Pemimpin Umno disaran belajar cara berpolitik pemimpin
Cina
Oleh Salman Hussin

BATU PAHAT, 29 Mac  - Pemimpin-pemimpin Umno yang
kurang bertamadun disaran mencontohi cara berpolitik
orang Cina, walau pun mereka berlainan parti tetapi
dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan kaum dan
bangsa mereka akan tetap bersatu. 

Inilah cara orang cerdik berpolitik, mereka tidak
menggunakan platform politik untuk kepentingan
peribadi atau parti mereka semata-mata sebaliknya
mereka memanfaatkan sepenuhnya kuasa politik ini untuk
kepentingan kaum dan bangsa mereka. 
Saranan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohamad
Sabu, semasa berucap sempena pelancaran kempen
Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari peringkat
Negeri Johor, yang telah diadakan dekat sini, 25 Mac
lalu. 

Menurutnya, walaupun MCA, Gerakan dan DAP parti yang
berlainan dan dalam Parlimen mereka seringkali hentam
menghentam antara satu sama lain tetapi dalam hal-hal
yang membabitkan kepentingan masyarakat Cina mereka
akan bercakap dengan satu nada. 

"Dalam soal pendidikan sebagai contoh, mereka akan
bersatu untuk memastikan kepentingan pendidikan
masyarakat Cina tidak diganggugugat kerajaan bahkan
mereka terus menuntut lebih banyak keistimewaan diberi
kepada sekolah Cina," kata Mohamad Sabu. 

Menurutnya lagi, sejarah telah membuktikan walaupun Dr
Mahathir dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas
dengan pendiriannya tetapi beliau gagal memaksa
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK-C)
menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains
dan matematik. 

"Pemimpin-pemimpin Cina dari ketiga-tiga parti ini
terus mempertahankan penggunaan bahasa ibunda di
sekolah tersebut dan akhirnya kerajaan terpaksa tunduk
dan patuh kepada kemahuan mereka, inilah bukti betapa
bersatunya mereka terhadap perkara yang membabitkan
kepentingan bangsa mereka," sambungnya. 

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,
selanjutnya berkata, inilah cara orang cerdik
berpolitik tidak seperti Umno dan PAS yang terus
bertelingkah dalam semua hal walau pun perkara yang
dipertikaikan itu membabitkan kepentingan orang Melayu
dan umat Islam. 

Menurutnya lagi sikap serta pendirian pemimpin Umno
hari ini tidak sama dengan pemimpin Umno terdahulu
seperti Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun
Hussein Onn, yang lebih mengutamakan kepentingan orang
Melayu dan umat Islam. 

Sebaliknya pemimpin Umno hari ini hanya mengutamakan
kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri,
mereka langsung tidak menghiraukan nasib masa depan
anak bangsa mereka sendiri, katanya. 




                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to