http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=1518&Itemid=1

Dr Hatta dan dua anaknya antara 18 yang ditahan dalam
demo depan KLCC      
Sun | Mar 26, 06 | 01:56:54 PM 
Oleh Saidatul Amani, Saadon Aksah dan Wan Nordin 

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Bendahari PAS Pusat, Dr
Hatta Ramli antara yang ditahan dalam perhimpunan aman
membantah kenaikan harga minyak yang dihadiri 2000
peserta di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC)
sebentar tadi.

Dua anak perempuan Dr Hatta yang turut serta
berdemonstrasi turut ditahan ketika hendak bersurai
hadapan jalan bertentangan KLCC setelah memulakan
semula demosnstrasi di kawasan berkenaan.

Lebih malang lagi seorang Ahli Jawatankuasa Dewan
Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al Jundi
turut menjadi mangsa kerakusan polis menahan peserta
demonstrasi setelah terdahulu sebelum itu peserta
disembur dengan air 'water canon'.

Lain yang ditahan ialah aktivis Parti KeADILan Rakyat
(PKR), Omar Tan Abdullah, aktivis Universiti Bangsar
Utama (UBU), Fiqtrey Al Hakimi; Pemuda PAS Pandan,
Kamal Mohammad; Hariss Ibrahim, Salmah Arshad, Azmi
Ali dan beberapa yang lain.  

Setakat berita ini ditulis Semua yang ditahan kini
berada di Balai Polis Pudu dan belum dibebaskan.

Perhimpunan yang bermula jam 10.00 pagi tadi dianjur
oleh Kengres Kesatuan Sekerja Nasional (MTUC) dengan
kerjasama PAS, PKR, DAP, Suarama dan beberapa
pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Antara pimpinan yang hadir ialah, Naib Presiden PAS,
Mohammad Sabu; Presiden MTUc, Syed Syahir Syed
Mohammud; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Ketua
Penerangan PKR; Tian Chua dan beberapa aktivis rakyat.

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to