Abodohlah Amat Bodohwi mengesah bahawa dia adalah Bapa
Munafik Malaysia apabila menyoal tahanan rakyat
Malaysia oleh Regim Bush di Guantanamo.

Bodohlah pura-pura lupa tahanan ISA Nik Adli Nik Aziz
dan beratus-ratus lagi yang terus disiksa di Malaysia.

Bodohwi dan Bush adalah sama-sama musuh Islam.



Wisma Putra diminta siasat 2 rakyat Malaysia ditahan
di Teluk Guantanamo

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi mengarahkan Kementerian Luar menyiasat laporan
dua rakyat Malaysia disenaraikan antara 14 suspek
pengganas yang dipindahkan ke penjara tentera Amerika
Syarikat (AS), Teluk Guantanamo dari pusat tahanan
sulit CIA di negara asing.

Perdana Menteri berkata, sekiranya laporan tersebut
benar, beliau akan memastikan kedua-dua rakyat
Malaysia itu mendapat hak pengadilan mengikut
undang-undang.

‘‘Saya sudah arahkan Menteri Luar, Datuk Seri Syed
Hamid Albar menghubungi orang kita di Washington untuk
menyiasat perkara ini.

‘‘Apa yang penting ialah memastikan mereka dibicarakan
secara adil di mahkamah jika benar terlibat,’’ katanya
pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Al-Quran
di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Semalam, Presiden George W. Bush mendedahkan mengenai
pusat-pusat tahanan sulit CIA di luar negara yang kini
dikosongkan dan kesemua suspek tahanan telah
dipindahkan ke Teluk Guantanamo, Cuba.

Berdasarkan laporan berkenaan, pemindahan tersebut
membabitkan 14 suspek pengganas termasuk dua rakyat
Malaysia yang dikenali sebagai Lillie @ Mohammed Nazir
Lep dan Zubair.

Menurut Abdullah, kerajaan tidak berhasrat membawa
pulang kedua-duanya untuk dibicarakan di sini
memandangkan mereka tertakluk kepada undang-undang AS.

‘‘Kesalahan yang dilakukan adalah bersabit
undang-undang AS dan kalau benar mereka bersalah
sepatutnya diadili di sana,’’ katanya.

Beliau juga tidak terkejut dengan laporan tersebut
memandangkan rekod menunjukkan terdapat rakyat negara
ini pernah terlibat dengan jenayah sedemikian.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyifatkan
pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti terorisme
sebagai satu trend.

Ini kerana jelas beliau, hanya segelintir terlibat
terutama mereka yang pernah melanjutkan pengajian
dalam bidang agama di luar negara khususnya di
Pakistan dan Afghanistan.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to