*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A/kum,

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana telah menyiarkan
biodata perjuangan As-Syahid Abdullah Azzam kepada rakan2 netters.

Di antara buku2 karangan As-Syahid yang paling masyhur ialah
"Jihad Jalan Tunggal Menuju Khilafah" merupakan buku yang paling
masyhur digunakan dan menjadi panduan kepada pejuang2/mujahid2 Islam
diseluruh dunia sehingga sekarang. Buku terjemahan pustaka AlQalam
mempunyai jilid 1 - jilid 7 menceritakan tentang konsep jihad
yang sebenarnya melalui kuliah2nya di kem-kem mujahidin di seluruh
Afghanistan.

Tetapi kerajaan Malaysia telah mengharamkannya kerana buku ini
dianggap terlalu militan dan boleh membangkitan semangat revolusi
Islam.

Buku ini boleh didapati di pustaka Harmoni di Puduraya dan dijual
secara senyap2 (RM12). Dapatkan dengan segera dan edarkan kepada pejuang2 
Islam seluruh negara.

Nanti ana akan bagi kontek no. Pustaka Al-Qalam.

Wasallam.

>From: Creative <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Mengingati As-Syahid Dr Sheikh Abdullah Yusuf Azzam
>Date: Fri, 22 Sep 2000 02:41:24 -0700 (PDT)
>
>
>Biodata: Dr Sheikh Abdullah Yusuf Azzam
>
>
>
>
>
>
>Sheikh Dr Abdullah Yusuf Azzam, Asal Dari Palestine. Terbunuh pada 24 
>November 1989 di Peshawer. Pakistan . Umur 48 Tahun
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>                               TYPE="audio/x-pn-realaudio-plugin" 
>CONSOLE="cons" CONTROLS="ImageWindow"
>AUTOSTART="true">
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>                         TYPE="audio/x-pn-realaudio-plugin" CONSOLE="cons" 
>CONTROLS="PlayButton">
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>                         TYPE="audio/x-pn-realaudio-plugin" CONSOLE="cons" 
>CONTROLS="StopButton">
>
>Abdullah Azzam dilahirkan di sebuah kampung di Utara Palestin yang dikenali 
>sebagai Selat al-Harithia di daerah Genine pada tahun 1941. Bapanya bernama 
>Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya 
>pula bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh 
>Abdullah Azzam dibunuh. Ibunya dikebumikan di kem Pabi.
>
>Beliau dari keluarga yang baik latar-belakang keagamaannya. Keluarga beliau 
>gembira mempunyai anak lelaki, Abdullah Yusuf Azzam, yang istimewa di 
>kalangan kanak-kanak lain dan mula menyebarkan dakwah pada usia yang muda. 
>Rakan-rakan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang warak. Beliau 
>menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan pada usia muda. Guru-guru beliau 
>melihat keistimewaan ini sejak beliau di bangku sekolah lagi. Beliau 
>menyertai al-Ikhwan-ul-Muslimin sebelum mencapai usia baligh.
>
>Sheikh Abdullah Azzam telah dikenali kerana ketabahan dan sifat beliau yang 
>serius sejak beliau masih kecil lagi. Beliau menerima pendidikan awal 
>peringkat sekolah rendah dan menengah di kampung beliau sebelum menyambung 
>pelajaran beliau di Kolej Pertanian Khadorri sehingga ke peringkat Diploma. 
>Walaupun beliau merupakan pelajar termuda di kalangan rakan-rakan beliau, 
>beliau merupakan yang paling pandai dan bijak. Setelah menamatkan pengajian 
>di Kolej Khadorri beliau bekerja sebagai seorang guru di sebuah kampung 
>bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau menyambung pengajian di 
>Kolej Shariah di Universiti Damascus sehingga memperolehi Ijazah B.A. dalam 
>Shariah pada 1966. Selepas pihak Yahudi menawan Tebing Barat pada tahun 
>1967, Sheikh Abdullah Azzam berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak mahu 
>tinggal di bawah penjajahan Yahudi di Palestin. Pengalaman melihat 
>kereta-kereta kebal Israel bergerak masuk ke Tebing Barat tanpa apa-apa 
>tentangan meningkatkan azam beliau unt!
>uk berhijrah bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk berperang.
>
>Pada lewat 1960-an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di 
>Palestin dari Jordan. Pada ketika itu juga beliau menerima Ijazah Masters 
>di dalam bidang Shariah dari Unversiti al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah 
>Jihad terhenti kerana kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau 
>menjadi seorang pensyarah di Universiti Jordanian di Amman. Pada tahun 1971 
>beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti al-Azhar di Kaherah di mana 
>beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Ussul al-Fiqh pada 
>1973. Ketika di Mesir beliau telah berkenalan dengan keluarga Syed Qutb.
>
>Pada tahun 1979 beliau meniggalkan universiti tersebut lantas berpindah ke 
>Pakistan untuk hampir dengan Jihad di Afghanistan. Di sana juga beliau 
>mengenali pemimpin-pemimpin Jihad. Semasa mula-mula tiba ti Pakistan beliau 
>telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa di 
>Islamabad. Selepas beberapa ketika beliau mengambil keputusan untuk 
>berhenti dari tugas universiti untuk menumpukan keseluruhan masa dan tenaga 
>beliau kepada Jihad di Afghanistan.
>
>Abdullah Azzam sangat banyak dipengaruhi oleh Jihad di Afghanistan dan 
>Jihad di Afghanistan juga sangat banyak dipengaruhi oleh beliau sejak 
>beliau menumpukan seluruh masa beliau untuk Jihad. Beliau menjadi seorang 
>yang disegani di arena Jihad Afghanistan disamping para pemimpin Afghan 
>sendiri. Beliau menumpahkan seluruh daya usaha untuk menyebarkan dan 
>memahamkan Jihad di Afghanistan ke seluruh dunia, terutamanya melalui Ummah 
>Islam. Beliau mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan 
>dan menyedarkan bahawa Jihad adalah tuntutan Islam yang 
>dipertanggung-jawabkab pada semua umat Islam di seluruh dunia. Berkat hasil 
>usaha beliau, Allah menjadikan Jihad Afghan satu Jihad universal yang 
>disertai oleh umat Islam dari serata pelosok dunia.
>
>Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam tunggak pergerakan 
>Jihad zaman ini. Melalui usaha beliau menyertai Jihad ini, menyebarkan dan 
>memahamkan Jihad ini, membuang halangan-halangan pada Jihad ini, beliau 
>berperanan penting dalam mengubah pemikiran umat Islam tentang Jihad dan 
>keperluan Ummah ini pada Jihad. Beliau menjadi idola generasi muda yang 
>menyahut seruan Jihad. Beliau sangat menghargai Jihad dan keperluan Ummah 
>ini pada Jihad. Pernah beliau berkata, 'Aku rasa seperti baru berusia 9 
>tahun, 7 setengah tahun di Jihad Afghan, 1 setengah tahun di Jihad Palestin 
>dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa.
>
>Beliau juga melatih keluarga beliau dengan kefahaman dan semangat yang 
>sama. Isteri beliau contohnya, terlibat dengan penjagaan anak-anak yatim 
>dan lain-lain kerja kebajikan di Afghanistan. Beliau sendiri menolak 
>jawatan pensyarah dari beberapa buah universiti sambil berikrar bahawa 
>beliau tidak akan meninggalkan Jihad sehingga beliau gugur Shahid. Beliau 
>juga selalu mengatakan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk 
>membebaskan Palestin. Tentu sekali komitmen yang sebegitu tinggi pada Islam 
>menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh agama ini. Mereka 
>bersekongkol untuk membunuh beliau. Pada tahun 1989, sebuah periuk-api anti 
>kereta-kebal diletakkan di bawah mimbar yang beliau gunakan untuk 
>menyampaikan khutbah Jumaat. Bahan letupan tersebut adalah sangat merbahaya 
>dan sekira meletup akan memusnahkan masjid tersebut bersama-sama dengan 
>segala-gala benda dan para jemaah di dalamnya. Tetapi dengan perlindungan 
>Allah, periuk-api tersebut tidak meletup dan ratusan orang Islam!
>  terselamat.
>
>Musuh-musuh Islam ini terus berusaha; Pada hari Jumaat, 24 November 1989 di 
>Peshawar, Pakistan, mereka telah menanam tiga buah bom di sebatang jalan 
>yang sempit. Beliau meletak kereta di kedudukan bom pertama dan kemudian 
>berjalan ke masjid untuk bersolat Jumaat. Beliau telah dibunuh bersama-sama 
>dengan dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak 
>lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (seorang lagi perwira di Afghan) 
>dengan 20kg TNT (Dinamit) yang diletupkan dengan alat kawalan jauh. Selepas 
>letupan yang kuat itu itu orang ramai keluar beramai-ramai dari masjid dan 
>kelihatanlah satu keadaan yang mengerikan. Hanya bahagian kecil dari kereta 
>tersebut yang kelihatan. Anak beliau, Ibrahim, melambung 100 meter; begitu 
>juga dengan dua orang anak-anak lagi. Cebisan mayat mereka berteraburan di 
>atas pokok-pokok dan wayar-wayar elektrik. Sheikh Abdullah Azzam pula, 
>tubuh beliau dijumpai bersandar pada sebuah tembok, dalam keadaan sempurna 
>dan tiada luka atau keced!
>eraan walau sedikitpun melainkan sedikit darah yang mengalir dari bibir 
>beliau. Begitulah tamatnya kehidupan seorang Mujahid di dunia ini dan 
>insha-Allah menyambung pula kehidupannya di sisi Allah.
>
>Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau 
>menyertai ribuan para Shuhada.
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kedah langkasuka" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke