Sekonyong-konyong diumumkan skim buku percuma 2008
.... mengapa ?
KERANA itu menunjukkan bahawa harga petrol, diesel dan
gas akan naik beberapa hari lagi.
2008 - mengapa tidak sekarang 2006 ??? ....... sebab
2008 hampir PILIHANRAYA UMUM !!!

PETRONAS saja mengumumkan untung RM58,000,000,000.00
tahun lalu.
Kalau PETRONAS bayar zakat 2.5% bermakna
RM1,450,000,000.00 dapat diguna untuk kebaikan rakyat.
 Lebih dari cukup untuk  beri buku percuma untuk semua
pelajar dari Tadika hingga PhD.

TAHNIAH !!!   Sokonglah BN (Barang Naik), agar anda
terus mudah di tipu oleh penyangak dan penyamun yang
sedang menjajah Malaysia.

UMNO Baru dan rasuah tidak dapat dipisahkan, ibarat
tahi dan kentut !


##############################################################################################################

Buku teks untuk semua -- Skim pinjaman automatik mulai
2008 tanpa mengira status keluarga

KEPALA BATAS 5 Feb. - Semua pelajar sekolah di negara
ini tanpa mengira status dan kedudukan kewangan
keluarga mereka akan menikmati Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT) secara automatik pada tahun 2008.

Sehubungan itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui pelaksanaan
tersebut semua pelajar tidak perlu lagi melalui
prosedur ketat termasuk menyertakan butir-butir
kewangan keluarga bagi mendapatkan skim berkenaan.

Katanya, kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan
dana yang mencukupi bagi meluaskan kemudahan itu
kepada semua pelajar tanpa dibelenggu sebarang masalah
terutama yang membabitkan soal birokrasi.

``Setakat ini kerajaan sudah memberikan kemudahan SPBT
kepada lebih 80 hingga 90 peratus pelajar termasuk
anak-anak guru yang menikmatinya secara automatik
bermula tahun ini.

``Apa salahnya kalau kita luaskan kemudahan ini kepada
baki 10 peratus yang tidak mendapatnya. Apa yang
penting kita perlu pastikan tiada pelajar terpinggir
daripada menerima kemudahan tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program
Gemilang 2020 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Kepala
Batas dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari
ini.

Turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk
Azhar Ibrahim; Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Ahmad
Darus; Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Salleh Karim
dan beberapa anggota Exco pergerakan itu.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan sebanyak 70,000 anak
guru di seluruh negara akan menerima kemudahan SPBT,
mulai sesi persekolahan tahun ini.

Kos pemberian SPBT kepada anak guru membabitkan
perbelanjaan tambahan kementerian tersebut sebanyak
RM18.7 juta manakala anggaran purata perbelanjaan
tahunan adalah RM200 juta untuk kira-kira 20 juta
naskhah buku teks setahun.

Hishammuddin memberitahu, kementerian itu akan
mengumumkan jumlah sebenar peruntukan yang diperlukan
bagi melaksanakan sepenuhnya peluasan kemudahan SPBT
tidak lama lagi.

Jelasnya, dasar untuk meluaskan manfaat SPBT kepada
semua pelajar bertujuan untuk memastikan mereka dapat
menikmati akses pembelajaran yang sempurna tanpa
dibelenggu masalah kesukaran bagi mendapat kemudahan
itu.

``Atas kesedaran inilah kerajaan mahu pastikan semua
pelajar dapat menikmati akses pembelajaran sejajar
dengan hasrat untuk menyediakan kemudahan terbaik bagi
semua pelajar,'' jelasnya.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to