*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB 
AHLI PARLIMEN BALING
 
(Bekas Imam Besar,Masjid Negara)

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN "RAHSIA BESAR"
 
1.         Kenyataan ini dibuat kerana menyahut cabaran pihak-pihak tertentu
khususnya merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh:
 
a.         YB Zainuddin Maidin yang disiarkan dalam akhbar The Star pada
Sabtu 02.04.2002 mendakwa saya "keeping big secret' dan mencabar saya
membuat pendedahan umum;
 
b.         Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Naib Presiden UMNO dan YB Tan
Sri Khalil bin Yaakob, Setiausaha Agong UMNO yang disiarkan dalam akhbar
Nevi StraitsTimes bertarikh 29.04.2002 yang antara lain mendakwa saya "was
reluctant to reveal the truth... with regards to serious national issue".
 
c.         YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO yang disiarkan
oleh RTM melalui Berita Tengahhari pada 02.05.2002 yang mendesak saya supaya
mendedahkan "rahsia besar" yang saya ketahui semasa menjadi Imam Besar
Masjid Negara.
 
2.         Kenyataan-kenyataan diatas kononnya merujuk kepada pengakuan atau
pendedahan yang didakwa dibuat dihadapan saya sepanjang masa saya bertugas
sebagal Imam Besar Masjid Negara. Saya sendiri tidak kenal pasti pengakuan /
pendedahan "rahsia" yang didakwa itu.
 
3.         Sebagai Imam Besar Masjid Negara bagi tempoh 1992 - Ogos 1999
(dan sebelumnya sebagai imam 1 Masjid Negara sejak 1986), menjadi lumrah dan
amalan kadangkaia saya menjadi rujukan oleh pihak-pihak dan individu
tertentu khususnya daripada kerajaan terutamanya untuk mendapatkan
pandangan, panduan dan nasihat serta khidmat kaunselling terutamanya yang
melibatkan permasalahan membabitkan hal-ehwal Islam dan kebiasaannya perkara
tersebut adalah bersifat peribadi dan sulit.
 
Perkara-perkara yang dirujuk kepada saya ini ada yang melibatkan beberapa
pembesar dan pemimpin negara termasuk beberapa Menteri dan Menteri Besar
membabitkan perkara sulit dan peribadi saperti masalah perkahwinan dan hal-
ehwal suami isteri, aduan isteri pemimpin atau menteri mengenai suami
masing-masing, kes mengadakan hubungan dengan isteri orang, tangkapan
khalwat melibatkan pembesar dan pemimpin negara dan beberapa menteri dan
menteri besar, mengadakan hubungan dengan gadis-gadis bawah umur, masalah
peribadi dan akhlak isteri-isteri pembesar dan pemimpin negara, dan
lain-lain masalah kemungkaran dan maksiat yang melibatkan pembesar dan
oemimpin negara dan beberapa menteri dan menteri besar.
 
5.         Di antara perkara yang pernah dirujuk kepada saya ialah:
 
a.         Masalah bekas ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana yang
mengadakan hubungan sulit dengan seorang gadis semasa isterinya terbaring
sakit dan hampir lumpuh;
 
b.         Masalah kesahihan kahwin lari yang dilakukan oleh pemimpin tinggi
UMNO membabitkan seorang janda di Selatan Thai;
 
c.         Masalah tangkapan khalwat pemimpin tinggi UMNO dengan seorang
artis di Port Dickson;
 
d.         Masalah pemimpin tinggi UMNO bermain kayu tiga dengan isteri
orang dan akhirnya menyebabkan perceraian wanita tersebut;
 
e.         Masalah pemimpin UMNO mempunyai hubungan dengan gadis bawah
umur;,
 
f.          Masalah pemimpin tinggi UMNO mengadakan hubungan sulit dengan
seorang gadis yang akhirnya gadis tersebut mengandung dan melahirkan anak
hasil hubungan itu;
 
g.         Masalah tokoh korporat mempunyai hubungan sulit diluar nikah;
 
h.         Masalah pemimpin tinggi UMNO yang menyimpan dan mengadakan
hubungan sulit dengan seorang pelajar bawah umur disebuah perumahan mewah di
Kuala Lumpur;
 
i.          Masalah tokoh agama / ulama' UMNO yang mengadakan hubungan sulit
tanpa nikah dengan seorang wanita, dan kemudiannya menggunakan kedudukannya
untuk menganiaya wanita tersebut;
 
j.          Masalah pemimpin tinggi UMNO didakwa mengadakan hubungan sulit
dengan iparnya dan melahirkan anak dari hubungan tersebut;
 
k.         Masalah rumahtangga pemimpin tinggi UMNO clan isterinya bersabit
daripada pemimpin tersebut mempunyai hubungan dengan wanita lain dan
permasaalahan tuntutan perceraian, tuntutan harta sepencarian, nafkah dan
lain-lain;
 
l.          Masalah pemimpin UMNO (calon pemilihan Ketua Bahagian UMNO) yang
didakwa oleh isterinya memaksa beliau (isterinya) melakukan hubungan seks
diluar tabi'i dan berakhir dengan penceraian;
 
 
6.         Saya boleh membariskan pelbagai Iagi aduan, rujukan dan
masalah-masalah yang dirujuk kepada saya selama saya bertugas sebagai Imam
Besar Masjid Negara.
 
7.         Perlu diingatkan bahawa peranan saya dalam segala rujukan dan
aduan permasaalahan ini adalah lebih kepada memberi khidmat nasihat dan
kaunselling dan bukannya menghukum, apatah lagi mencela. Saya tidak
mengambil peranan atau bertindak sebagai penyiasat, pendakwa ataupun gadhi /
hakim. Khidmat nasihat dan kaunselling yang saya beri adalah ikhlas dan
berdasarkan fakta serta keterangan yang diberikan kepada saya semasa sessi
tersebut Sekiranya fakta yang diberi adalah palsu dan direka, maka orang
yang mengemukakan fakta dan keterangan itulah yang perlu menanggung
musibahnya.
 
8.         Saya merasakan amatlah malang sekali bagi orang saperti YB Dato'
Zainuddin Maidin, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, YB Tan Sri Khalil
Yaakob, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain mendesak dan meminta
saya mendedahkan kepada umum perkara-perkara yang pernah dirujuk kepada saya
selaku Imam Besar Masjid Negara. Pada hemat saya, kalau mereka mencerminkan
diri mereka sendiri, mereka akan sedar dan insaf bahawa mereka sepatutnya
menjadi orang yang terakhir meminta dan mendesak saya mendedahkan sebarang
perkara sulit, rujukan, pengaduan atau permasalahan yang pernah saya
kendalikan.
 
9.         Walaupun saya bukan lagi menjadi Imam Besar Masjid Negara,
malahan kini seorang Ahli Parlimen mewakili Part Islam Se Malaysia (PAS),
namun akhlak Islamiyah tetap saya pertahankan dan saya masih tetap menyimpan
segala perkara sulit yang pernah dirujuk kepada saya dan saya menghormati
hak individu-individu yang sudah tentu tidak mahu hal ehwal mereka diumumkan
kepada awam.
 
10.       Pada hemat saya, isu berkaitan salahguna wang rakyat saperti dana
Tabung Haji, salahguna kuasa memberikan anak menantu dan kroni habuan dan
imbuhan, amalan rasuah, tindakan zalim keatas ummat Islam dan rakyat
sepatutnya diberi keutamaan untuk didedahkan dan diambil tindakan; bukannya
dengan cara jijik yang dilakukan kini demi memuaskan nafsu politik
individu­-individu dan pihak-pihak tertentu.
 
11.       Oleh itu, saya meminta kepada mereka dan semua individu-individu
dan pihak tertentu termasuk pihak media massa (cetak dan elektronik) supaya
menghentikan sandiwara-sandiwara ini dan menghentikan permainan politik
kotor semata-mata untuk memuaskan nafsu politik yang jijik.
 
12.       Saya berharap mereka tidak menimbulkan keadaan yang akan memaksa
saya mendedahkan kemungkaran dan kemaksiatan tiap pembesar dan pemimpin
negara termasuk para Menteri Kabinet dan Menteri Besar yang pernah dirujuk
kepada saya sebagai Imam Besar Masjid Negara untuk meminta pandangan,
nasihat dan kaunselling.
 
13.       Saya juga menyeru kepada UMNO dan pimpinan UMNO supaya insitutusi
ulama', para ulama' dan agama Islam dihormati dan tidak dijadikan barang
mainan dan percaturan politik untuk memuaskan nafsu rakus sesetengah
pemimpin politik UMNO yang kotor dan jijik; yang menghalalkan apa jua cara
untuk mencapai matlamat untuk terus berkuasa, hatta sehingga memperkudakan
Islam itu sendiri.
 
14.       Nasihat saya ialah biarlah kalau nak berpolitik, kita berpolitik
menggunakan prinsip keislaman dan kemanusiaan; dan janganlah kita meletakkan
diri ketahap politik haiwan yang semestinya liar, ganas dan tidak berakal.
 
 
  

 
YB USTAZ HAJI.TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB 
 
AHLI PARLIMEN BALING
 
Selasa: 24 Safar 1423 / 07 Mei 2002
 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke