*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di petik dari Utusan 13-Jun-2002 mengenai kenyataan Datuk Abd. Hamid Zainal
Abidin yang bertajuk "Pahala: Dakwaan Nik Aziz gimik politik":

``Dakwaan Nik Abdul Aziz hanyalah gimik politik Pas.

``Kita sebenarnya tidak boleh campur tangan dalam urusan Allah. Apa yang
penting ialah kita buat amal kebaikan selalu dan biarlah ia dinilai
oleh-Nya,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas pendirian Nik Abdul Aziz dalam suratnya yang disiarkan dalam
ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini, yang terus mempertahankan dakwaannya
bahawa sesiapa yang mengundi Pas akan mendapat pahala.
.
.
.
``Kita tidak mahu mendapatkan sesuatu menggunakan politik murahan sebegitu
rupa.

``Rakyat sekarang bukan macam dulu, mereka boleh menilai parti mana yang
benar atau palsu,'' katanya.







Dipetik dari Bernama 16-Aug-2002, mengenai kenyataan Mahathir dalam ruangan
yang bertajuk "PAS Khianati Islam Dan Pemimpin-Pemimpinnya Bukan Ulama, Kata
PM"

"Sebenarnya ini (Pas) bukan parti Islam...nama sebenarnya ialah Parti Aslam
Malaysia. 
ASLAM INI ADALAH AGAMA PAS dan kepada orang Aslam mereka berhak menyembah
Tuhan yang ganas, Tuhan yang samseng. Kita orang Islam tidak sembah Tuhan
yang samseng, Tuhan kita maha penyayang, maha pengasih dan maha pengampun,"
katanya. 

"Rakyat Terengganu (apabila) datang pilihan raya ini tolak orang
(pemimpin-pemmpin) yang sesat ini. Sesat betul orang (pemimpin-pemimpin Pas)
ini, betul-betul sesat, selamatkan negeri Teregganu daripada manusia yang
jahil ini, manusia yang mencela, menghina Allah," katanya. 

Beliau berkata menjadi tanggungjawab yang besar kepada Umno sebagai orang
Islam untuk membetulkan orang yang sesat itu. 

"Adalah menjadi ibadat kepada kita untuk tolak Pas...bukan semata-mata
kerana nak kerajaan BN tapi kerana sesiapa yang sokong Pas jauh dari dapat
pahala dan ditempatkan di syurga, mereka akan dapat dosa dan akan ke
neraka," kata Dr Mahathir. 


KOMEN:
Nampaknya Datuk Abd. Hamid, ulamak umno ni terpaksa-lah juga tegur Mahathir
sebab dulu dia yang tegur TGNA mengenai isu undi Pas dapat pahala. Sekarang
Mahathir dah keluar statement yang serupa bahawa menyokong Pas dapat dosa
dan masuk neraka.
Bukankah ulamak umno ni jugak lah yang kata hal ini adalah urusan Allah??

Sekarang tidakkah dakwaan politik murahan ini terhantuk ke kepala Mahathir
pula???
Mahathir juga mendakwa orang Pas bukan Islam, tetapi beragama "aslam",
tidakkah ini juga secara langsung mengkafirkan penyokong Pas???



Dulu dalam Berita Harian bertarikh 19-Apr-2002, seorang lagi ulamak umno,
Datuk Dr. Ismail Ibrahim mengeluarkan kenyataan didalam ruangan bertajuk
"Ahli politik tidak berhak keluar fatwa, tuduhan kafir":

KUALA LUMPUR, Jumaat - Ahli politik tidak berhak mengeluarkan fatwa serta
menuduh orang Islam lain sebagai kafir, kata Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim, 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua ahli politik supaya jangan membuat
kenyataan membabitkan hukum agama hingga mengelirukan masyarakat atau
mewujudkan perpecahan.

"Membuat tuduhan seseorang itu kafir atau murtad adalah satu perkara yang
serius kerana Allah saja boleh menentukan sama ada seseorang itu Islam atau
sebaliknya.

"Jadi, sepatutnya ahli politik janganlah membabitkan hukum-hukum agama atau
membuat tuduhan melulu bagi kepentingan politik," katanya ketika dihubungi
Berita Harian hari ini.


KOMEN:
Maka Datuk Dr. Ismail pun nampaknya kenalah tegur Mahathir kerana
mengkafirkan Pas...

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke