Hanif Basre mengaku dia selalu menutuh Norita
Samsudin.
Khir Toyo terkenal sebagai taiko kepada Lebar Daun
Development yang menutuh Taman Pertanian Bukit
Cerakah.
Kedua-duanya bangga kerana dibiar bebas tanpa hukuman.
Kedua-duanya orang UMNO yang bergelumang dengan
rasuah, maksiat dan kejahatan.
 
Taman Bukit Cerakah di rogol dimana pergi perogolnya?
oleh LinuxPro ramlisdar  

"Taman bukit cerakah dorogol. Dan ianya dirogol
bergilir-gilir. Bukti jelas dan bertaboran tapi
malangnya perogol yang licik ini dapat meloloskan
diri. Dalam akhbar semalam jelas menunjukkan
pergondolan taman Bukit Cerakah amat parah sekali
melalui ganbar dari udara.

Sejak akhir-akhir ini media massa perdana, yang cetak
mahu pun elektronik sibok memperkatakan isu perogolan
taman Bukit Cerakah. Dalam sebuah akhbar perdana siap
mempamirkan kawasan penggodolan yang terlibat. Mak
oooiii bukan kecil. Kalau ini pun Kerajaan negeri dan
majlis tempatan tak tahu dan tak sedar, saya cadangkan
pergi kedai cermin mata. Mata anta sudah rabun terok.
Si menteri besar pula senang aje buat disclaimer, saya
tak tahu. 

Kalau ini statement menteri besar, dia patut letak
jawatan serta merta. Ini bukan kali pertama dia ni
buat hal. Tulah orang melayu cepat lupa. Ingat tak
kawasan lapang di Bangi yang dirompak dan dijadikan
kawasan commercial..

dulu sibok orang complain dan ada yang protes siap
dengan sepandok. Terjerit-jerit sikit punya marah,
sampai ada yang serak suara, sakit tekak. Sehingga ada
yang kena jumpa doktor. Si menteri besar has the last
laugh. " Aku apa peduli dengan kamu semua. Aku
dilantik oleh rakyat bukan kamu yang terjerit
terpekik, tak percaya next election mereka tetap pilh
aku. Ini kan bukti jelas mereka setuju dengan
tindakkan aku". Jangkaan Sang menteri besar memang
tepat sekali, rakyat tak kesah. Jadi apa kamu
sibok-sibok. 

Penat mereka yang menaiki tangga membuat laporan polis
dan BPR. Sekarang dah bertahun-tahun laporan itu
dibuat. Secara jujur tanya diri kita, adakah tindakkan
diambil, meski pun bukti-bukti disertakan dengan
laporan tersebut. Saya peringatkan dan saya cadangkan
sesiapa yang rajin tu, keratkan dan simpankan keratan
akhbar, especially gambar dari udara yang menunjukkan
betapa parahnya bukit cerakah telah dirogol dengan
teroknya, malah dirogol bergilir-gilir. Banyak perogol
yang terlibat, semuanya kroni. 

Percayalah sungguh pun laporan kepada BPR atau polis
dibuat, dan bukti perogolan telah dipaparkan dengan
jelas diakhbar, perogol itu pasti akan lepas, sebab
disini semuanya buta, pekak dan bisu. Dan percayalah
tak lama lagi semua orang termasok kita akan lupa akan
isu ini. Sebagai mana kita telah lupa isu-isu yang
lampau, saperti tanah diBangi dan Shah Alam dulu.
Percayalah setelah kita semua sibok semula dengan hal
dunia kita masing-masing, siperogol ini akan mencari
mangsa yang seterusnya. Kerana perogol ini tahu yang
orang Malaysia ini cepat lupa. Tapi ingat
perogol-perogol mungkin ada antara kami yang mungkin
lupa, tapi ALLAH tidak lupa. 

Si menteri besar pembohong besar. Adalah tak masok
akal bila anda mengatakan, anda tak tahu menahu
tentang perogolan ini kecuali anda ada sebab-sebab
yang tertentu. Saya tinggal dekat rumah anda dari
Persiaran Kayangan boleh nampak jelas perogolan Taman
Bukit Cerakah. Dari rumah anda diatas bukit tu lagi
lebeh jelas, wahai sang menteri besar. Tolong jawab
tuduhan saya ini. Kepada yang ingin tahu bila lalu di
Persiaran Kayangan hentikan kenderaan anda di kaki
bukit rumah rasmi menteri besat, ada akan dapat
melihat dengan jelas apa yang saya perkatakan. Jangan
percaya cakap saya, lihat sendiri. Seeing is
believing. Dan anda PASTI terkejut.

kata-kata seorang menteri besar yang dia tak tahu
walhal boleh dilihat dari jendela rumah rasminya.
Amatlah mengejutkan sekali anda buat statement begini.

Siapa yang rajin tu ambil gambar dari Persiaran
Kayangan dan satu lagi dekat pagar rumah rasmi menteri
besar dan poskan ke TRANUNGKITE dan HARAKAH juga media
perdana. Cuma media perdana ni bukan boleh harap
sangat. Maklumlah reporter cari makan. Kita orang yang
tak berkepentingan lah yang patut jadi reporter untuk
rakyat kepada rakyat

Yang amat menyedihkan peristiwa ini saperti peristiwa
yang lain-lain akan dilupakan dan perogol yang
bersalah akan lepas dan bergembira ke bank mengira
keuntungan. Akan terlihatlah kita ni sebagai orang
yang bodoh menyalak bukit. Adakah ini yang kita mahu.
Tidak. Ya tidak. Kita boleh perbodohkan orang lain
dengan jeritan semangat kita. Tapi kita tak boleh
perbodohkan diri kita sendiri. Kita sudah tahu
kesudahan ceritanya, skrip jalan cerita telah
tertulis. Tak kan mereka berak tengah jalan nak
beritahu orang ramai. Tapi ini tak sepatutnya
melemahkan semangat kita. 

Lawan tetap lawan" 






        
                
__________________________________ 
Celebrate Yahoo!'s 10th Birthday! 
Yahoo! Netrospective: 100 Moments of the Web 
http://birthday.yahoo.com/netrospective/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to