H-Net* Semak semula warisan perundangan Islam

2002-07-19 Terurut Topik Hassan, Haslim

Adakah presiden Forum Iqra' Kassim Ahmad ini sama dgn 
Kassim Ahmad golongan anti-hadis???
Kalau ya, mengapa kerajaan negara Islam Malaysia 
seolah-olah memberi laluan, memberi authority, mengiktiraf beliau untuk 
merosakkan minda masyarakat Islam???

Semak semula warisan perundangan Islam
PULAU PINANG 10 Julai - Semua pemimpin dan cerdik pandai 
Islam perlu menyemak semula warisan perundangan Islam dari zaman awal serta 
membuat ijtihad baru berdasarkan ajaran Al-Quran mengikut perkembangan 
zaman.
Presiden Forum Iqra' Kassim Ahmad berkata, perbincangan 
kearah itu perlu dilaksanakan segera ekoran berlakunya pelbagai kekeliruan dalam 
kehidupan umat Islam khususnya di negara ini sekarang.
Katanya, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan 
Qisas) yang diluluskan oleh Kerajaan Pas Terengganu contohnya, dibuat secara 
tergesa-gesa dan ternyata bercanggah dengan semangat ajaran Islam.
``Oleh yang demikian Forum Iqra' menentang enakmen ini dan 
kami menyeru agar semua pemimpin dan cerdik pandai Islam supaya menyemak balik 
warisan perundangan Islam dari zaman klasik.
``Suatu ijtihad baru berdasarkan ajaran Al-Quran dan 
perkembangan semasa perlu dibuat dan boleh memberi keadilan kepada penganutnya 
dan kepada manusia,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut pendirian Forum Iqra' terdapat dua aliran fikiran 
yang besar ketika ini iaitu yang dibentuk berdasarkan ijtihad abad kedua dan 
ketiga Islam dan sudah dianggap ketinggalan zaman oleh aliran moden.
Kata Kassim, aliran moden menyarankan supaya ijtihad lama 
ini disemak semula berdasarkan nas-nas dalam al-Quran dan hadis dengan 
melibatkan perkembangan moden.
``Undang-undang berubah dari zaman ke zaman dan dari 
tempat ke tempat, yang tidak berubah ialah prinsip undang-undang, dalam Islam, 
prinsip itu ialah keadilan dan kerahiman.
Katanya, dalam hubungan menentukan peraturan, 
pemimpin-pemimpin Pas sendiri tahu bahawa tiada kesepakatan tentang 
undang-undang Islam atau Syariah di kalangan ahli hukum dan cerdik pandai 
Islam.
``Kelemahan aliran tradisional yang utama ialah ia terlalu 
terikat kepada tafsiran ahli-ahli hukum di zaman itu dan semestinya tidak boleh 
diterima bulat-bulat dan perlu disemak balik,'' katanya.
Sambil merujuk kepada kes rogol dalam enakmen tersebut, 
beliau berkata, kesalahan itu ialah satu contoh kelemahan besar dalam 
undang-undang berkenaan.
``Seorang wanita yang dirogol akan dituduh dan dihukum 
berzina kerana ketiadaan empat saksi, (dalam hal ini) al-Quran menyebut 
kesalahan zina tetapi tidak menyatakan kesalahan rogol.
``Ini kerana al-Quran bukan sebuah buku undang-undang 
dalam erti kata khusus tetapi memberikan prinsip hukuman tanpa menyebut segala 
bentuk jenayah yang mungkin berlaku.
``Dalam pada itu, al-Quran memberi ruang untuk diringankan 
hukuman terhadap pesalah, malah ia boleh diampun jika insaf dan bertaubat, 
enakmen ini langsung tidak mengambil kira aspek ihsan ini dalam syariah,'' 
katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002dt=0711pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_03.htm

_
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit

http://www.messagelabs.com/stats.asp

H-Net* Semak semula warisan perundangan Islam

2002-07-14 Terurut Topik Hassan, Haslim

2002-07-10 Terurut Topik Hassan, Haslim