Date: Tue, 17 Oct 2000 09:25:11 +0800

Malay Section

Tun Salleh gagal cubaan cetuskan kekeliruan

BAYAN BARU, 16 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi
Awang mendakwa cubaan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad
untuk mencetuskan kekeliruan terhadap isu royalti minyak akhirnya memakan
diri beliau sendiri apabila orang penting semasa perjanjian itu dibuat, Tun
Saleh Abbas bangun menerangkan keadaan sebenar.

Ketika berceramah di Sungai Nibung baru-baru ini beliau berkata, Tun Saleh
Abbas menyuarakan isu berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru antara
`royalti' dan 'ehsan' sepertimana yang dimahukan oleh Perdana Menteri.

"Pelik sungguh kenyataan Perdana Menteri mengenai isu royalti minyak kerana
nampak sangat sikap ingin balas dendam kepada kerajaan yang lain daripada
Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

Kerajaan tahu tambahnya, kenyataan balas Tun Saleh Abbas baru-baru i! ni cukup
melukakan Perdana Menteri kerana rakyat dapat menilai sendiri siapakah yang
memandai-mandai dalam isu pemberian wang royalti sebanyak lima peratus
daripada Petronas semenjak zaman Menteri Besar Wan Moktar Wan Ahmad lagi.

Apa salah katanya, kerajaan Pusat tidak campurtangan dalam perjanjian
tersebut kerana ianya tidak melibatkan satu ayat pun mengatakan kerajaan
Pusat boleh berbuat demikian sekiranya Terengganu jatuh ke tangan
pembangkang.

"Semenjak isu ini diterangkan kembali oleh individu yang terlibat secara
langsung dalam perjanjian itu, Perdana Menteri nampak gelisah kerana rakyat
sekarang tidak lagi macam dulu yang bertindak membabi buta bila kerajaan
mengeluarkan arahan, " terangnya di hadapan ribuan hadirin.

Lebih-lebih lagi sambung beliau yang juga Timbalan Presiden PAS Pusat, wang
ehsan akan disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung
(JKKK) untuk menentukan sebarang peruntukkan mene! pati sasaran.

Ujarnya, sedangkan semua rakyat tahu JKKK yang dilantik oleh BN
kebanyakkannya mengambil kesempatan dalam sesuatu projek.

"Kita cukup musykil kenapa kerajaan Pusat tidak berfikiran waras kerana
sanggup menyerahkan wang peruntukkan yang begitu banyak kepada JKKK yang
ramai antaranya tidak bijak dalam pentadbiran dan pengurusan," tegas beliau.


Berucap sama dalam majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd
Hamdan Abdul Rahman manakala yang hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS
Negeri, Ustaz Khalid Man, Setiausaha Perhubungan, Jamil Hasan, Yang Di
Pertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman, Pengerusi KeADILan Negeri,
Dr. Mansor Othman dan Adun Batu Lanchang, Danny Low.

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke