Re: Help Palestine [hidayahnet] 'Tukar baju elak gangguan seks'

2008-05-31 Terurut Topik abi teha
Salam,

Saya rasa isu ini releven. Ini bukan sahaja isu menutup aurat, tetapi memakai 
baju jarang yang  boleh menampakkan pakaian dalam terutama kepada anak-anak 
perempuan yang sedang di dalam pertumbuhan fizikal adalah sangat releven. Saya 
tidak rasa isu gangguan seksual adalah masalah ranting seperti yang pihak tuan 
sebutkan. 

Lagipun isu yang PKPIM bawa adalah isu pelajar Islam kerana PKPIM ialah 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Maka sesuai lah isu ini 
diketengahkan. Saya tak nampak kematangan yang PKPIM cuba bawa sekiranya mereka 
membawa isu isteri PM seperti yang tuan sebutkan.

Dr Azwan
www.drazwan.blogspot.com
[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED] wrote: Bukannya tidak baik 
teguran PKPIM itu. Cumanya kepimpinan PKPIM harus lebih matang
dalam memilih isu. Kalau nak sebut masalah, banyak, berjuta. Bukan setakat baju 
sekolah tu, tapi 
juga baju singkat nampak pusat, isteri PM dan menteri sendiri tak tutup aurat, 
orang dewasa hisap rokok sedangkan dia inginkan anaknya bebas rokok dan dadah, 
dll. Kalau nak sebut semua seumur hidup pun 
 tak habis.  Tumpukanlah kpd punca sesuatu masalah itu atau kpd masalah 
pokoknya dan perjuangkan yg itu. Insya Allah masalah2 ranting yg berjuta itu 
akan selesai.


2008/5/23 Perak Topeng:
  
'Tukar baju elak gangguan seks'
 Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 09:26:11 MYT oleh SongkokPutih 
  Oleh sripetaling

Ketika penulis melayari malaysiakini mata penulis terterjah kepada satu berita 
yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk 'Tukar baju elak gangguan seks'. 
Menurut berita itu , cadangan ini alah dibangkitkan oleh Persatuan Kebangsaan 
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), syabas diucapkan kepada pertubuhan ini kerana 
peka terhadap masalah sosial di Malaysia ini (Namun sebab apa Malaysiakini 
bangkitkan isu ini belumlah penulis dapat agak, penulis berharap jangan pula 
Malaysiakini mensensasikan berita ini untuk memulakan kempen untuk mencetuskan 
bantahan terhadap cadangan ini di atas dasar kebebasan peribadi secara mutlak!).




Dewan Muslimat PAS serta NGO-NGO yang lain diharap segera memberi sokongan 
tidak berbelah bahagi terhadap cadangan ini di samping meminta satu etika kod 
pemakaian Islam di kuatkuasakan ke atas kakitangan kerajaan yang beragama ISLAM 
dan berpakaian sopan kepada non-Muslim(termasuk ke atas keluarga pemimpin 
kerajaan yang beragama Islam-BN dan PR !).Artis-artis dan atlet-atlet juga 
hendaklah tidak terlepas daripada kod ini ( Pereka fesyen pula hendaklah 
terlibat sama untuk memberikan alternatif kepada golongan ini berdasarkan kod 
etika yang telah digariskan oleh Islam). Mufti-mufti pula hendaklah 
mengeluarkan satu sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan ini. Peringkat 
permulaan mungkin boleh dimulakan ke atas agensi kerajaan dan kemudiannya 
dilaksanakan ke atas peringkat-peringkat yangseterusnya.

Kita ikuti laporan penuh berita tersebut yang dipetik dari laman web 
Malaysiakini.com :


  Tukar baju elak gangguan seksMay 21, 08 5:39pmKementerian Pelajaran 
dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah 
seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan 
mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh 
menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak 
jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. 

Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan 
menyebabkan ada daya tarikan di situ, kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah 
Bahari hari ini.

Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka 
melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh 
pelajar perempuan di sekolah kerajaan. 

Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri 
mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. 

Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan 
sebagainya. 

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam 
sekolah untuk pelajar perempuan.
  
Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM 
mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung 
yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. 

Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani 
isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi 
memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam, kata Munirah, naib presiden hal 
ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka 
mangsa cabul. 

Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka 
diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa, katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan 
perhatian oleh semua pihak. 

Namun begitu, isu ini dilupakan 

Re: Help Palestine [hidayahnet] 'Tukar baju elak gangguan seks'

2008-05-27 Terurut Topik amali
Bukannya tidak baik teguran PKPIM itu. Cumanya kepimpinan PKPIM harus lebih
matang
dalam memilih isu. Kalau nak sebut masalah, banyak, berjuta. Bukan setakat
baju sekolah tu, tapi
juga baju singkat nampak pusat, isteri PM dan menteri sendiri tak tutup
aurat, orang dewasa hisap rokok sedangkan dia inginkan anaknya bebas rokok
dan dadah, dll. Kalau nak sebut semua seumur hidup pun
tak habis. Tumpukanlah kpd punca sesuatu masalah itu atau kpd masalah
pokoknya dan perjuangkan yg itu. Insya Allah masalah2 ranting yg berjuta itu
akan selesai.

2008/5/23 Perak Topeng:


 *'Tukar baju elak gangguan seks'*
 Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 09:26:11 MYT oleh 
 SongkokPutihhttp://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Newsfile=articlesid=10278
 [image: Respon @ 
 Ulasan]http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Newsnew_topic=10 Oleh
 *sripetaling*http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Accountop=userinfousername=sripetaling

 Ketika penulis melayari malaysiakini mata penulis terterjah kepada satu
 berita yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk 'Tukar baju elak
 gangguan seks'. Menurut berita itu , cadangan ini alah dibangkitkan oleh
 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), syabas diucapkan kepada
 pertubuhan ini kerana peka terhadap masalah sosial di Malaysia ini (Namun
 sebab apa Malaysiakini bangkitkan isu ini belumlah penulis dapat agak,
 penulis berharap jangan pula Malaysiakini mensensasikan berita ini untuk
 memulakan kempen untuk mencetuskan bantahan terhadap cadangan ini di atas
 dasar kebebasan peribadi secara mutlak!).




 Dewan Muslimat PAS serta NGO-NGO yang lain diharap segera memberi sokongan
 tidak berbelah bahagi terhadap cadangan ini di samping meminta satu etika
 kod pemakaian Islam di kuatkuasakan ke atas kakitangan kerajaan yang
 beragama ISLAM dan berpakaian sopan kepada non-Muslim(termasuk ke atas
 keluarga pemimpin kerajaan yang beragama Islam-BN dan PR !).Artis-artis dan
 atlet-atlet juga hendaklah tidak terlepas daripada kod ini ( Pereka fesyen
 pula hendaklah terlibat sama untuk memberikan alternatif kepada golongan ini
 berdasarkan kod etika yang telah digariskan oleh Islam). Mufti-mufti pula
 hendaklah mengeluarkan satu sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan ini.
 Peringkat permulaan mungkin boleh dimulakan ke atas agensi kerajaan dan
 kemudiannya dilaksanakan ke atas peringkat-peringkat yangseterusnya.

 Kita ikuti laporan penuh berita tersebut yang dipetik dari laman web
 Malaysiakini.com :


 *Tukar baju elak gangguan seks*May 21, 08 5:39pm

 Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan
 bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum
 perkahwinan dalam kalangan mereka.

 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian
 boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan
 tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

 Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan
 menyebabkan ada daya tarikan di situ, kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah
 Bahari hari ini.

 Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada
 suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai
 oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.

 Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu
 sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

 Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan
 sebagainya.

 Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam
 sekolah untuk pelajar perempuan.

 Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM
 mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung
 yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

 [image: budak sekolah seragam baju 210508]Kami mengharapkan agar
 Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan
 perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat
 dan tuntutan agama Islam, kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita
 PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

 Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan
 mereka mangsa cabul.

 Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri
 mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa, katanya.

 Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan
 perhatian oleh semua pihak.

 Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan
 sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar.

 Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru
 dilaporkan, tambahnya.

 Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita
 daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

 *Mencegah lebih baik dari merawat!*

 Fikir-fikirkan...
 --
 Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

 Visit My Blog :