Re: H-Net* Catatan Hari Lebaran

2000-12-16 Terurut Topik fauziah


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Ingin saya perturunkan ilmu tersebut kepada anak-anak
saya; malangnya di kawasan bandar ini, mana ada pokok
buluh, kalau ada pun cumalah jenis buluh cina yang
ditanam oleh Majlis Perbandaran untuk dibuat hiasan.

Maka ilmu meriam buluh ini yang dipusakai sejak
dahulu, kini kian tenggelam di arus zaman


kalau tak boleh ajar buat meriam buluh apa kata ajar buat meriam katak ?
kalau turunkan ilmu buat bom bagus jugak.
boleh bom trak water canon anjing fru.











 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Catatan Hari Lebaran

2000-12-15 Terurut Topik Kuniq Bendang Perdang


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, lebih kurang 10 hari dari sekarang,
kita akan menyambut kedatangan hari lebaran. Sedar tak
sedar usia kita akan meningkat setahun lagi.

Setiap kali melalui hari-hari puasa, dan setiap kali
menunggu kedatangan hari lebaran, dan setiap kali
menatap wajah anak-anak saya yang nampak lesu ketika
menanti saat berbuka, pasti saya terkenang kepada
kisah-kisah semasa zaman budak-budak dahulu.

Entah kenapa, memori silam zaman kanak-kanak dulu
seakan-akan nampak samar-samar di kejauhan; mungkin
faktor usia menyebabkan daya ingatan kita mudah
menjadi lupa.

Maka itu, sebelum memori-memori silam saya itu hanyut
ditelan usia, maka di sini, izinkan saya mencoret
sedikit kisah zaman kanak-kanak saya dahulu, sebagai
satu nostalgia bersama untuk mereka-mereka yang sama
angkatan usia dengan saya.

Antara yang tak mungkin dilupakan jika anak-anak saya
bertanyakan mengenai zaman kanak-kanak saya itu ialah
mainan meriam buluh, bunga api dan mercun roket
berdentum dentam hingga ke dinihari. Ikhlas saya
tulis, itulah yang paling saya miss kalau orang
bercerita mengenai zaman kanak-kanak mereka dahulu.

Untuk membuat meriam buluh, bukannya senang.

Antara ingat, terbayang dalam ingatan saya bagaimana
kami terpaksa meniti batu-batu besar di sebuah lubuk
sungai berhampiran bendang perdang yang diberi nama
Lubuk Hantu untuk ke seberang sungai bagi mendapatkan
buluh-buluh untuk dibuat meriam.

Zaman itu, Lubuk Hantu ini memang dalam, selalu jugak
jadi tempat kami menyelam menembak ikan Sisik atau 
pun ikan Sebarau; tapi kini lubuk itu sudah pun
cangkat, sudah tak ada apa-apa yang menarik lagi.
Pembangunan dan penebangan balak yang berleluasa di
kawasan berdekatan meyebabkan kegemilangan sungai
berkenaan kini cuma jadi kenangan.

Bukan sebarang buluh boleh dibuat meriam; kerana itu
apabila saya terbaca dlm akhbar ada orang putus jari
atau tangan angkara main Meriam Buluh, saya tak berapa
nak percaya; saya rasa mungkin kerana mereka tersilap
pilih buluh atau pun mungkin putus jari bukan
disebabkan meriam buluh tapi kerana jenis-jenis mercun
buatan sendiri yg lain seperti sumbat belerang dalam
handle basikal, dalam batang besi dan sebagainya.

Kalau setakat meriam buluh, kalau benar-benar
menggunakan buluh daripada spesies yg betul,
insyaallah kejadian putus tangan atau jari itu tidak
akan berlaku.

Dalam ilmu membuat meriam buluh yg diperturunkan kpd
saya oleh orang-orang yg terdahulu semasa budak-budak
dahulu, saya diajar teknik memilih jenis-jenis dan
baka2 buluh yg terbaik untuk membuat meriam buluh ini;
antara yg saya ingat ialah kalau boleh cari buluh
jenis "Buluh Duri", jangan ambil buluh-buluh yang
lembut seperti buluh lemang atau pun lain-lain jenis
buluh yang banyak berceracak di tebing sungai itu.

Begitu juga dengan teknik untuk meletupkan meriam itu,
bukan main hentam keromo saja; kena tunggu dulu
karbaid itu berbuih sikit dan sebagainya. Sayangnya,
peredaran masa menyebabkan budak-budak zaman ini sudah
tidak berminat lagi dengan meriam buluh, dan ilmu
meriam buluh ini pun sedikit demi sedikit kian padam
dari pemikiran saya.

Ingin saya perturunkan ilmu tersebut kepada anak-anak
saya; malangnya di kawasan bandar ini, mana ada pokok
buluh, kalau ada pun cumalah jenis buluh cina yang
ditanam oleh Majlis Perbandaran untuk dibuat hiasan.

Maka ilmu meriam buluh ini yang dipusakai sejak
dahulu, kini kian tenggelam di arus zaman

Catatan Ikhlas Sempena Hari Lebaran,
Ku_niq Bendang Perdang


__
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang [EMAIL PROTECTED]