Rencana // Articles :
Pengundi Anak Bukit Lebih Berani Dari Dzaiddin
hold=0>
Friday, July 19, 2002 - 01:33 AM GMT



Sidang Redaksi
pemuda-keadilan.org Pilihanraya kecil Anak Bukit dan Pendang yang berakhir
semalam menjadi bukti nyata bahawa berbeza dengan sesetengah pemegang
jawatan tertinggi negara yang takut kepada tekanan politik, rakyat
sebenarnya jauh lebih berani melakukan perkara yang benar. Sudah tentu
perkara ini mempunyai konotasi yang sensitif bagi Ketua Hakim Negara Tun
Dzaiddin Abdullah. Beliau minggu lalu 'memberanikan' diri mengumumkan
keputusan panel Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar
Ibrahim - walaupun seluruh dunia tertumpu kepadanya untuk ! membetulkan
kezaliman yang telah dilakukan ke atas keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
rakyat Malaysia. Kenapa beliau mengambil keputusan yang bertentangan 180%
dengan pendirian asalnya, mungkin kita tidak akan tahu dalam masa terdekat.
Namun, spekulasi umum menyatakan ia ada kena mengena dengan campur tangan
kuasa eksekutif - dan ini bukanlah perkara luar biasa memandangkan seluruh
badan kehakiman direncanakan untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke
penjara sejak tahun 1998 lagi. Apa-apa pun, kita boleh mengurut dada
merasa lega kerana rakyat terbanyak nampaknya mempunyai kekuatan moral yang
lebih utuh, berbanding Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara
dan pelbagai jawatan yang berakhir dengan 'Negara' yang lain-lain.
Walaupun dihina sebagai bodoh, haprak, tempang dan perlu bertongkat serta
malas - rakyat menerimanya dengan pasrah sambil tidak melupakan makian
tersebut. Walaupun diugut dengan pelbagai bentuk ugutan! -jelas atau
tersembunyi - dari Akujanji sehinggalah kepada keperluan mendapat
tandatangan pemimpin UMNO apabila mengisi borang, rakyat tidak berganjak
setapak pun, terus menerima tekanan dengan penuh kesabaran. Namun apabila
tiba kepada keputusan mengambil pendirian moral untuk menentukan yang benar
dan batil, rakyat mara sahaja tanpa rasa gentar. Akibat dari kekuatan
moral inilah, rakyat memberi undi kepada BA di Pendang dan Anak Bukit
sehingga calon kita menang di Anak Bukit dan tewas tipis di Pendang,
walaupun jika pilihanraya itu diandaikan sebagai sebuah pertandingan tinju,
peninju kita seolah-olah telahpun dibutakan matanya, diikat kaki dan
tangannya sebelum perlawanan. Kekuatan moral dan keupayaan membezakan yang
baik dari buruk inilah yang mengasingkan Ketua Hakim Negara, Ketua Polis
Negara, Peguam Negara dari rakyat terbanyak. Mungkin kerana terlalu tinggi
di awangan dengan jawatan empuk berjenama 'Negara' mereka - pemegang ja! watan
yang diamanahkan oleh rakyat ini lupa aspirasi rakyat sendiri, walaupun
telah berkali-kali rakyat menyatakan pendirian mereka secara umum.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke