*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wa'alaikumussalam.

Persoalan ini sangat subjektif.

Nilai sesuatu produk Multimedia banyak bergantung kepada isi kandungan 
produl tersebut. Ia juga bergantung kepada kos penghasilan produk tersebut.

Saudara boleh mengambil produk "Game Jawi" yang dijual pada harga RM39.00 
sebagai ukuran produk tempatan. Untuk makluman saudara, produk tersebut 
diusahakan oleh tenaga satu orang dalam tempoh lebih kurang melebihi setahu 
atau 2 tahun secara berdikit-dikit.

Tambahan lagi, produk seperti Game Jawi disasarkan kepada pasaran umum. Oleh 
itu pulangan keuntungannya boleh diletakkan ke atas pasaran umum yang luas. 
Maka, 'gross marginal profit' yang boleh 'cover' kos produksi.

Bagi produk Multimedia yang dibina untuk tujuan khusus pula, nilai harganya 
lazimnya jauh lebih tinggi sebab pasarannya terhad.

Dalam menilai satu-satu produk Multimedia kos sumber-sumber untuk membina 
isi kandungan perlu diambil kira. Misalnya, kepakaran yang terlibat serta 
kos penyelidikannya. Sudah tentu, mutu produk tersebut juga diambil kira 
juga.

Ringkasnya, penilainya produk Multimedia tersangatnya bergantung kepada 
kandungan dan mutunya.

Untuk animasi yang berterusan, misalnya linear presentation (time-based 
graphics) pula, saudara boleh menetapkan kadar harga antara RM500 hingga 
RM2000 seminit. Kadar RM2000 lazimnya adalah untuk animasi melibatkan "3D 
Modeling". Kalau setakat animasi menggunakan Macromedia Director atau Flash, 
kadarnya wajar lebih rendah.

Harap ini boleh memberi sedikit gambaran kepada saudara.

Sekian.



>From: "Khabar Dari Gunung" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Islah-Net" <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Multimedia Product
>Date: Mon, 18 Dec 2000 12:54:03 +0800
>
>Assalamu'alaikum..wrh... wbt.
>
>Saya ingin bertanya kepada sesiapa yang mahir tentang nilai Produk 
>Persembahan Multimedia.
>Biasanya berapa nilai harga persembahan multimedia yang dihasilkan 
>menggunakan Macromedia Director/Flash/Authorware  untuk jangkamasa 
>persembahan selama 10 minit. Elemen-elemen multimedia semua dimasukkan 
>kecuali video. (fully animated).
>
>Diharap ada yang dapat membantu. Wassalam.

_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke