11 tahanan ISA termasuk anak MB Kelantan dibebaskan  Oleh Ruhaidini Abd. Kadir 
dan Mazli Bidu
        
      BERTEMU KEMBALI... Nik Aziz Nik Mat memeluk anaknya, Nik Adli yang 
dibebaskan dari tahanan ISA bersama 10 orang yang lain, di rumahnya di Kampung 
Pulau Melaka, Kota Bharu, semalam. – Gambar ZAKI AMIRUDDIN.   
---------------------------------
  
  KUALA LUMPUR 18 Okt. – Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, 
TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam 
Negeri (ISA) sejak lima tahun lepas dibebaskan hari ini.
   
  Nik Adli, 39, adalah antara 11 orang tahanan ISA yang terbabit dengan 
Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah yang dibebaskan serentak. 
   
  Lima lagi anggota KMM yang dibebaskan ialah Mohd. Rafi Udin (Cheras, Kuala 
Lumpur), Zid Shaharani Mohd. Isa (Perak Tengah, Perak), Ahmad Pozi Darman 
(Sepang, Selangor), Zainon Ismail dan Md. Lotfi Ariffin, masing- masing dari 
Baling, Kedah.
   
  Keenam-enam anggota KMM itu ditahan di bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 
berkuat kuasa 24 September 2001 kerana mengancam keselamatan negara.
   
  Anggota JI yang dibebaskan ialah Abd. Samad Shukri, Mazlan Ishak, Syed Ali 
Syed Abdullah dan Abdul Manaf Kasmuri, semuanya dari Selangor manakala seorang 
lagi iaitu Alias Sani, berasal dari Sandakan, Sabah.
   
  Pembebasan mereka disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Abdullah memberitahu 
pemberita di Putrajaya bahawa beliau menandatangani surat pembebasan semua 
tahanan ISA itu.
   
  Utusan Malaysia difahamkan, Nik Adli dan lima tahanan ISA KMM itu dibawa ke 
Tempat Tahanan Polis Mukim Batu di sini dari Pusat Tahanan ISA di Kamunting, 
Taiping, Perak semalam. Mereka kemudian dibawa ke Bukit Aman dan dibebaskan 
pagi ini.
   
  Nik Adli Nik Aziz dibebaskan daripada tahanan ISA  KOTA BHARU 18 Okt — Nik 
Adli Nik Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Aziz Nik Mat kembali 
ke pangkuan keluarga di sini pada 5.48 petang ini selepas lima tahun ditahan 
mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
   
  Berketayap putih dengan berkemeja lengan panjang putih serta berseluar biru 
kelabu, Nik Adli yang kelihatan letih disambut gembira oleh ayahnya dipintu 
depan rumahnya di Pulau Melaka di sini.
   
  Isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math, seorang warga Filipina, pula 
tersenyum gembira bersama kedua-dua anak lelakinya di pintu rumah mereka yang 
berhadapan dengan rumah bapa mertuanya itu sambil memerhatikan detik pertemuan 
antara kedua-dua beranak itu.
   
  Turut hadir ialah para pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau 
Melaka, sekolah tempat Nik Adli pernah mengajar, serta sanak-saudara dan 
kenalan beliau yang berjumlah lebih 50 orang, namun mereka hanya mendiamkan 
diri pada pertemuan yang penuh bermakna itu.
   
  Nik Adli, 38, yang memakai selipar jepun bernombor 2524 diiringi empat 
anggota polis berpakaian biasa tiba dari Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan 
pacuan empat roda dan terus dipeluk oleh TG Nik Aziz lalu dibawa masuk ke dalam 
rumah.
   
  TG Nik Aziz yang enggan memberi komen mengenai pembebasan anak keempatnya itu 
yang ditahan di Pusat Tahanan ISA di Kamunting, Perak sejak tahun 2001 hanya 
berkata: 
   
  “Dah puas pelihara baru hantar balik. Selagi hati saya berdarah saya tak akan 
ucap terima kasih.”
   
  Beliau turut menyindir wartawan dengan berkata: “Semasa anak saya kena 
tangkap dahulu tidak ada seorangpun wartawan datang bertanya, tapi sekarang 
apabila balik baru datang cari.”
   
  Ini adalah kali kedua TG Nik Aziz bertemu dengan anaknya selepas Nik Adli 
ditahan mengikut ISA pada tahun 2001.
   
  Kali pertama ialah pada Julai 2004 apabila Menteri Besar Kelantan sakit 
akibat serangan jantung dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia 
(HUSM) Kubang Kerian.
   
  Nik Adli telah mendapat kebenaran khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk melawat 
bapanya di hospital berkenaan.
   
  Sambil mengucapkan syukur di atas pembebasannya yang dimaklumkan hari ini 
oleh polis di Bukit Aman sebelum membawanya pulang ke Kota Bharu, Nik Adli 
berkata, pembebasan itu adalah bersyarat dan beliau perlu berada di kawasan 
Kota Bharu pada setiap masa serta melaporkan diri di balai polis seminggu 
sekali.
   
  Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan 
pembebasannya dan berkata polis, memberikan layanan yang baik kepadanya 
terutama semasa ditahan di Kem Tahanan Kamunting.
   
  Nik Adli ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen 
Kelantan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan 
Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
   
  Polis sejak 2001 melancarkan tiga fasa penangkapan anggota KMM apabila 
kumpulan itu didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah 
(JI) di Singapura dan Indonesia, yang bermatlamat menjatuhkan kerajaan secara 
kekerasan atas nama jihad.
   
  Dalam tempoh itu, kira-kira 70 orang ditahan mengikut ISA kerana terlibat 
dengan aktiviti KMM, antaranya termasuk beberapa pensyarah universiti tempatan 
dan kalangan profesional. - Bernama
   
  'Dia benar-benar pulang'
   
  KOTA BHARU: “Syukur kepada Tuhan kerana makbulkan doa kami sekeluarga dan 
saya anggap pembebasannya sebagai hadiah Aidilfitri,” kata Sles Monira Sles 
Math, 35, isteri Nik Adli Nik Abdul Aziz, 39, yang dibebaskan dari tahanan Akta 
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), semalam. 
   
  “Saya tidak diberitahu mengenai pembebasannya kecuali mendengar khabar angin 
saja. 
   
  “Saya hubungi pihak kem tetapi mereka kata tiada apa-apa tetapi selepas 
melihat suami saya hari ini (semalam), saya bersyukur kerana dia benar-benar 
pulang dan dibebaskan,” katanya yang berketurunan Melayu Champa, ketika ditemui 
di Pulau Melaka, dekat sini, petang semalam.
   
  Nik Adli tiba di perkarangan rumah bapanya yang juga Menteri Besar,TG Nik 
Abdul Aziz Nik Mat dengan kenderaan pacuan empat roda dan diiringi empat 
anggota polis, kira-kira jam 5.50 petang semalam. 
   
  Ketibaannya disambut dua anaknya, Nik Abdul Aziz, 9, dan Nik Kifiyatullah, 6. 
  Dia yang juga anak ketiga daripada 10 beradik sebelum ini ditahan di Kem 
Kamunting di Taiping, Perak, sejak 4 Ogos 2001. 
   
  Nik Adli yang sebelum ini pengetua Maahad Darul Anuar dekat sini, ditahan 
kerana disyaki terbabit dengan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM). 
  Sementara itu, Nik Adli menganggap pembebasannya adalah sebagai rahmat 
Ramadan dan sempena Aidilfitri, minggu depan. 
   
  Menurutnya, dia amat gembira selepas diberitahu akan dibebaskan.
   
    Anak TG Nik Aziz bebas tahanan ISA  Oleh Kadir Dikoh, Mona Ahmad, Mohd Azis 
Ngah dan Masrina Mohd Yunos

  KUALA LUMPUR: Sebelas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk 
anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Aziz, dibebaskan dengan bersyarat, 
pagi semalam.
   
  Semua 11 tahanan itu dibebaskan serentak dari Pusat Tahanan Kem Kamunting, 
Taiping, kira-kira jam 9 pagi setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku 
Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) menandatangani surat pembebasan mereka. 

Anak MB Kelantan bebas 
tahanan ISA: MENTERI Besar
Kelantan, TG Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat berpelukan 
dengan anaknya, Nik Adli di 
rumahnya di Pulau Melaka, 
Kota Bharu, semalam.

Daripada jumlah itu, enam orang termasuk Nik Adli ditahan kerana disyaki 
menganggotai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) manakala lima lagi Jemaah Islamiah 
(JI).

Abdullah pada sidang akhbar selepas dikunjungi Perdana Menteri baru Thailand, 
Surayud Chulanont di Putrajaya semalam, mengesahkan sudah menandatangani surat 
pembebasan Nik Adli yang ditahan sejak 2001. 

Nik Adli, 38, bekas guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka, Kota 
Bharu, ditahan mengikut Seksyen 73(1) ISA pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai 
mempunyai kaitan dengan gerakan KMM. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum, 
berkata 11 tahanan itu dibebaskan selepas kerajaan berpuas hati dengan tingkah 
laku mereka sepanjang tempoh tahanan dan pemulihan. 

“Tetapi pembebasan itu ada sekatan. Mereka perlu membuat laporan polis jika 
hendak keluar dari kawasan sekatan yang ditetapkan termasuk di Sabah dan 
Sarawak. 

“Tempoh pembebasan mereka belum ditetapkan lagi sehingga kerajaan berpuas hati 
dengan tingkah laku mereka di bawah pengawasan polis,” katanya ketika ditemui 
di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mengenai kemungkinan akan ada lagi tahanan ISA dibebaskan menjelang Aidilfitri 
minggu depan, Johari berkata, ketika ini ada kurang 100 tahanan ISA dan 
perkembangan selanjutnya bergantung kepada kerajaan. 

“Ketika ini kerajaan meluluskan pembebasan 11 daripada mereka. Jika semua kita 
puas hati, kita akan timbangkan (pembebasan bakinya),” katanya. 

Di KOTA BHARU, Nik Adli, yang tidak menyangka dibebaskan menyifatkan 
pembebasannya hadiah Aidilfitri.

"Saya gembira kerana dapat jumpa keluarga. Alhamdulillah, terima kasih kepada 
semua yang berdoa dan mengadakan solat hajat sehingga saya dibebaskan. Begitu 
juga pihak yang berusaha membebaskan saya," katanya ketika ditemui di rumah 
bapanya, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Nik Adli, anak ketiga daripada 10 beradik, tiba di rumah bapanya jam 5.50 
petang dengan kenderaan pacuan empat roda yang diiringi beberapa pegawai polis 
dan disambut kedua-dua anaknya, Nik Abdul Aziz, 9, dan Nik Kifiyatullah, 6.

Beliau, yang diberitahu mengenai pembebasannya pagi semalam selepas dibawa dari 
Kem Kamunting ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang kelmarin, berkata beliau 
dilayan dengan baik sepanjang lima tahun dalam tahanan.

"Ayah bertanyakan khabar, sebaik bertemu dengan saya. Saya akan habiskan masa 
malam ini bersama keluarga dan berehat," katanya yang bercadang meneruskan 
kerjayanya sebagai guru agama.

TG Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bagaimanapun berkata beliau masih 
kecewa dengan penahanan anaknya di kem itu sejak lima tahun lalu. 

"Selagi hati saya masih berdarah, selagi itu saya tidak mahu mengucapkan terima 
kasih. Masa anak saya diragut (ditahan) semua wartawan tidak datang, tetapi 
bila anak saya balik semua ada. Dah puas pelihara (tahan) baru nak lepas," 
katanya.

Isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math, 35, yang berketurunan Melayu Champa, 
bersyukur kerana suaminya dibebaskan.
   
    Nik Aziz’s son freed with 10 others
  By IAN MCINTYRE and C.A. ZULKIFLE
  [EMAIL PROTECTED]       KOTA BARU: “Saya sudah kembali (I’m back),” – those 
were Nik Adli Nik Abdul Aziz’s first words to his father, as they hugged each 
other in the glare of camera flashlights.                   HAPPY REUNION: Nik 
Abdul Aziz (left) welcoming Nik Adli home in Pulau Melaka, Kota Baru.
Mentri Besar TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who is PAS spiritual adviser, 
replied: “Syukur kepada Allah (Thanks Be to Allah)” at their first meeting 
since the son was released from detention under the Internal Security Act.      
 The 39-year-old had been detained for alleged terrorist activities since 2001. 
       The father and son kept their emotions in check before entering their 
family home in Pulau Melaka, some 10km from the state capital, away from the 
attention of a small crowd that had gathered since 2pm.     TG Nik Abdul Aziz 
declined to say much to a flurry of questions by journalists, muttering that 
his heart had been bleeding, and asking where everyone was when his son was 
detained.       Nik Adli is the third of his 10 children.       He was a 
teacher at SM Arab Darul Anwar, which was founded by his family, before he was 
detained.       Later, Nik Adli told reporters that he was only informed that 
he was going to be released after arriving at Bukit Aman
 yesterday from his cellblock in Kamunting, Perak.        “Now, I just want to 
spend time with my family.” He also wished to continue teaching at the same 
school.       He declined comment when asked if he regretted his actions of 
allegedly being involved in an organisation linked to terrorism.        He was 
earlier taken to the Kota Baru district police headquarters to register himself 
as a freed ISA detainee but under certain conditions.       Nik Adli was told 
that he could not leave his home between 11pm and 6am daily, and he was 
restricted to Kota Baru district.       He must also report to the district 
police headquarters every Monday as part of the conditions for his release.     
  His Cambodian-born wife Sles Monica Siles Math, 35, said that initially, she 
did not want to raise her hopes.        “I told myself that I will only speak 
openly once I get to see him in person. Thanks be to Allah,” she said.     
  Nik Adli was freed together with 10 others, comprising four Kumpulan Militant 
Malaysia members and six Jemaah Islamiah (JI) members at noon yesterday.
   
   
  Nik Adli among 11 ISA detainees released  19 Oct 2006
Syed Umar Ariff 


  
---------------------------------
    KOTA BARU: There was joy and anger when Nik Adli Nik Abdul Aziz, the son of 
the Kelantan Menteri Besar, met his family after his release from
detention under the Internal Security Act.


Nik Adli’s sons Nik Abdul Aziz, 9, and Nik Khifayatullah, 5, were overjoyed to 
see their father. 
     After hugging and kissing them, the 39-year-old former religious school 
teacher had an emotional reunion with his wife, Sles Monira Sles Math, 35.      
“I thank everyone who had a hand in releasing me, Alhamdulillah.   This is an 
Aidilfitri present for me and my family,” Nik Adli said.      But Menteri Besar 
Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat had harsh words for the authorities.      TG 
Nik Aziz, who had been waiting in front of his Pulau Melaka house for Nik 
Adli’s arrival, said the authorities would never get a “thank you’ from him.    
  “As long as my heart beats, I will never be thankful to the authorities,” he 
said, adding that Nik Adli had been unjustly detained for five years.      Nik 
Adli was detained on Aug 4, 2001 for alleged involvement in the militant group, 
Kumpulan Militan Malaysia (KMM).      Ten other ISA detainees were also 
released yesterday.      Five were allegedly involved in KMM, and the rest in 
Jemaah Islamiyah.      The other 10 are Zainon Ismail
 (Kedah), Ahmad Tauzi Tarman (Sepang), Md Lotfi Ariffin (Baling, Kedah), Zid 
Saharani Mohamad Isa (Perak), Mohd Rafi Udin (Cheras), Abdul Samad Shukri 
Mohamad (Ampang, Kuala Lumpur), Mazlan Ishak (Kajang), Syed Ali Syed Abdullah, 
(Subang Jaya), Alias Sani (Sandakan) and Abdul Manaf Kasmuri (Klang).      In 
Putrajaya , Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi confirmed that he 
had signed a letter approving Nik Adli’s release.      On his plans, he said he 
wanted to continue teaching besides spending time with his family.
  Meanwhile, Sles Monira said she had been calling the detention centre since 
Tuesday after hearing that her husband would be released.    
  “I was only told about it when I called Bukit Aman yesterday morning.” Nik 
Adli will have to report to the district police station every week. He is not 
allowed to leave the house between 11pm and 5am and will have to get permission 
from the police to leave Kota Baru.
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   



                
---------------------------------
 What is the internet to you?
 Contribute to the Yahoo! Time Capsule and be a part of internet history.

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to