Selain SUK Perak, dalam pengetahuan saya yang menggunakan OSS secara
aktif adalah SUK Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kerajaan negeri Sabah turut aktif dengan penggunaan OSS.

>
> Sesiapa di sini dari bahagian IT SUK Perak?saya dapati jabatan ini
> sangat aktif menggunakan perisian sumber terbuka. Dari desktop
> hinggalah ke server. Mungkin SUK lain yang belum memulakan perjuangan
> dapat mengikut jejak pahlawan perak ini.
>


2011/4/1 Hasanuddin Abu Bakar <bizkut...@gmail.com>:
> On 1 Apr 2011, at 00:32, Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com> wrote:
>
>> Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>>
>> Komuniti OSS perlu wujud dikalangan kakitangan kerajaan dalam
>> menjayakan OSS dalam kerajaan Malaysia.
>>
>> Kita sedia maklum sedia wujud perkembangan Open source software (OSS)
>> yang positif dalam kerajaan kita. Ia usaha pihak kerajaan sendiri
>> dalam menjayakannya. Kewujudan polisi sumber terbuka itu sendiri dan
>> pelaksanaan projek OSCC MAMPU adalah bukti usaha kerajaan.
>>
>> Perkembangan ini boleh dipantaskan lagi dengan melaksanakan cara OSS
>> itu sendiri berkembang. OSS wujud kerana komuniti. Usaha kerajaan
>> perlu diperkukuhkan lagi agar OSS dalam kerajaan Malaysia dapat
>> bergerak dengan sendiri dan mampu berdikari.
>>
>> Dengan wujudnya komuniti OSS dikalangan pegawai-pegawai kerajaan,
>> diharapkan dengan komuniti ini akan sedia wujud kerja sama antara
>> agensi-agensi kerajaan dalam memberikan sokongan dan bertukar ilmu dan
>> pengetahuan. Tidak lagi perlu risau, hilangnya kepakaran apabila
>> pegawai bertukar ke agensi lain, kerana masalah masih boleh
>> dikongsikan dalam komuniti.
>>
>> Komuniti boleh wujud dalam bentuk maya. Dalam forum dan senarai email
>> yang bersesuaian. OSCC MAMPU boleh mainkan peranan dalam menyediakan
>> kemudahan ini.
>>
>> Komuniti ini perlu wujud dalam minat yang tersendiri. Jangan bataskan
>> ia dengan agensi-agensi. Luaskan ia dengan minat. Sebagai contoh,
>> wujudnya komuniti yang minat kepada Ubuntu atau Python. Komuniti ini
>> juga boleh berkerjasama dengan komuniti OSS yang sedia wujud diluar
>> kerajaan.
>>
>> Sekian, terima kasih.
>>
>> Harisfazillah Jamel

-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214

"OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce 
OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. 

The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings 
strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."

Kirim email ke