*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kamarulzaman Teh - Keadaan Terkini



Benarkan kami melaporkan keadaan terkini Kamarulzaman Teh (Pak Zaman). 
Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini Pak Zaman, 81 tahun, 
merupakan tahanan politik paling lama di negeri ini. Beliau ditahan 14 tahun 
di bawah Undang-undang Darurat semasa pemerintahan British dan disambung 
lapan tahun lagi di bawah ISA selepas Merdeka.
Selama beberapa tahun lalu Pak Zaman hidup sebatang karah. Kedua-dua belah 
matanya tidak boleh melihat dan beliau tidak boleh berjalan. Kira-kira dua 
bulan lalu kami telah membawa beliau ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan 
rawatan. Pak Zaman dimasukkan ke Hospital Universiti selama hampir sebulan.

Kedua-dua belah matanya telah dibedah. Pembedahan ke atas mata kanan, yang 
memang sudah rosak, bertujuan semata-mata untuk mengurangkan tekanan dan 
rasa sakit. Selepas itu mata kirinya pula dibedah. Pihak hospital 
memberitahu cuma ada harapan 50-50 untuk pulih. Malangnya, selepas hampir 
sebulan dibedah, mata ini belum pulih lagi. Pak Zaman hanya dapat melihat 
cahaya akan tetapi tidak dapat melihat bentuk.

Sebelum dan selepas masuk hospital, Pak Zaman tinggal di rumah Siti Nor. 
Dengan sedikit derma ikhlas yang diterima daripada penyumbang ikhlas, kami 
cuba mendapatkan pembantu untuk menjaga beliau. Kami ucapkan terima kasih 
kepada semua penderma.

Oleh sebab Pak Zaman perlu dilayan hampir sepanjang masa, terutama sekali 
waktu makan, mandi, buang air, kami menghadapi masalah untuk mendapatkan 
pembantu. Sehingga ini kami gagal mendapatkan pembantu sepenuh masa.

Ada cadangan supaya kami memasukkannya ke Rumah Penjagaan Orang Tua. Kami 
telah meninjau beberapa. Keadaan di tempat-tempat itu tidak begitu sesuai 
untuk Pak Zaman. Lagi pula, bayarannya mahal dan di luar kemampuan kami, 
iaitu dalam lingkungan RM1,000 sebulan.

Pak Zaman meminta dia dihantar pulang ke Temerloh. Hujung minggu lalu, atas 
desakannya, Siti Nor membawanya bertemu dengan beberapa orang keluarga dan 
kawan. Tidak siapa yang sanggup menerima Pak Zaman. Mereka sama ada sudah 
tua, tidak sihat ataupun terikat dengan tugas masing-masing.

Sekarang Pak Zaman berada di rumah Siti Nor semula. Beliau ada temu janji 
dengan doktor pada 5hb dan 10hb Januari 2001. Usaha kami untuk mendapatkan 
pembantu masih belum berjaya. Kami sudah hilang ikhtiar. Sekiranya ada 
sesiapa yang boleh memberikan bantuan atau nasihat, silalah berhubung dengan 
kami:


Siti Noor Hamid Tuah: Telefon -- 03-55134672 016-2834746
Sabariah Abdullah: Telefon -- 03-78769149 Fax 03 - 78744531

20hb Disember 2000



_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Husin Jalal" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke