged detention, his wife who married him in 1947 asked for 
divorce and left him. In the 1950s while he was inside the colonial jails, he 
was made an honorary member in absentia of the Headquarters of the all-Malay 
10th Regiment of the communists’ Malayan National Liberation Army (MNLA) led by 
Abdullah CD. 

Upon his final release from incarceration after 22 years, he took up a job with 
a bus company in his hometown Temerloh and joined the legal People’s Socialist 
Party of Malaya. He also became a central committee of the party from 1981 to 
1989 and also contested for the parliamentary seat of Temerloh for the party in 
the 1974 general election. 

As a sequel to the Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan (Penerbit 
UKM, Bangi, 2006), Kamarulzaman Teh’s posthumous biography zooms in the more 
micro aspects of the earlier book: it focuses only on the origin and 
development of the political ideas and movements of the Malay Left in Pahang as 
well as one representative personality whose life story and political 
transformation was typical. 

The author, Mohamed Salleh Lamry, who retired after serving as an associate 
professor in UKM’s Faculty of Socal Sciences and Humanities, has certainly 
performed a great public service of rediscovering 

[alternatif-net] Wang KWSP Allahyarham suami bukan hak milik mutlak isteri pertama

2006-10-11 Thread Berita Informasi
Hak Muslim: Wang KWSP mesti diagih ikut faraid
Bersama Zainul Rijal Abu Bakar
  
Penama bertanggungjawab bahagi secara hukum syarak
  
SUAMI saya meninggal dunia pada awal tahun ini. Saya adalah isteri kedua. Kami 
berkahwin lebih kurang tiga tahun dan dikurniakan dua anak. Suami berkahwin 
dengan isteri pertama lebih 10 tahun dan mereka mempunyai empat anak.
   
  Suami meninggalkan beberapa harta yang kini dalam proses untuk mendapatkan 
surat faraid dan pentadbiran harta daripada Mahkamah Tinggi. Apa yang 
menyedihkan saya ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah 
suami saya dikeluarkan tanpa menunggu surat pentadbiran harta daripada 
mahkamah. 
   
  Wang itu diambil semuanya oleh isteri pertama kerana arwah suami menamakan 
beliau sebagai penama tunggal untuk caruman itu. Beliau berkata saya dan anak 
tidak berhak langsung ke atas simpanan itu. Beliau juga berkata oleh kerana 
saya baru berkahwin, saya tidak berhak dengan wang KWSP. Adakah saya berhak ke 
atas simpanan KWSP arwah suami saya itu.
  Mazlina,
Ampang, Selangor.
   
  Jawapan:
  Dalam Islam, hukum mengenai harta pusaka mempunyai hikmah tersendiri. 
Antaranya mewujudkan kasih sayang, menanam semangat kemesraan, tolong menolong 
dan bertimbang rasa di antara ahli waris.
   
  Harta pusaka dibahagikan mengikut susunan yang diatur mengikut susun galur 
dinyatakan dengan terperinci di dalam al-Quran. 
   
  Nas al-Quran berhubung pengagihan harta pusaka amat jelas dan dibuat secara 
terperinci. 
   
  Pemberian harta pusaka kepada waris yang berhak menerima bertujuan 
menghapuskan rasa kekecewaan serta penindasan di kalangan ahli waris. 
   
  Perasaan kasih sayang dan timbang rasa dapat diukur dan dihasilkan dengan 
cara ini.
   
  Hal ini kerana perlakuan hidup manusia kadang-kadang tidak selari dengan 
kehendak atau tuntutan syarak, terutama dalam perkara yang membabitkan harta 
benda, wang ringgit atau kedudukan.
   
  Perpindahan harta pusaka ke tangan waris kadang-kadang dilakukan secara 
bertentangan dengan hukum syarak atas tujuan tertentu. 
   
  Sebenarnya ia amat bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu. 
   
  Ia juga boleh berlaku akibat kejahilan seseorang atau sifat tamak seseorang 
yang ingin memonopoli harta pusaka itu.
   
  Jika penamaan dibuat, pihak KWSP memang berhak mengeluarkan wang simpanan itu 
kepada penama. 
   
  Oleh itu, bukan menjadi kesalahan kepada KWSP mengeluarkan wang caruman itu 
kepada isteri pertama suami puan. 
   
  Penamaan di dalam akaun caruman KWSP tidak boleh disifatkan sebagai 
pemberian. 
   
  Bagi orang Islam, penamaan yang dilakukan di dalam akaun caruman KWSP hanya 
bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan 
kepada waris yang berhak. 
   
  Pengeluaran wang dengan cara ini tidak mengambil masa lama kerana waris tidak 
perlu menunggu sijil faraid dan surat pentadbiran harta pusaka dikeluarkan.
   
  Penama bertanggungan sepenuhnya untuk mengagihkan wang itu mengikut hukum 
faraid. 
   
  Sebenarnya, ketika wang simpanan dikeluarkan penama dikehendaki 
menandatangani suatu aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu 
mengikut faraid. 
   
  Kegagalan mematuhi aku janji itu memberi kesan kepada penama dari sudut 
undang-undang. 
   
  Tindakan menurut undang-undang boleh diambil terhadap penama itu. 
   
  Penama hanya bertindak sebagai pentadbir yang wajib menguruskan wang itu 
mengikut hukum faraid.
   
  Oleh itu, puan boleh menuntut wang simpanan itu bagi kepentingan puan dan 
anak. 
   
  Di sini juga, tidak timbul persoalan puan baru berkahwin dengan suami dan 
tidak melayakkan puan menuntut wang itu. 
   
  Puan berhak atas apa yang ditinggalkan oleh arwah suami mengikut faraid.
   
  Namun, puan dinasihatkan supaya cuba berunding dengan madu terlebih dulu 
sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang.
   
  Ia kerana tindakan undang-undang mungkin mengeruhkan perhubungan puan dan 
anak dengan keluarga di sebelah sana.
   
  Mungkin juga mereka tidak faham konsep penamaan di dalam caruman KWSP dan 
menyangkakan bahawa ia menjadi miliknya. 
   
  Puan boleh menjelaskan kepada beliau secara baik kedudukan undang-undang 
sebenarnya. Sekiranya perlu puan bolehlah meminta beliau merujuk kepada orang 
yang lebih tahu mengenai perkara ini seperti peguam dan pegawai KWSP.
   
  Jalan penyelesaian secara perundingan adalah yang paling sesuai di dalam 
menyelesaikan sesuatu masalah dihadapi. 
   
  Jika boleh janganlah diputuskan hubungan kekeluargaan walaupun selepas 
ketiadaan suami. 
   
  Puan perlu bijak di dalam menangani isu ini terutama apabila ia membabitkan 
wang ringgit dan pertalian persaudaraan. 
   
  Bertolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain adalah penting 
bagi menyelesaikan permasalahan keluarga sebegini.
   
  Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Artikel ini 
dengan kerjasama PGSM. Pandangan dan persoalan kemukakan kepada PGSM pada 
[EMAIL PROTECTED], 

[alternatif-net] Siri Melayu semakin hanyut: Raja Rempit dicekup

2006-10-15 Thread Berita Informasi
Raja Rempit dicekup
  Oleh Zainal Zawawi Mohamed - [EMAIL PROTECTED]
   
  KUALA LUMPUR: Seorang lelaki digelar ‘Raja Rempit’ yang dipercayai suspek 
utama kes pembunuhan seorang Mat Rempit di Bukit Damansara di sini, 8 Oktober 
lalu, cuba terjun dari tingkat satu rumah neneknya sebaik menyedari kediaman 
itu diserbu polis di Selama, Perak, pagi kelmarin.
   
  Bagaimanapun, Raja Rempit itu yang mengetuai sekumpulan Mat Rempit di sekitar 
ibu negara gagal meloloskan diri, sebaliknya dia diberkas sepasukan anggota 
polis yang mengepung rumah berkenaan, kira-kira jam 7 pagi.
   
  Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, 
berkata polis mengesan suspek utama kes bunuh itu selepas menahan seorang rakan 
karibnya.
   
  Katanya, suspek utama yang ditahan itu berusia 22 tahun dan bersembunyi di 
rumah neneknya sejak tujuh hari lalu selepas terbabit dalam pergaduhan antara 
dua kumpulan Mat Rempit sehingga mengorbankan seorang daripada mereka.
   
  “Pada mulanya, polis menahan seorang rakan karib suspek utama itu di sebuah 
pangsapuri di Batu 9 Cheras di sini, pagi Jumaat lalu hasil maklumat orang 
ramai.
   
  “Hasil soal siasat dijalankan, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis 
Daerah (IPD) Brickfields melakukan intipan di sebuah rumah di Selama, Perak, 
yang menjadi tempat persembunyian suspek utama itu,” katanya di sini, semalam.
   
  Menurutnya, ketika intipan dilakukan, polis menemui motosikal suspek utama di 
rumah berkenaan dan terus meminta bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah 
(IPD) Selama. 
   
  Mohd Dzuraidi berkata, ketika serbuan, lelaki terbabit enggan bekerjasama, 
sebaliknya terjun dari tingkat satu rumah neneknya tetapi suspek berjaya 
diberkas berikutan rumah itu dikepung polis.
   
  “Suspek utama itu dibawa dari Selama, Perak ke IPD Brickfielkds kira-kira jam 
12 tengah hari dan ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.
   
  Beliau berkata, setakat ini polis sudah menahan 14 Mat Rempit yang dipercayai 
terbabit dalam kes pergaduhan sehingga mengorbankan seorang daripada pelumba 
haram.
   
  Mohd Dzuraidi berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 
Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung 
mandatori.
   
  Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan 
di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan 
Cop 03-2115.
   
  Harian Metro sebelum ini melaporkan, dua kumpulan Mat Rempit yang gemar 
bersaing sesama sendiri bertempur sehingga mengorbankan seorang daripada mereka 
akibat ditikam dalam pergaduhan.
   
  Pada mulanya, kedua-dua kumpulan berkenaan, masing-masing empat Mat Rempit 
dari Hulu Langat dan 40 Mat Rempit dari Kampung Pandan, terbabit dalam 
kemalangan kecil di Bukit Damansara kira-kira jam 2.30 pagi 8 oktober lalu.
   
  Pada mulanya mereka cuba berunding bagi menyelesaikan pertikaian itu tetapi 
gagal mencapai kata sepakat menyebabkan tercetus pergaduhan.
   
  Dalam pergaduhan itu, Mat Rempit dari Hulu Langat, Agus Asrafi Sumarji, 21, 
ditikam dengan pisau dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya 
(PPUM) manakala dua rakannya cedera.
   
  -
   
  Rempuh rakan elak Ops polis
  Oleh Ibrahim Isa - [EMAIL PROTECTED] 
   
  JOHOR BAHRU: Cubaan dua Mat Rempit melarikan diri daripada operasi polis 
dengan menunggang motosikal secara melawan arus di Jalan Tun Abdul Razak di 
sini, akhirnya mengundang padah apabila mereka bertembung sesama sendiri, awal 
pagi semalam.
   
  Mat Rempit terbabit bagaimanapun hanya cedera ringan dan ditahan polis 
selepas kedua-duanya terjatuh.
   
  Dua Mat Rempit itu antara 120 penunggang motosikal yang ditahan polis trafik 
dalam operasi besar-besaran membanteras kegiatan perlumbaan motosikal haram di 
sekitar bandar raya ini.
   
  Dalam operasi itu polis turut mengeluarkan 201 saman terhadap Mat Rempit 
selepas mereka melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 
1987.
   
  Ketua Trafik negeri, Superintendan Abdul Halim Abdullah, berkata cubaan nekad 
dua penunggang motosikal itu untuk mengelak ditahan polis mengundang padah.
   
  Menurutnya, pihaknya melakukan operasi di dua lokasi tumpuan Mat Rempit untuk 
berlumba haram iaitu di Jalan Tun Abdul Razak berhampiran persimpangan jejantas 
Larkin dan Jalan Pantai Lido.
   
  Katanya, dua penunggang yang cedera dalam kemalangan itu sudah membuat 
laporan polis semalam.
   
  Operasi itu membabitkan 50 pegawai dan anggota polis trafik dari Ibu Pejabat 
Polis Kontinjen (IPK) dan Johor Bahru Selatan, Unit Kereta Peronda serta 15 
anggota Rela. 
   
  Dalam operasi di Jalan Pantai Lido, Halim berkata, sebanyak 70 motosikal yang 
ditunggang Mat Rempit cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, 
namun usaha mereka gagal berikutan kereta peronda menyekat semua laluan. 
   
  Sementara itu, Ketua Polis Trafik Johor Bahru Utara, Asisten Superintendan 
Bakri Zainal 

[alternatif-net] 11 tahanan ISA termasuk anak MB Kelantan dibebaskan

2006-10-19 Thread Berita Informasi
11 tahanan ISA termasuk anak MB Kelantan dibebaskan  Oleh Ruhaidini Abd. Kadir 
dan Mazli Bidu

  BERTEMU KEMBALI... Nik Aziz Nik Mat memeluk anaknya, Nik Adli yang 
dibebaskan dari tahanan ISA bersama 10 orang yang lain, di rumahnya di Kampung 
Pulau Melaka, Kota Bharu, semalam. – Gambar ZAKI AMIRUDDIN.   
-
  
  KUALA LUMPUR 18 Okt. – Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, 
TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam 
Negeri (ISA) sejak lima tahun lepas dibebaskan hari ini.
   
  Nik Adli, 39, adalah antara 11 orang tahanan ISA yang terbabit dengan 
Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah yang dibebaskan serentak. 
   
  Lima lagi anggota KMM yang dibebaskan ialah Mohd. Rafi Udin (Cheras, Kuala 
Lumpur), Zid Shaharani Mohd. Isa (Perak Tengah, Perak), Ahmad Pozi Darman 
(Sepang, Selangor), Zainon Ismail dan Md. Lotfi Ariffin, masing- masing dari 
Baling, Kedah.
   
  Keenam-enam anggota KMM itu ditahan di bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 
berkuat kuasa 24 September 2001 kerana mengancam keselamatan negara.
   
  Anggota JI yang dibebaskan ialah Abd. Samad Shukri, Mazlan Ishak, Syed Ali 
Syed Abdullah dan Abdul Manaf Kasmuri, semuanya dari Selangor manakala seorang 
lagi iaitu Alias Sani, berasal dari Sandakan, Sabah.
   
  Pembebasan mereka disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Abdullah memberitahu 
pemberita di Putrajaya bahawa beliau menandatangani surat pembebasan semua 
tahanan ISA itu.
   
  Utusan Malaysia difahamkan, Nik Adli dan lima tahanan ISA KMM itu dibawa ke 
Tempat Tahanan Polis Mukim Batu di sini dari Pusat Tahanan ISA di Kamunting, 
Taiping, Perak semalam. Mereka kemudian dibawa ke Bukit Aman dan dibebaskan 
pagi ini.
   
  Nik Adli Nik Aziz dibebaskan daripada tahanan ISA  KOTA BHARU 18 Okt — Nik 
Adli Nik Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Aziz Nik Mat kembali 
ke pangkuan keluarga di sini pada 5.48 petang ini selepas lima tahun ditahan 
mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
   
  Berketayap putih dengan berkemeja lengan panjang putih serta berseluar biru 
kelabu, Nik Adli yang kelihatan letih disambut gembira oleh ayahnya dipintu 
depan rumahnya di Pulau Melaka di sini.
   
  Isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math, seorang warga Filipina, pula 
tersenyum gembira bersama kedua-dua anak lelakinya di pintu rumah mereka yang 
berhadapan dengan rumah bapa mertuanya itu sambil memerhatikan detik pertemuan 
antara kedua-dua beranak itu.
   
  Turut hadir ialah para pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau 
Melaka, sekolah tempat Nik Adli pernah mengajar, serta sanak-saudara dan 
kenalan beliau yang berjumlah lebih 50 orang, namun mereka hanya mendiamkan 
diri pada pertemuan yang penuh bermakna itu.
   
  Nik Adli, 38, yang memakai selipar jepun bernombor 2524 diiringi empat 
anggota polis berpakaian biasa tiba dari Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan 
pacuan empat roda dan terus dipeluk oleh TG Nik Aziz lalu dibawa masuk ke dalam 
rumah.
   
  TG Nik Aziz yang enggan memberi komen mengenai pembebasan anak keempatnya itu 
yang ditahan di Pusat Tahanan ISA di Kamunting, Perak sejak tahun 2001 hanya 
berkata: 
   
  “Dah puas pelihara baru hantar balik. Selagi hati saya berdarah saya tak akan 
ucap terima kasih.”
   
  Beliau turut menyindir wartawan dengan berkata: “Semasa anak saya kena 
tangkap dahulu tidak ada seorangpun wartawan datang bertanya, tapi sekarang 
apabila balik baru datang cari.”
   
  Ini adalah kali kedua TG Nik Aziz bertemu dengan anaknya selepas Nik Adli 
ditahan mengikut ISA pada tahun 2001.
   
  Kali pertama ialah pada Julai 2004 apabila Menteri Besar Kelantan sakit 
akibat serangan jantung dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia 
(HUSM) Kubang Kerian.
   
  Nik Adli telah mendapat kebenaran khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk melawat 
bapanya di hospital berkenaan.
   
  Sambil mengucapkan syukur di atas pembebasannya yang dimaklumkan hari ini 
oleh polis di Bukit Aman sebelum membawanya pulang ke Kota Bharu, Nik Adli 
berkata, pembebasan itu adalah bersyarat dan beliau perlu berada di kawasan 
Kota Bharu pada setiap masa serta melaporkan diri di balai polis seminggu 
sekali.
   
  Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan 
pembebasannya dan berkata polis, memberikan layanan yang baik kepadanya 
terutama semasa ditahan di Kem Tahanan Kamunting.
   
  Nik Adli ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen 
Kelantan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan 
Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
   
  Polis sejak 2001 melancarkan tiga fasa penangkapan anggota KMM apabila 
kumpulan itu didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah 
(JI) di Singapura dan Indonesia, yang bermatlamat menjatuhkan 

[alternatif-net] PPIMalaysia : BERSAMA JERNIHKAN SUASANA MENJELANG SYAWAL PPIM - DATUK ABU HASSAN DIN

2006-10-20 Thread Berita Informasi
 
   
  From:
  [EMAIL PROTECTED]Date:  Fri, 20 Oct 2006 00:20:20 -Subject:  
PPIMalaysia : BERSAMA JERNIHKAN SUASANA MENJELANG SYAWAL PPIM - DATUK ABU 
HASSAN DINBERSAMA JERNIHKAN SUASANA MENJELANG SYAWAL PPIM - DATUK ABU 
HASSAN DIN 

KUNJUNGAN HORMAT PPIM DAN PERBINCANGAN HATI KE HATI DENGAN YANG BERBAHAGIA 
DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ.

Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua 
ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan 
satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang 
melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5. 
Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha 
Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. 
Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di 
Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006.

Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan 
Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk 
di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta 
membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah 
pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.

Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak 
bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih 
intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. 
Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan 
difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan 
tawadduk.

Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah 
setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap 
professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan 
Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.

Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-
perkara berikut adalah nyata:

Dato' Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah 
MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah 
kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.

Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA 
PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar 
prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum 
memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.

Dato' Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, 
PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato' Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat 
seolah-olah Dato' Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat 
Islam sebagai zalim.

Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO' HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan 
LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. 
Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL 
daripada pihak Dato' Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar 
Istana.

Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI 
KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato' Hassan selaku Ulamak yang 
amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan 
diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik 
balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.

PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN 
SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau 
berikan.

PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA 
SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di 
laman web ini supaya Y.Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau 
`malice' terhadap beliau.

PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud 
jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit 
rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan 
semangat ukhuwah dan jihad Islam.

Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN 
GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan 
banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.

Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN 
SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA 
YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA 
YANG AMAT KOTOR.

SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI 
DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH 
DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI 
DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI 
SEBELUM INI.

Dalam 

[alternatif-net] Malaysians Lament 'Secularized' Ramadan

2006-10-20 Thread Berita Informasi
Malaysians Lament 'Secularized' Ramadan 
  IslamOnline.net  News Agencies 
   Scholars lament that youths leave Tarawih prayer for 
merriment at luxurious malls. 
   
  KUALA LUMPUR — Malaysian scholars blasted Friday, October 2, the 
commercialization of Ramadan, lamenting that the holy fasting month is becoming 
increasingly secularized.
   
  During this month the Muslims are supposed to put aside their lust and 
concentrate on their spirituality, Harussani Zakaria, the mufti from northern 
Perak state, told Agence France-Presse (AFP) Friday, October 20.
   
  But in our country, they fast the whole day because they have no choice but 
to do so and at night it is as if they are out in a vengeance the way they 
flock to the malls, bazaars and all types of entertainment outlets, he added.
   
  The fasting month, which ends next week with Eid al-Fitr celebrations, is 
supposed to be a time of self-denial and reflection during which Muslims 
abstain from eating, drinking, smoking and sex from dawn to dusk.
   
  But instead, religious leaders complain, many people are more interested in 
hunting bargains at Ramadan sales, attending concerts and breaking their fast 
at sumptuous buffets laid on by every hotel and restaurant.
   
  It is only in Malaysia that the commercialization of the holy month is so 
prevalent. You get an overdose of concerts, TV shows and all sorts of sales 
gimmicks. This is wrong in Islam.
   
  Secularized
   
  Harussani said that Ramadan is being increasingly secularised.
   
  I think the main reason is not because people have all that much money to 
spend but it is because the spirit of Islam itself is not deep. People do not 
really understand the whole reason of fasting and Ramadan, he said.
   
  Leading consumer activist Mohamad Idris laments businesses and advertisers 
are taking advantage of the season to promote spending sprees and gluttony.
   
  This not only is against Islam but it can also shake a Muslim's faith, 
Mohamed said.
   
  Shopping malls and corporate companies are competing with each other to use 
the festive season to sell their products and services.
   
  Malls are packed with shoppers every night this season, when they are 
supposed to actually pack the mosques to perform prayers and meditate on the 
Qur'an, he said.
   
  Retail giant Metrojaya estimates that the last three months of the year 
account for 60 percent of their annual business, and about half of that is 
generated by sales during Ramadan.
   
  This is the time to catch people with extra pocket money, said its 
assistant general manager for sales and promotions, Alice Tan.
   
  For all retailers, this is a festive season where we do a lot of promotions 
to generate sales, she said.
   
  Mohamed, who has called for a total ban on the use of Ramadan and Eid to 
advertise products and services, said that the nation's poor often fall prey to 
the marketing campaigns.
   
  They are trapped into buying expensive things that they do not need and in 
the end they are debt-laden, he said.
   
  What limited income they have is further eroded by overspending and 
overindulging.


-
 What is the internet to you?
 Contribute to the Yahoo! Time Capsule and be a part of internet history.

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub: Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



[alternatif-net] Fierce debate over veils in Egypt

2006-11-01 Thread Berita Informasi

   
  Muslim woman listens to Abdul Hadi Awang, president of the Pan-Malaysian 
Islamic party (PAS) delivering opening speech during the PAS General Assembly 
in Kuala Lumpur, Malaysia, Sept. 12, 2003. A fierce debate has broken out 
across the Arab world and even in non-Arab Muslim countries like Malaysia over 
women's increasing use of the full Muslim face veil, after a top British 
official called them disturbing. (AP Photo/Andy Wong)
   
  By NADIA ABOU EL-MAGD, Associated Press Writer 
Tue Oct 31, 1:52 PM ET

CAIRO, Egypt - The origin of the debate could not be more intimate: what a 
woman chooses to wear before she leaves home. But the increasing popularity of 
the full Muslim face veil has set off an emotional dispute in the Arab world 
over whether the covering is required by Islam for modesty or a dangerous sign 
of political extremism. 
   
  The debate is most intense in Egypt, the world's largest Arab country, where 
one university two weeks ago banned women who wear the face veil, or niqab, 
from living in a hostel, and government-backed newspapers have launched a 
campaign against it.
   
  The niqab vogue: an imported innovation, used by the political extremists, 
read a recent banner on the pro-government Al Mussawar Weekly. Our new battle 
is against the niqab, added Mohammed Fatouh, a specialist on Islamic issues in 
another government-owned weekly, Rose el-Youssef.
   
  Salama Ahmed Salama, a columnist in Egypt's biggest government daily, 
Al-Ahram, was more blunt: It expresses an extremist attitude ... Wearing the 
niqab is as outrageous as wearing a bathing suit or pajamas to the office.
   
  On any given street in the capital, the face of one woman will be fully 
covered, with only her eyes peering through; nearby another woman will cover 
her hair, leaving her face bare, and still another will have her face and hair 
free of any covering.
   
  The dispute highlights the growing wave of conservative Islamic practice 
across the Arab world — and among Muslims living in the West — and the intense 
struggle between secular governments and Islamic opposition groups. Head 
scarves fell out of favor among some urban Arab women in the 1920s and 1930s 
but began reappearing in the 1970s and 1980s. The evolution has been steady 
with more women covering their hair each year and more also wearing body cloaks.
   
  But the biggest dispute has been over the niqab — a full facial veil that 
leaves only a slit for the eyes that re-emerged in Egypt in the late 1980s and 
has since grown in popularity, both in the Arab world and among Arab Muslims in 
the West.
   
  Former British Foreign Secretary Jack Straw said in early October that he 
asks women who visit his office to remove the veil so he can see their faces, 
and called it a disturbing sign of the divisions in British society. Aishah 
Azmi, a 24-year-old Muslim teaching assistant in northern England, was then 
suspended from her job for refusing to remove a black veil that left only her 
eyes visible.
  In Egypt, the issue has simmered for years and caught new fire after Straw's 
comments.
   
  The president of Helwan University on the outskirts of Cairo banned students 
who wear the niqab from living at the university's hostel, citing security 
reasons — and leading to small protests by students.
   
  The female head of the Islamic department of the women's college at Al-Azhar 
University, Soad Saleh, was recently sued by a radical cleric and received 
death threats after she said she was disgusted by women in niqab.
   
  In the West, traditional Muslim dress is seen as a refusal by Muslim 
immigrants to assimilate and accept Europe's secular values. Two years ago, 
France banned head scarves and other religious symbols from public places, 
enraging many Muslim immigrants. Australia's top Islamic cleric also recently 
sparked outrage when he said that women who do not dress modestly invite rape.
   
  In the Arab world, the dispute centers on fears of growing Islamic extremism 
and concerns by secular governments, like Egypt's, that they will lose ground 
to Islamic opposition groups.
   
  Complicating the issue, there is no uniform religious opinion across the 
Muslim world about whether a head scarf — much less a face veil — is required. 
Some view various forms of head scarves and niqabs as signs of cultural or 
Islamic pride. Others, however, view face veils as indications of Islamic 
extremist political opposition.
   
  But some who wear the face veil contend they do so for purely personal 
religious reasons.
   
  Believe me, we are normal human beings. But they deal with us like 
terrorists who are going to blow up everything, said Ashgan, a woman wearing 
the veil at Helwan University, who would give only her first name during an 
interview with 
  The Associated Press because she did not want to appear immodest.
  She began wearing the niqab three years ago, and takes it off her face just 
before she enters the hostel's 

<    1   2