Mahfuz minta Rafidah, Abdul Rahim didakwa


ALOR STAR, Khamis – Dewan Pemuda Pas Pusat, menggesa Peguam Negara, Datuk Gani Patail, mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Ketuanya, Mahfuz Omar menggesa Gani berbuat demikian berikutan ‘pengesahan’ Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap menteri dan bekas Ketua Menteri terbabit.

Mahfuz berkata, sejajar hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamed Ezam Mohd Noor, kerana memiliki dan mengedarkan maklumat rahsia membabitkan dakwaan rasuah terhadap dua menteri itu pada 1999, ia sekali gus mengesahkan kandungan dokumen itu.

“Dewan Pemuda Pas Pusat berpandangan keputusan mahkamah itu secara langsung mengesahkan maklumat dalam dokumen itu sebagai benar. Rafidah dan Abdul Rahim mesti didakwa seperti mana pertuduhan dalam dokumen itu.

“Gani wajar berbuat demikian sesuai dengan cadangan beliau ketika menjadi Ketua Pendakwa Raya. Peguam Negara tidak boleh membuat pendakwaan terpilih kerana BPR sudah menyiasat dan mengemukakan cadangan pendakwaan kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke