H-Net* 'Yayasan Terengganu punca dua MRSM ditutup'

2003-03-26 Terurut Topik Hassan, Haslim

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
Datuk Nazri ni ada wayar short kot???

Beliau berkata, penutupan dua MRSM itu bukan kerana Terengganu 
diperintah pembangkang tetapi kerana Yayasan Terengganu meminta 
Mara mengosongkan bangunan MRSM yang dimiliki yayasan berkenaan.

Mohamed Nazri berkata, keengganan Yayasan Terengganu menurunkan kuota 
80 peratus dan kegagalan menyediakan peruntukan kewangan bagi 
kerja penyelenggaraan adalah punca dua MRSM itu ditutup.

Cuba perhatikan petikan-petikan akhbar-akhbar berikut:

1)
Dipetik dari Berita Harian 12-Nov-2002 yang bertajuk Turun kuota: Kerajaan
tetap tutup MRSM:

KUALA LUMPUR, Selasa: Kesediaan kerajaan negeri Terengganu menurunkan kuota
anak negeri bagi kemasukan di dua Maktab Rendah Sains Mara Yayasan
Terengganu (MRSM-YT), tidak akan mengubah keputusan kerajaan untuk menutup
kedua-dua MRSM itu, tahun depan.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata
kesanggupan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Hadi Awang, untuk
berbincang mengenai kuota tidak akan memberi apa-apa makna kerana ia sudah
terlewat.

2)
Dipetik dari Bernama 19-Feb-2003 yang bertajuk Nazri Cabar Mustafa Ali
Debat Isu Penutupan MRSM:

Keputusan menutup MRSM Besut dan Dungun pada tahun ini adalah muktamad
setelah kerajaan Terengganu enggan menurunkan kuota pengambilan pelajar dari
negeri itu. 

KOMEN:
==
Dengan kesudian kerajaan negeri Terengganu berbincang dan menurunkan kuota
anak negeri, tidakkah ini bermakna alasan keengganan kerajaan Terengganu
menurunkan kuota sebagai punca penutupan 2 MRSM ditutup adalah ternyata
MELESET???

Mengapa kerajaan pusat tidak mahu bertoleransi sedangkan kerajaan Terengganu
sanggup bertoleransi dalam hal ini???

3)
Dipetik dari Utusan 22-Mac-2003 yang bertajuk Dua MRSM di Terengganu jika
BN menang:

DUNGUN 21 Mac - Kerajaan Pusat memberi jaminan, dua buah Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) baru akan dibina di negeri ini jika Barisan Nasional (BN)
berjaya menawan semula Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

KOMEN:
==
Jadi, inilah sebab sebenarnya... bermotifkan politik!
Kalau BN tewas di Terengganu pun apa salahnya kalau kerajaan pusat membina
MRSM tersebut!
Mengapa mesti tunggu menang???

Bukankah ianya demi untuk anak melayu jugak (iaitu perjuangan utk bangsa
sepert-mana yang diwar-warkan oleh pemimpin umno)???

Tidakkah ini membuktikan sikap kerajaan pusat yang menganaktirikan 
menyekat pembangunan negeri yang dipimpin oleh pembangkang???

Ini jelas membuktikan kerajaan pusat boleh memberi pembangunan kepada negeri
Terengganu kalau mereka mahu!
Jadi betullah antara sebab negeri Kelantan  Terengganu mundur sebab
kerajaan pusat sengaja menyekat pembangunan di negeri tersebut!

'Yayasan Terengganu punca dua MRSM ditutup'

MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar)
dihujani pelbagai soalan ahli Parlimen dari Terengganu mengenai penutupan
dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri itu ketika penggulungan
perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Mohamed Nazri yang kelihatan tenang ketika menjawab soalan, cuba sedaya
upaya menjelaskan kepada mereka mengenai keputusan penutupan dua MRSM itu.

Beliau berkata, penutupan dua MRSM itu bukan kerana Terengganu diperintah
pembangkang tetapi kerana Yayasan Terengganu meminta Mara mengosongkan
bangunan MRSM yang dimiliki yayasan berkenaan.

Mohamed Nazri berkata, keengganan Yayasan Terengganu menurunkan kuota 80
peratus dan kegagalan menyediakan peruntukan kewangan bagi kerja
penyelenggaraan adalah punca dua MRSM itu ditutup.

Katanya, Yayasan Terengganu mengarahkan Mara mengosongkan MRSM Dungun
selewat-lewatnya pada 5 Januari 2003.

Sehubungan itu, pada 7 Januari lalu beliau mengumumkan keputusan memindahkan
semua pelajar, guru dan harta benda milik Mara di MRSM Dungun dan Besut ke
MRSM lain.

Semua 428 pelajar sudah dipindahkan ke lima MRSM yang lain, iaitu di Kuala
Terengganu, Muadzam Shah, Kuala Lipis, Kuala Krai dan Pasir Tumboh pada 15
Februari lalu, katanya.

Mohamed Nazri juga menafikan kononnya Umno Terengganu mempengaruhi beliau
untuk menutup MRSM Dungun dan Besut.

Saya tidak pernah jumpa Umno Terengganu untuk berunding perkara ini. Demi
Allah, saya tidak dipengaruhi oleh mereka, katanya.

Ada beberapa ahli Umno Terengganu cuba datang berjumpa berhubung perkara
itu tetapi saya menolak untuk berjumpa, sebaliknya mereka hanya berjumpa
setiausaha saya, katanya.

Mengenai pertimbangan kerajaan berhubung kepentingan pelajar dua MRSM itu,
Mohamed Nazri berkata, mengikut peraturan Perbendaharaan, jumlah pelajar di
satu-satu MRSM perlu seimbang dan tidak boleh 