http://mufti.perak.gov.my/fatwa/fatwa.htm

Walaupun Astora Jabat telah disahkan MURTAD oleh
Majlis Fatwa Negeri Perak, dia masih dibiarkan
menyebarkan idea sesat nya di media utama Islam Hadari
iaitu Mengguan Malaysia pada 17 April 2005.

Berkemungkinan besar Khalifah Islam Hadhari, Abdullah
Ahmad Badawi sendiri turut MURTAD, berdasarkan
tindak-tanduknya yang banyak bercanggah dengan
tuntutan Hukum Allah.


KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK
MENGENAI PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB
QUBUR .

1. LATAR BELAKANG

1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat
khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering
menulis isu-isu agama yang kontroversi 

1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan
November dan Disember beliau telah menulis artikel
bertajuk “Tiada azab kubur selepas meninggal dunia “
dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur 

2. ASAS PANDANGAN BELIAU

2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam
menegaskan pendiriannya seperti :-

2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran
secara muktamad tetapi hanya para ulama’ sahaja yang
menghurai dan mentafsirkannya.

2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab
kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak
boleh menthabitkan perkara aqidah.

2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya
dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al
Quran yang tidak muktamad.

2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan
cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan
dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati
dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang
kematiannya lewat.

3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR

3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah
berpandangan bahawa azab qubur adalah benar
berdasarkan kepada dalil – dalil berikut :-

3.2 Dalil-dalil Al Quran

3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha
ومن اعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا
Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan ku
maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.

Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud
perkataan ضنكا adalah azab qubur.

3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur
و إن للذين ظلموا عذابا دون ذلك 
Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab
selain selain itu 

Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan
dengan azab di dalam ayat ini adalah azab qubur.

3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3 

كلا سوف تعلمون
Janganlah sekalikali begitu kelak kamu akan mengetahui

Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini
merujuk kepada azab qubur.

3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun
dalam surah Ghafir ayat 46

النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم تقوم الساعة
أدخلوا آل فرعون أشد العذاب" 

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang,
dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada
malaikat) : “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam
azab yang sangat keras”

دلت الآية على أن العرض قبل يوم القيامة لأن العطف يقتضى
المغايرة 
وليس ذلك العرض فى الدنيا قطعا فيكون فى البرزخ 
Ayat ini menunjukkan bahawa pembentangan itu berlaku
sebelum hari qiamat kerana عطف di situ membawa makna
مغايرة yang sudah tentu tidak berlaku di dunia malah
di alam barzakh.

3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam
surah Nuh ayat 25

أغرقوا فادخلوا نارا
Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka
tenggelam lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak
mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari
Allah.

والفاء للتعقيب فدخول النار عقب الغرق مباشرة 
يكون فى البرزخ وليس فى القيامة

Huruf ‘fa’ menunjukkan berturutan maka masuk neraka
selepas lemas berlaku berturutan dan ianya berlaku di
alam barzakh dan bukan pada hari qiamat.

3..2.6 Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat
169-170

ولا تحسبن الذين قتلوا فى سبيل الله امواتا بل
احياء عند ربهم يرزقون فرحين بما اتاهم الله من
فضله ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من
خلفهم الا خوف عليهم ولا هم يحزنون .

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur
di jalan Allah itu mati : bahkan mereka itu hidup di
sisi Tuhan dengan mendapat rezeki.

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah
yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang
hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di
belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada
kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka
bersedih hati.


فهذا النعيم قبل يوم القيامة قطعا لان الاية ترشدنا الى
الا نعتبرهم 
امواتا كما تخبرنا بانهم يتطلعون الى اخوانهم الذين ما
زالوا فى الدنيا
ينتظرون الشهادة .

Dalam ayat di atas kenikmatan berkenaan berlaku
sebelum hari qiamat kerana kita diarahkan jangan
menyangka mereka mati dan ayat berkenaan memberitahu
kita, bahawa mereka menunggu-nunggu saudara-saudara
mereka yang masih berada di bumi mencari mati syahid.

3..2.7 Apa yang perlu diperhatikan daripada keterangan
ini , bahawa sahabat-sahabat Nabi SAW yang menafsirkan
bahawa ayat ayat berkenaan adalah merujuk kepada azab
qubur maka pendapat yang mengatakan ianya hanya
tafsiran ulama’ sahaja adalah tidak
benar.Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah
mendapat pengiktirafan Nabi SAW sendiri seperti
Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Masud RA serta
penafsiran Al Quran menurut keadah bahasa Arab yang
betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini
merujuk kepada azab qubur.

4..3 Dalil-dalil Hadith 

Walaupun hadith-hadith yang berkenaan dengan azab
qubur ini adalah hadith Ahad tetapi ia termasuk dalam
mutawatir dari sudut makna (متواتر المعنى )

4..31 Telah meriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim
bahawa Rasulullah Saw melintasi dua qubur lantas
baginda SAW bersabda :

انهما ليعذبان وما يعذبان فى كبير اما احدهما لا يستتر
من بوله
واما الاخر فكان يمشى بين الناس بالنميمة

Sesungguhnya mereka berdua tidaklah diazab disebabkan
dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan
salah seorang mereka tidak dapat mengetuskan air
kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan
masyarakat dengan adu domba.

4..3.2 Diantara doa yang telah disepakati ma’thur dari
Rasulullah SAW ialah :

اللهم انى اعوذ بك من فتنة النار وعذاب النار و فتنة
القبر وعذاب القبر
ومن شر فتنة الغنى ومن شر فتنة الفقر .

Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api
neraka, azab neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta
keburukan fitnah kekayaan dan keburukan dari fitnah
kefaqiran

4..3.3 Imam Muslim meriwayatkan hadith beserta
sanadnya dari Ibnu Umar 

ان احدكم اذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي ان كان
من اهل
الجنة فمن اهل الجنة وان كان من اهل النار فمن اهل النار
يقال
: هذا مقعدك حتى يبعث الله اليه يوم القيامة .
Sesungguhnya salah seorang dari kamu apabila mati
diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pagi dan
petang. Sekiranya dia bakal menghuni syurga akan
dilihatnya tempat duduknya di syurga begitulah
sebaliknya dan dikatakan kepadanya : Inilah tempat
dudukmu sehinggalah Allah membangkitkannya pada hari
qiamat kelak.

4..3.4 Mengenai kedudukan hadis-hadis yang
menthabitkan ‘azab dan ni’mat kubur, yang ditakhrijkan
oleh hampir semua kitab-kitab hadis utama, serta
keterangan mengenainya, dapat diteliti pada kitabشرح
العقيدة الطحاوية pada muka surat 572 hingga 588.
Di antara penegasan yang tersebut dalam kitab ini
adalah sebagai berikut:

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر
ونعيمه
لمن كان لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك
والايمان
به و لا نتكلم فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته
لكونه
لا عهد له به فى هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam
menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan
yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat.
Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan
beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan
keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam
berkenaan.


4..3.5 Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab:
فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والافتاء المجلد
الثالث 
pada muka surat 444, iaitu sebagai berikut:
وقد تواترت الاخبار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى
ثبوت سوال
الميت فىقبره وثبوت نعيمه فيه او عذابه حسب عقيدته وعمله
بما 
لا يدع مجالا للشك فى ذلك ولم يعرف عن الصابة رضي الله
عنهم فى
ثبوت ذلك خلافا ولذا قال بثبوته اهل السنة والجماعة
Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari
Rasulullah S.A.W di dalam mengithbatkan soal jawab
mayat keatas mayat di dalam kuburnya dan juga telah
thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab
kubur bergantung pada akidahnya (simati) dan amalannya
(simati) di mana tidak ada ruang untuk ragu-ragu dalam
masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak
diketahui dari para sahabat khilaf dalam masalah ini.
Oleh yang demikian itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah
menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur).

4..3.6 Berdasarkan kepada kedudukan hadis-hadis ini,
Syekh Muhammad Nashiruddin Albani, menyatakan di dalam
kitabnya:
سلسلة الاحاديث الصحيحة المجلد الاول القسم الاول رقم
159
Pada muka surat 294 hingga 296, selepas menuliskan
hadis berikut:

إن هذه الأمة تبتلى فى قبورها فلو لا ان تدافنوا لدعوت
الله ان يسمعكم
من عذاب القبر الذى اسمع منه....... أخرجه مسلم من طريق
ابن علية
Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam quburnya
seandainya kamu tidak akan ditanam (di dalam qubur )
nescaya aku meminta dari Allah supaya diperdengarkan
kepada kamu azab qubur yang aku dengar daripadanya “

Faedah-Faedah Hadis :

إثبات عذاب القبر، والأحاديث في ذلك متواترة، فلا مجال
للشك فيه
بزعم أنها آحاد. ولو سلمنا أنها آحاد، فيجب الاخذبها.


Beriman dengan azab kubur, dan hadis-hadis berkaitan
dengannya adalah mutawatir, maka tidak ada ruang untuk
ragu-ragu berkaitan dengannya, dengan dakwaan bahawa
hadisnya adalah hadis ahad dan jika kita menerima
bahawa hadisnya adalah ahad maka wajblah mengambil
hadis-hadis itu.


ولو سلمنا أنه لايوجد في القرآن ما يشهد لها ، فهي وحدها
كافية لإثبات هذه العقيدة ، والزعم بأن العقيدة لاتثبت
بما صح
من أحاديث الآحاد زعم باطل دخيل في الإسلام، لم يقل به
أحد من 
الأعلام ـ كالأربعة وغيرهم ـ بل هو مما جاء به بعض علماء

الكلام بدون برهان من الله ولا سلطان.

Dan jika kita menerima bahawa tidak ada di dalam
al-Quran yang menunjukkan azab kubur, maka satu hadis
ini sudah mencukupi untuk menetapkan akidah ini.
Dakwaan bahawa akidah tidak thabit dengan hadis-hadis
ahad yang sahih adalah dakwaan yang batil dan asing di
dalam Islam. Tidak dinyatakan daripada mana-mana Imam
yang muktabar – seperti Imam-Imam yang empat dan
selain mereka – bahkan ia adalah pendapat yang datang
daripada sebahagian ulama-ulama kalam dengan ketiadaan
dalil daripada Allah.


5.4 Ijma’

5..4.1 Imam Abul Hasan Al Asy’ari, di dalam
kitabnyaالإبانة فى أصول
الديانة 
muka surat 215, menyatakan bahawa thabitnya ‘azab
kubur merupakan “ ijma’ ” sahabat-sahabat Nabi SAW.
Beliau menulis sebagai berikut:

وانكرت المعتزلة عذاب القبر . وقد روى عن النبى صلى الله
عليه وسلم
من وجوه كثيرة و روى عن اصحابه رضي الله عنهم وما روى عن
احدهم 
منهم انه انكره ونفاه وجحده فوجب ان يكون اجماعا من
اصحاب النبى
صلى الله عليه وسلم 


Muktazilah mengengkari azab qubur sedang telah
diriwayatkan dari nabi dan dari sahabat baginda SAW
serta tiada seorang pun dari kalangan mereka
menyanggah mengenainya maka kesimpulannhya kepercayaan
azab qubur ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para
sahabat.

5..4.2 Syekh Muhammad As Shaleh Al ‘Uthaimin, di dalam
bukunya
شرح العقيدة الواسطية لشيخ الاسلام ابن تيمية المجلد
الثانى
muka surat 122, mengatakan bahawa thabitnya ‘azab
kubur adalah ijma’ kaum muslimin. Beliau menulis
sebagai berikut:
وقوله اما نعيم واما عذاب : فيه اثبات النعيم والعذاب فى
القبر وقد دل
على ذلك كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم بل لنا
ان نقول 
واجماع المسلمين

Adapun katanya samada nikamt atau azab itu menunjukkan
adanya nikmat qubur atau azab qubur dan telah datang
dalil yang banyak dari Al Quran dan Sunnah bahkan kita
mengatakan ia adalah ijma’ kaum muslimin.



6. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HUKUM MENGAMBIL HADITH
AHAD DALAM TASYRI’

6.1 Apabila hadith Ahad telah terbukti kesahihannya
maka ia mengambil hokum mutawatir dari sudut wajib
beriman dan beramal dengan segala tuntutannya . Ini
dijelaskan oleh beberapa ulama’ seperti berikut :-

6.1.1 Berkata Ibn Abi Al-‘Iz di dalam Syarh Tohawiyyah


خبر الواحد اذا تلقته الامة بالقبول عملا به و تصديقا له
يفيد العلم اليقينى عند
جماهير الامة وهو احد قسمي المتواتر ولم يكن بين سلف
الامة فى ذلك نزاع .
Khabar yang dibawa oleh seorang apabila diterima oleh
sekalian umat sebagai amalan dan kepercayaan memberi
faedah kepada ilmu yaqin disisi majoriti umah dan ia
adalah salah satu dari dua kategori mutawatir. Tiada
perselisihan di kalangan salaf tentang perkara ini.

6.1.2 Berkata Ibn Hajar dalam Fathul Bari 

قد شاع عمل الصحابة والتابعين بخبر الواحد من غير نكير
فاقتضى الاتفاق
منهم على قبول 
Para sahabat dan tabien biasa beramal dengan khabar
wahid tanpa ada bantahan dan mereka bersepakat
mengenainya.

6.1.3 Berkata Ibn Rejab dalam kitabnya اهوال القبور 

وقد تواترت الأحاديث عن النبى (ص) فى عذاب القبر ففى
صحيحين عن 
ام المؤمنين عائشة الصديقة بنت الصديق (ر) انها قالت :
العبد اذا وضع فى
قبره وتولى وذهب اصحابه حتى انه ليسمع قرع نعالهم أتاه
ملكان فأقعداه 
فيقولان له : ما كنت تقول فى هذا الرجل محمد (ص) ؟ فيقول
: أشهد أنه
عبد الله و رسوله فيقال : انظر الى مقعدك من النار ابدلك
الله به مقعدا من 
الجنة قال النبى (ص) فيراهما جميعا .
وأما الكافر أو المنافق فيقول : لا أدرى كنت اقول ما
يقول الناس فيقول
لا دريت و لا تليت ثم يضرب من مطرقة من حديد ضربة بين
أذنيه فيصيح
صيحة يسمعها من يليه الا ثقلين .

Telah mutawatir hadith-hadith dari nabi (S.A.W.)
mengenai azab qubur. Di dalam sahihain daripada umil
mukminin Aisyah (r.a.) berkata seorang hamba apabila
diletakkan diquburnya dan orang lain berpaling
sehingga ia mendengar derapan kasut, dua malaikat
mendatanganinya dan mendudukkannya dan berkata
kepadanya: apa yang kamu katakana kepada lelaki ini
(Muhammad s.a.w.) Jawabnya: Aku naik saksi bahawa ia
adalah hamba Allah dan pesuruhnya dan dikatakan
kepadanya lihatlah tempat dudukmu di neraka, telah
ditukar oleh Allah dengan tempat duduk di syurga.
Adapun orang kafir dan munafiq menjawab – tidakku
ketahui hanya aku berkata dengan apa yang dikatakan
oleh orang. Maka ia dipukul dengan penukul besi di
antara kedua telinganya lantas menjerit hingga
suaranya didengari kecuali jin dan manusia.

7. ADAKAH MAYAT YANG TIDAK BERQUBUR JUGA MENERIMA AZAB
QUBUR

7.1 Menurut Ulama’ , mayat yang tidak diquburkan
seperti disimpan di dalam peti sejuk di rumah-rumah
mayat , atau terbakar atau hancur berkecai dan ditiup
angin tetap menerima azab qubur . Ini adalah
kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang
ulama’ seperti berikut :-

7.1.1 Menurut العلامة محمد السفارينى di dalam kitabnya
لوامع الأنوار البهية 

من لم يدفن من مصلوب ونحوه يناله نصيبه من فتنة السؤال
وضغطة القبر 
Sesiapa yang tidak diquburkan seperti disalib dan
sebagainya tetap akan menerima soalan dan himpitan
qubur.


7.1.2 Di dalam kitab Ar Ruh Al Imam Al Muhaqiq
mengatakan :

مما ينبغى ان يعلم ان عذاب القبر هو عذاب البرزخ فكل من
مات وهو مستحق
للعذاب ناله نصيبه من قبر ام لم يقبر فلو اكلته السباع
او حرق حتى صار رمادا
او نسف فى الهواء او غرق فى البحر وصل الى روحه و بدنه
ما يصل الى المقبور .

Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab qubur
itu adalah azab barzakh. Maka setiap yang mati sedang
ia layak untuk diazab akan menerima habuannya sama ada
ia diquburkan atau tidak walaupun dimakan binatang
buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau
tenggelam di dasar lautan tetap akan sampai azabnya
sepertimana orang yang diquburkan juga.

8. BAGAIMANAKAH CARANYA MAYAT YANG TIDAK DIQUBURKAN
MENDAPAT AZAB 

8.1 Ibn Abi Al ‘Iz telah memberi komentarnya dalam
Syarh Tohawiyyah 

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر
ونعيمه لمن كان
لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان
به و لا نتكلم
فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه لا عهد
له به فى 
هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam
menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan
yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat.
Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan
beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan
keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam
berkenaan.

9. IMPLIKASI MEMBINCANGKAN ISU INI SECARA TERBUKA

9.1 Walaupun isu ini masih ada ruang untuk
diperbincangkan namun ianya hanya sesuai di kalangan
ahli ilmu khususnya dari kalangan ahli hadith , ahli
fiqh , usuluddin dan tasauf bukannya di khalayak ramai
kerana ia akan membawa implikasi berikut :-

9.1.1 Ia lebih akan mengelirukan masyarakat .
9.1.2 Umumnya di Negara ini menerima dan mempercayai
azab qubur memang ada dan kepercayaan ini sedah
established .
9.1.3 Tidak ada untungnya isu ini ditimbulkan malah
merugikan .
9.1.4 Sedikit sebanyak akan mengikis kepercayaan
masyarakat yang kurang faham dengan ulumul hadith
terhadap hadith-hadith khusunya yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim . Begitu juga kepercayaan terhadap
para ulama’ akan luntur sedikit demi sedikit .

10. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI ORANG YANG MENOLAK AZAB
QUBUR

10.1 Menurut kitab كبرى اليقينيات الكونية pengarang
nya iaitu Dr Muhd Saed Ramadhan Albuty berpendapat
selepas mendatangkan dalil- dalil kewujudan azab qubur

إذا علمت هذا فإننا نقول :
أما إنكار عذاب القبر , من أصله , فهو مزلق الى الكفر ,
لما ثبت من
الدليل القاطع فيه كما علمت .
وإما اقراره من حيث الأصل , مع الارتياب فى انه للروح
فقط أو للروح
مع الجسم أو بعض أجزاء الجسم , فذلك امر ليس من شأنه أن
ينتهى
بالباحث ال الكفر لأن التحقيق فى أن العذاب يكون للروح
فقط أو للروح
والجسد معا , خاضع للنظر , وليست فيه أدلة قاطعة واضحة
كأدلة
أصل التعذيب والتنعيم .

Apabila engkau mengetahui perkara ini maka
sesungguhnya kami mengatakan :
Adapun mengingkari azab kubur, dari asalnya
(mengingkari azab kubur secara keseluruhannya) maka
dia tergelincir kepada kekufuran kerana telah thabit
daripada dalil yang qatie mengenainya seperti yang
engkau ketahui.

Dan adapun beriman dengan azab kubur, tetapi meragui
sama ada untuk roh sahaja ataupun roh dan jasad atau
sebahagian dari anggota badan, maka yang demikian itu
tidak membawa kepada kekufuran kerana pendapat yang
kuatnya dalam masalah azab kubur ini sama ada roh
sahaja atau roh dan jasad memerlukan kepada pengkajian
yang teliti, dimana tidak ada dalil yang qatie dan
jelas seperti adanya azab kubur dan nikmatnya.

10.2 Di dalam kitab Fiqh Sunnah jilid awal mukasurat
311 Sayyid Sabiq menyebutkan 
وقال المروزي : قال أبوعبد الله ـ يعني الإمام أحمد ـ
عذاب القبر حق
لا ينكره إلا ضال مضل.

Daripada al-Marwazi : Telah berkata Abu Abdullah –
iaitu Imam Ahmad – Azab kubur itu adalah benar tidak
mengingkarinya melainkan orang yang sesat lagi
menyesatkan. 

11. KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk
kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember
2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab
qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al
Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran
Islam.



                
__________________________________ 
Yahoo! Mail Mobile 
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone. 
http://mobile.yahoo.com/learn/mail 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to