Jom Bincang Penyelesaian Sesuai Rangkaian Setempat (LAN) Sekolah Secara Virtual

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin menjemput rakan-rakan untuk sertai perbincangan secara
virtual penyelesaian sesuai untuk rangkaian setempat LAN di sekolah
secara virtual di

http://bit.ly/bincanglansek

http://goo.gl/JnaLn

http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=38706

Perbincangan ini dibuat di forum ITtutor.net http://www.ittutor.net/
yang mempunyai kemudahan forum yang bagi saya sesuai dicapai melalui
web dan tidak akan penuhkan email rakan-rakan lain sekiranya
perbincangan ini dibuat melalui email.

Permintaan saya, sila jemput seberapa ramai rakan-rakan untuk
menyertainya. Cadangan seterusnya komuniti OSS akan adakan
bengkel-bengkel yang bersesuaian bergantung kepada permintaan dan
tajaan.



Saya telah menerima pelbagai pertanyaan daripada rakan-rakan mengenai
penyelesaian yang sesuai untuk LAN sekolah. Oleh kerana saya adalah
pengguna tegar OSS, maka penyelesaian dan perbincangan ini berkisar
sekitar sumber terbuka.

Fakta yang perlu anda ketahui :-

1) Pihak sekolah perlu melanggan talian Internet sendiri.

2) Kemungkinan besar ada server telah sedia ada di sekolah. Ia mungkin
daripada projek makmal sekolah sebelum ini.

3) Perbincangan teknikal, namun penyelesaian perlulah mudah untuk
dilaksanakan oleh rakan-rakan kita iaitu cikgu-cikgu sekolah.

Saya harapkan ramai boleh menyumbang dan berbincangan. Diminta untuk
hadkan perbincangan tentang penyelesaian teknikal. Apa yang boleh
dipasang dalam server sekolah dan setup untuk LAN.

Isu-isu umum, tidak puas hati dan pendapat am harap dikemukakan di
ruang forum lain yang sedia ada dalam ITTutor.net ini.



Jom bincang dan kemukakan pandangan anda di

http://bit.ly/bincanglansek

http://goo.gl/JnaLn

Anda juga boleh gunakan fungsi "Start Watching Topic" dan anda perlu
login masuk dahulu sama ada daftar dengan forum ITtutor.net atau login
Facebook.

Antara rujukan yang boleh digunakan untuk perbincangan

Intranet Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka (OSS)

http://cikgucyber.blogspot.com/2008/07/intranet-sekolah-dengan-linux-dan.html

Himpunan slide bengkel LAN Sekolah

http://blog.linuxdotmy.com/2008_11_01_archive.html

Salinan Perkeliling berkaitan

http://www.scribd.com/doc/46052369/schoolnet-untuk-2011

Manual Makmal Sekolah Malaysia Fasa 3

http://www.scribd.com/doc/36250957/Manual-Makmal-Sekolah-Malaysia-Fasa-3

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel

20 Jan 2011

Rujukan :-

Forum http://www.ittutor.net/ berkaitan

ITTutor.net> Ruang Komputer> Rangkaian / Networking

http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=38706


Archive

http://cikgucyber.blogspot.com/2011/01/jom-bincang-penyelesaian-sesuai.html

-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214

"OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce 
OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. 

The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings 
strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."

Kirim email ke