Bapa Ekonomi Ilmu - Memang tepat gelaran yang tidak
pernah ujud dalam sejarah dunia ini diberikan kepada
Abdullah Badawi.
Bapa kepada Kamarudin dan Nori serta Bapa mertua KJ.
Ekonomi Ilmu menggali Tahi Hidung Masin untuk di
eksport ke seluruh dunia, supaya dunia tahu Malaysia
di kuasai oleh perompak dan penyamun.
Jamaludin Jarjis layak di anugerahkan Bapa Ekonomi
Bodek.

http://www.malaysia-today.net/


Abdullah diberi gelaran Bapa Ekonomi Ilmu

KULIM 18 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi hari ini diberi gelaran sebagai ‘Bapa
Ekonomi Ilmu’ di atas usaha berterusan beliau membawa
transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan
pengetahuan (K-Ekonomi).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri
Jamaludin Jarjis berkata, gelaran itu wajar diberi
kepada Perdana Menteri berikutan komitmen beliau yang
tinggi dan berterusan untuk memajukan K-Ekonomi di
kalangan rakyat.

Menurutnya, usaha Abdullah itu bermatlamat membawa
kesejahteraan dan peningkatan taraf sosioekonomi
rakyat.

Beliau memberitahu, selepas mengambil alih pucuk
kepimpinan negara, Perdana Menteri telah membuat
anjakan baru iaitu semua rakyat perlu mendapat manfaat
daripada pelaksanaan agenda teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) negara.

“Beliau tidak mahu wujud satu lagi bentuk kemiskinan
era baru iaitu kemiskinan dari segi pengetahuan
digital serta tidak mahu wujud jurang digital antara
kumpulan berpendapatan tinggi dan rendah dan antara
penduduk bandar dan luar bandar.

“Pada hemat saya, Perdana Menteri wajar diperakui
sebagai Bapa Ekonomi Ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis
pelancaran Bandar Siber MSC Malaysia @ Taman Teknologi
Tinggi Kulim (KHTP) oleh Perdana Menteri di sini hari
ini. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to