*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
03 April, 2003 15:41PM     

Jumlah Disyaki Menghidapi SARS Meningkat Kepada 65 Orang

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Jumlah mereka yang dirujuk kepada
Kementerian Kesihatan untuk diperiksa di seluruh negara kerana disyaki
dijangkiti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) meningkat kepada 65 orang
berbanding 59 semalam. 


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohamad Taha Ariff berkata enam kes baru
yang dirujuk itu ialah tiga dari Kuching, dua dari Kuala Lumpur dan satu
dari Ipoh. 

"Agihan kes mengikut negeri ialah Wilayah Persekutuan dengan 25, Perak (14),
Selangor (7), Sarawak (6), Johor (6), Negeri Sembilan (2), Kelantan (2),
Pahang (1) dan Kedah (2)," katanya pada majlis taklimat harian Kementerian
Kesihatan mengenai SARS kepada media di kementerian di sini, Khamis. 

"Daripada jumlah itu, 16 sedang dikuarantin di hospital dan dilaporkan
berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di wad pengasingan khas,"
katanya. 

Beliau berkata jumlah mereka yang dikuarantin berkurangan kepada 16
berbanding 19 semalam dan sehingga semalam, masih belum ada kes yang
disahkan sebagai SARS di negara ini. 

"Daripada 16 yang dikuarantin itu, seramai empat kes di Wilayah Persekutuan,
Perak (2), Selangor (4), Sarawak (4), Johor (1) dan Kelantan (1)," katanya. 

Dr Taha berkata Kementerian Kesihatan akan mengumumkan esok hasil bedah
siasat kes seorang lelaki berusia 65 tahun daripada Jerantut, Pahang yang
meninggal dunia berikutan tanda-tanda jangkitan pneumonia di Hospital Kuala
Lumpur pada 30 Mac lepas. 

"Beliau telah melawat China dan disahkan meninggal dunia kerana "kegagalan
kardiak dengan pneumonia" tetapi saya telah minta ia dikaji semula,"
katanya. 

Beliau berkata keluarga terdekat mangsa juga tidak mempercayai beliau
meninggal dunia kerana jangkitan SARS memandangkan mereka hanya melawat
Shanghai dan lelaki itu memang mempunyai masalah jantung sebelum ini. 

"Bagaimanapun, sebagai tindakan pencegahan (sebelum keputusan muktamad
daripada bedah siasat dibuat), keluarga beliau di Jerantut telah kita
kuarantin," katanya. 

Dr Taha juga mengulangi nasihat kementerian dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) supaya rakyat Malaysia tidak melawat Hong Kong serta wilayah selatan
China. 

Beliau turut menasihati mereka supaya tidak mengunjungi atau melawat
sanak-saudara dan rakan mereka yang telah dikuarantin di hospital bagi
mengelak kemungkinan penyakit itu merebak. 

Sementara itu, Dr Taha berkata Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng akan
mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai SARS di
kementerian esok. 

Mesyuarat itu dijangka dihadiri oleh wakil kementerian yang terbabit serta
pertubuhan dan persatuan perubatan di negara ini. 

Mengikut perangkaan terkini WHO, jumlah mereka yang meninggal dunia akibat
SARS meningkat kepada 62 orang dengan jumlah kes sebanyak 1,804. 

Antara negara yang dilaporkan teruk menghadapi wabak itu sekarang ialah
China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Kanada dan Vietnam. 

-- BERNAMA 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke