ADUAN RASUAH MEMBABITKAN MENTERI BESAR SELANGOR ISLAM
HAD_ADA_HARI   
 
AHMAD LUTFI B. OTHMAN
24, Jalan 4/21D,
Medan Idaman, Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tel/fax: 03-40243531
019-3722079
Emel: [EMAIL PROTECTED]
Tarikh: 23 Oktober 2001
6 Syaaban 1422

Yang berbahagia
Ketua Pengarah
Badan Pencegah Rasuah
Ibu Pejabat BPR Malaysia
Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62502 Putrajaya

ADUAN RASUAH MEMBABITKAN MENTERI BESAR SELANGOR 

Saya mensyakki, berdasarkan beberapa maklumat yang
dihantar kepada 
saya, dan juga carian saya secara lebih lanjut lagi,
juga berasaskan 
maklumat berkenaan, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri
Dr Mohd Khir Toyo 
perlu disiasat kerana dibimbangi beliau telah
menyalahgunakan kuasa semasa 
diberi amanah untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor
Darul Ehsan. 

Kebimbangan saya itu berdasarkan beberapa perkara
seperti berikut: 

A. PROJEK CADANGAN PEMBINAAN JALAN CROSS BAN 4, SUNGAI
PANJANG (B44) 

Lokasi: Dari Taliair 4, Sekinchan hingga Parit 4, Sg
Hj Dorani (Sebelah 
Ban JPS sediada)
Panjang: 20.5 kilometer
Kos Kontrak: RM92.5 juta
Tempoh Siap: 36 Bulan
Kontraktor: Meram Holding Sdn Bhd
A-205, No. 11, Jalan Sepadu,
United Garden, 58200 Kuala Lumpur.
Jurukur/Rekabentuk: Jalal Johari Consultants,
9127C, Lorong Perak,
Taman Melewati, 53100 Kuala Lumpur.


ISU PERTAMA:

Mengapa Menteri Besar Selangor, melalui Jabatan Kerja
Raya Selangor, 
menganugerahkan projek ini kepada Meram Holding,
sebuah kontraktor 
bermasalah, yang mana tiga projek terakhirnya tidak
dapat disiapkan seperti 
yang dijadualkan, dan akhirnya terpaksa projek-projek
itu diletakkan di 
bawah kontraktor penyelamat? Untuk perhatian, surat
setujuterima tender 
ditandatangani oleh Menteri Besar sendiri. 

Berikut adalah butiran terperinci projek-projek yang
gagal disiapkan 
oleh Meram Holding:

Projek Pertama: Kos Kontrak: RM6,432,233.80
Tarikh Kontrak: 8/12/99 - 27/02/01
Lanjutan Masa 1: 28/02/01 - 19/07/01
Lanjutan Masa 2: 19/07/01 - 30-08/01
LAD dari 31/8/01 sebanyak RM1,595.00/hari
Status Terkini: Projek dijangka siap sebulan lagi

Projek Kedua: Cadangan membina dan menyiapkan Klinik
Kesihatan 3, di 
Air Kuning, Gemas, Negeri Sembilan
Kos Kontrak: RM7,455,190.85
Tarikh Kontrak: 22/07/99 - 11/10/00
Lanjutan Masa 1: 12/10/00 - 16/01/01
Lanjutan Masa 2: 16/01/01 - 31/07/01
Status Terkini: Telah siap dan diserahkan kepada JKR

Kedua-dua projek di atas terpaksa diletakkan di bawah
sebuah kontraktor 
penyelamat, Kayangan Emas, bagi menyiapkan kerja 

Projek Ketiga: Sekolah Menengah Bandar Sultan
Sulaiman, Pelabuhan 
Kelang, Selangor.
Notis tamat kerja diberi pada 22/6/01
Ketika itu, projek hanya siap 43% sedangkan sepatutnya
sudah siap 100%

Mengapa Menteri Besar, yang tentunya dibekalkan dengan
maklumat terkini 
dengan situasi semasa Meram Holding, boleh memilih
kontraktor itu untuk 
mengendalikan sebuah projek bernilai tinggi, iaitu
hampir RM100 juta? 
Harus ingat, ini adalah projek rundingan terus,
bukannya tender terbuka. 
Dan berdasarkan temubual dengan beberapa
sub-kontraktor yang pernah 
berurusan dengan Meram, syarikat tersebut sememangnya
bermasalah besar 
dari segi kewangan. 

Difahamkan surat setujuterima tender dikeluarkan pada
bulan Mei 2001, 
dan di waktu itu sememangnya Meram sudahpun
mencatatkan rekod kerja yang 
negatif. Berdasarkan papan tanda projek, tarikh mula
Meram sepatutnya 
menjalankan kerja ialah 28 Mei 2001 dan tarikh siap
ialah 27 Mei 2004. 
Perhatikan bahawa projek klinik sepatutnya disiapkan
Meram pada 27 
Februari 2001 dan satu lagi pada 11 Oktober 2000. 

ISU KEDUA: 

Mengapa nilai projek ini begitu tinggi sekali, yakni
lebih kurang RM4.5 
juta untuk hanya satu kilometer? Dan perlukah projek
jalan raya 
merentasi kawasan sawah ini dibuat walaupun
membabitkan kos yang cukup tinggi? 
Perlu juga disiasat apakah pembinaan ini didahului
oleh kajian trafik 
mengenai perlu atau tidak, dibelanjakan wang rakyat
yang begitu besar 
sedangkan manfaatnya kepada pengguna tidaklah sebanyak
mana. Lagipun, 
mengapa tidak hanya dinaiktarafkan jalan PLB yang
sedia ada, bersebelahan 
dengan sungai, yakni bukannya dibina sebuah jalan yang
baru, yang 
terpaksa merentasi sawah. 

BPR perlu mendapat taksiran sebenar JKR tentang kos
projek ini kerana 
saya difahamkan bahawa anggaran JKR tidakpun sampai
separuh daripada kos 
yang diperuntukkan, apatah lagi jika bukannya jalan
baru dibina tetapi 
hanya dengan menaiktarafkan jalan PLB sedia ada. 

Sehubungan itu, perlu juga disiasat taksiran oleh JKR
terhadap pakej 
kedua jalan B44, iaitu projek membina dan menyiapkan
jalan dari Sekinchan 
ke Ulu Bernam, yang lokasinya dari Parit 4 Sg Hj
Dorani melalui gambut 
Parit 5- Parit 13 hingga Kg Sungai Panjang. Nilai
kontrak ini, juga 
melalui rundingan terus, ialah RM32.5 juta, sepanjang
9.3 kilometer. 

Projek ini yang bersambung dengan projek pertama yang
dianugerahkan 
kepada Meram Holding, juga bernilai tinggi, iaitu
RM3.495 juta untuk satu 
kilometer. Kontraktornya ialah Radzah Engineering Sdn
Bhd, 97A-2, Jalan 
Raja Muda Abd Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Mohon disiasat 
taksiran JKR terhadap projek kedua ini. 

Hasil siasatan saya menunjukkan Meram Holding
sebenarnya langsung tidak 
menjalankan kerja, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya
kepada Cabaran 
Wangsa Sdn Bhd. Saya mohon disiasat latarbelakang dua
pengarah Cabaran 
Wangsa, iaitu Ahmad Termizi Tajjeury dan Pua Kim An,
kerana disyakki 
pemilihan Cabaran Wangsa sebagai sub-kontraktor juga
berunsurkan rasuah. 
Banyak khabar angin yang disebarkan mengenai hal ini. 

B. BAGAIMANA MESYUARAT EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
YANG 
DIPENGERUSIKAN MB SELANGOR BOLEH MELULUSKAN PERMOHONAN
TANAH DI BUKIT CHERAKAH, SHAH 
ALAM KEPADA EMPAT SYARIKAT BERBEZA TAPI MEMPUNYAI
SEORANG PENGARAH YANG 
SAMA? 

Tarikh mesyuarat Exco: 20 Disember 2000
Lokasi tanah: Bukit Cherakah, Mukim Bukit Raja, Daerah
Petaling, 
Selangor
Empat dari enam pemohon yang berjaya:
1. Layar Kekal (M) Sdn Bhd,
2. Tirai Gemilang Sdn Bhd,
3. Usahasewa Sdn Bhd,
4. Samasys Sdn Bhd
Keluasan: Setiap syarikat mendapat 100 ekar tanah
Hasil carian kami menunjukkan pengarah-pengarah bagi
syarikat 
berkenaan:
1. Layar Kekal: Bahari Mohd Atan, Rahmat Jamhari,
Samsuri Rahmat
2. Tirai Gemilang: Samsuri Rahmat, Amran Abu Bakar
3. Samasys: Bahari Mohd Atan, Rahmat Jamhari, Samsuri
Rahmat
4. Usahasewa: Samsuri Rahmat, Amran Abu Bakar

Perhatikan bahawa SAMSURI RAHMAT menjadi pengarah
kepada semua empat 
syarikat berkenaan, sementara Bahari Mohd Atan, Rahmat
Jamhari dan Amran 
Abu Bakar menjadi pengarah kepada dua syarikat.

Keempat-empat syarikat itu mempunyai alamat daftar dan
alamat 
perniagaan yang sama: No 8, Tingkat 1, Jalan PS ½,
Bandar Pinggiran Subang, 
Seksyen 1, Shah Alam, 40150 Selangor. 

ISU: 

Tanah di Selangor, khususnya di kawasan berdekatan
Shah Alam mempunyai 
nilai yang cukup tinggi. Dikatakan, jika seseorang itu
mendapat 10 ekar 
tanah di kawasan berkenaan, dan kemudian dibangunkan,
keuntungan yang 
diperolehi pemiliknya boleh mencecah RM1 juta bagi
seekar. Dan jika 
dijual terus, tanpa dibangunkan, seseorang boleh
mendapat keuntungan hampir 
RM200,000 bagi satu ekar. 

Walaupun keuntungan dari memperolehi tanah di Selangor
cukup lumayan, 
namun prosedur meluluskan permohonan tanah itu
sepenuhnya ditentukan 
oleh Menteri Besarnya. Seseorang itu tidak memerlukan
apa-apa kriteria pun 
sebelum permohonannya diluluskan oleh Menteri Besar.
Jadi, 
segala-galanya terpulang kepada Menteri Besar untuk
meluluskan tanah kepada sesiapa 
saja yang dikehendakinya. Prosedur ini sepatutnya
dimansuhkan terus 
kerana ia menyebabkan seseorang MB terlalu mudah untuk
terjebak 
mengamalkan rasuah. 

Alangkah baiknya jika proses permohonan tanah
dilakukan secara terbuka, 
agar tawaran harga tertinggi dan beberapa faktor lain
dapat diambil 
kira oleh mesyuarat Exco (Menteri Besar). Dengan itu
kerajaan negeri dapat 
menambahkan pendapatannya. 

Dalam waktu ramai rakyat Selangor kelaparan tanah,
tiba-tiba dengan 
begitu mudah Menteri Besarnya meluluskan tanah, dalam
keluasan yang cukup 
besar, kepada beberapa kerat pemohon, misalnya dalam
kes ini, Samsuri 
Rahmat dan rakan-rakannya. Soalnya, atas kriteria apa
Samsuri dipilih 
mendapat 400 ekar tanah bersama tiga rakannya,
sehingga beliau nampaknya 
begitu istimewa sekali mendapat durian runtuh yang
cukup lumayan itu? 

Saya syak, Samsuri adalah penama bagi pihak lain yang
berkepentingan, 
dan dikhuatiri Menteri Besar atau mereka yang rapat
dengan MB terbabit 
dalam rasuah. Saya mohon agar BPR menjalankan siasatan
rapi bagaimana 
tanah yang begitu luas, di kawasan yang cukup
strategik, boleh diluluskan 
kepada pemohon yang dinyatakan di atas. BPR juga perlu
mengetahui 
bagaimana banyaknya syarikat lain yang juga memohon
tanah yang sama. 

C. BAGAIMANA EMPAT PEMOHON BERUMUR AWAL 20-AN BERJAYA
MENDAPATKAN TANAH 
50 EKAR SETIAP SATU? 

Tarikh mesyuarat Exco: 4 Julai 2001
Lokasi tanah: Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala
Langat, Selangor 
Antara syarikat yang berjaya:
1. Kualiti Anggun Sdn Bhd (Pengarah: Sa'imah bt
Husaini, Ahmad Azmir 
Yusoff)
2. Awal Sentosa Sdn Bhd (Pengarah: Saharrudin
Sulaiman, Noor Ashikin bt 
Mohd)
3. Semaian Bintang Sdn Bhd (Pengarah: Rafie'e Kamal,
Mardhiah bt 
Mohamad)
4. Nadi Jitu Sdn Bhd (Pengarah: Rohayati Kassim, Azril
Yusri Md Yusup)
Keluasan tanah: Lebih kurang 50 ekar setiap syarikat


ISU PERTAMA: 

Hasil carian di Pendaftar Syarikat menunjukkan empat
orang pengarah, 
seorang bagi setiap syarikat, berusia begitu muda,
pada tarikh permohonan 
mereka diluluskan:
1. Tarikh lahir Ahmad Azmir Mohamed Yusoff: 22 April
1981 (20 tahun)
2. Tarikh lahir Noor Ashikin bt Mohamad: 20 Disember
1978 (22 tahun)
3. Tarikh lahir Mardhiah bt Mohammad: 13 Mac 1981 (20
tahun)
4. Tarikh lahir Azril Yusri Md Yusup: 19 Disember 1980
(20 tahun)

Untuk mencari tanah yang kosong, kemudiannya membuat
permohonan melalui 
proses yang ditentukan, bukanlah satu kerja yang
mudah. Sukar diterima 
akal bagaimana pemohon dalam usia itu boleh
melakukannya, dan lebih 
sukar untuk diterima akal, bagaimana seorang Menteri
Besar boleh 
meluluskan permohonan daripada mereka yang berusia
sebegitu muda, yang jika 
mereka masih belajar, belum pun tamat dari pengajian
di universiti. 

Cuba bandingkan, untuk memohon rumah kos rendah
sekalipun memerlukan 
pelbagai syarat ketat. Di samping mempunyai pendapatan
di bawah paras 
tertentu, seseorang itu perlu berkahwin dan mempunyai
anak. Ini supaya 
hanya yang berhak saja mendapatnya. Namun yang
peliknya, bagaimana untuk 
permohonan tanah, yang sememangnya mempunyai nilai
jutaan ringgit begitu 
mudah diluluskan kepada anak-anak muda ini. Dari satu
segi, mampukah 
mereka ini membayar premium tanah yang ditentukan,
apatah lagi untuk 
menukar status tanah nanti? 

Selain itu, ada beberapa fakta menarik untuk dikaji:
Ahmad Azmir Mohd Yusoff, Noor Ashikin Mohammad dan
Mardhiah Mohamad 
dilantik sebagai pengarah pada hari yang sama, iaitu
28 Mei 2001, dan 
tidak sampai pun 50 hari selepas itu, iaitu pada 4
Julai 2001, mereka 
bertiga mendapat tanah seluas 50 ekar di Kuala Langat.


Manakala Azril Yusri Yusup dilantik pengarah pada 15
Feb 2001. Dan 
keempat-empat syarikat mereka, iaitu Nadi Jitu,
Kualiti Anggun, Semaian 
Bintang dan Awal Sentosa mempunyai alamat daftar yang
sama, di No 20-M, 
Lorong Gopeng, Klang, Selangor. Apakah ini menunjukkan
ada orang tertentu 
yang dekat dengan MB yang mendalangi semua
syarikat-syarikat berkenaan? 

ISU KEDUA: 

Sudahlah pemohon yang berjaya ini muda-muda belaka,
carian saya 
menunjukkan sebahagian mereka mendiami rumah yang
keadaan fizikalnya 
mendatangkan syak bahawa mereka sebenarnya hanya
menjadi penama untuk orang 
tertentu dan bukannya pemilik sebenar, malah mungkin
ada yang langsung 
tidak tahu menahu tentangnya. BPR boleh menemuduga
mereka untuk mendapat 
penjelasan lanjut:

1. Alamat Noor Ashikin Mohamad ialah Lot 486-M1, Jalan
Kerdas 2, Kg 
Kerdas, Gombak, 53300 Kuala Lumpur. (rumah kampung
terpencil)
2. Alamat Mardhiah bt Mohamad ialah 54-09-03, Blok 54,
Jalan Ikan Ayu, 
Bt 3 ½, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. (menyewa
flat Dewan 
Bandaraya) 

Bagi pemohon bernama Azril Yusri Md Yusup, alamatnya
di No 10, Jalan 
Padang Tembak, 43000 Kajang. Siasatan saya menunjukkan
rumah ini adalah 
rumah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dan
Azril Yusri dikatakan 
anak kepada seorang Pegawai Daerah di negeri Selangor.
Ada pihak 
mendakwa, tanah diberikan kepada anak DO ini bagi
melicinkan lagi urusan 
permohonan tanah di Kuala Langat itu. 

Saya juga dimaklumkan tentang keputusan mesyuarat Exco
Kerajaan 
Selangor pada 20 November 2000, yang meluluskan tanah
sebanyak 750 ekar di 
Shah Alam, yang mana 50 ekar daripadanya diluluskan
kepada Tuluskasa 
Corporation (M) Sdn Bhd. Yang menariknya, seorang dari
pengarah syarikat 
ini, Rokmaa bt Haji Mat (27 tahun, beralamat 12-2A,
Jalan Pandan 3/10, 
Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur - rumah kedai), ketika
ditanya melalui 
telefon menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu
tentang tanah berkenaan. 

Saya bimbang, seperti juga kes-kes membabitkan pemohon
yang muda tadi, 
mereka sebenarnya mungkin langsung tidak tahu bahawa
mereka telah 
mendapat tanah, dengan keluasan tertentu, dan bernilai
tinggi. Amalan 
menggunakan nama orang lain oleh pihak yang rapat
dengan MB untuk memohon 
tanah sememangnya lumrah, bagi mengelak dari dijejaki
BPR atau pihak 
berkuasa. BPR perlu mengambil berat isu-isu seumpama
ini. 

Seperti yang saya cadangkan di atas, latar belakang
pengarah Cabaran 
Wangsa, Ahmad Termizi Tajjeury juga harus disiasat
kerana dibimbangi 
beliau juga hanya menjadi penama bagi pihak lain. Saya
telah meninjau 
keadaan rumahnya di No 10, Jalan Sri Cheras 10, Taman
Sri Cheras, Bt 9 
Cheras. Ia hanya sebnuah rumah lama teres setingkat. 

Sedangkan carian saya menunjukkan bahawa Ahmad Termizi
ini juga berjaya 
mendapat tanah seluas 50 ekar di Shah Alam (pada 20
November 2000) 
melalui Tuluskasa Corp dan 50 ekar lagi di Kuala
Langat. (pada 4 Julai 
2001), selain menjadi pengarah utama sub-kontraktor
yang menjalankan projek 
bernilai RM92.5 juta di Sekinchan. 

D. BAGAIMANA PEMOHON YANG SAMA BOLEH BERJAYA MENDAPAT
TANAH LEBIH DARI 
SEKALI? 

Maklumat yang dibekalkan kepada saya, hanya
berdasarkan kepada tiga 
kali mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Itu pun
secara rawak. 
Dibimbangi kes-kes yang sama juga mungkin berlaku
dalam keputusan Menteri 
Besar terhadap permohonan tanah, dalam mesyuarat Exco
yang lain. 
Bayangkan, Dr Khir Toyo sudahpun hampir 14 bulan
menjadi Menteri Besar, jadi 
entah berapa banyak tanah yang telahpun diluluskannya,
dan siapa pula yang 
berjaya? 

Cuba perhatikan maklumat berikut:
Mesyuarat Exco pada 20 November 2000
1. Lulus 50 ekar tanah kepada Fadhilat Permai Sdn Bhd
di Shah Alam. 
Pengarah: Ali Nordin, Suzaliwani bt Mustapin
2. Lulus 50 ekar tanah kepada Teroka Bakti Sdn Bhd di
Shah Alam 
Pengarah: A. Rahman Mokhtar, Azizan Mohamad
3. Lulus 50 ekar tanah kepada Tuluskasa Corp Sdn Bhd
di Shah Alam 
Pengarah: Ahmad Termizi Tajjeury, Rokmaa Hj Mat

Mesyuarat Exco pada 4 Julai 2001
1. Lulus 50 ekar tanah kepada Global Bakti Sdn Bhd di
Kuala Langat 
Pengarah: Suzaliwani Mustapin, A Rahman Mokhtar
2. Lulus 50 ekar tanah kepada Chekal Sejajar di Kuala
Langat Pengarah: 
Ahmad Termizi Tajjeury, Ali Nordin

Perhatikan beberapa nama berulang dua kali, seperti
Ahmad Termizi 
Tajjeury, A Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustapin, Ali
Nordin. 

Kelulusan tanah lebih merupakan satu anugerah kerajaan
negeri kepada 
seseorang. Ia tentunya merujuk kepada jasa pemohon
kepada kerajaan atau 
kemampuan seseorang untuk membangunkan tanah itu.
Berdasarkan bayaran 
premium yang rendah dan keuntungan lumayan yang
menunggu, maka boleh 
dirumuskan bahawa kelulusan sesuatu bidang tanah lebih
ditentukan oleh 
hubungan seseorang itu dengan Menteri Besar atau pihak
lain yang rapat 
dengan MB. 

E. ISU-ISU LAIN YANG HEBOH DIPERKATAKAN TENTANG
MENTERI BESAR SELANGOR 

1. Membayar baki pinjaman perumahannya sebanyak
RM150,000 secara tunai 
kepada BBMB Kajang, dalam masa lebih kurang 15 hari,
daripada 
pertengahan Mac 2001 hingga akhir Mac 2001. Perhatikan
jumlah wang tunai yang 
dibayar dengan gaji Menteri Besar yang mula memegang
jawatan itu pada 
pertengahan Ogos 2000. 

2. Memberikan pinjaman peribadi sebanyak RM6 juta
kepada Sultan 
Selangor tanpa melalui prosedur yang ditentukan, dan
bayaran dibuat dalam masa 
24 jam, manakala bayaran pemati stem pun dibayar
kerajaan negeri. 

3. Menswastakan kutipan sewa rumah bagi pihak kerajaan
negeri kepada 
sebuah syarikat, Noble Nexus, yang ada kaitan dengan
seorang pemimpin 
Umno Tanjong Karang. Menerusi penswastaan ini, semua
urusan masih 
dikendalikan kerajaan negeri, syarikat hanya
berperanan menghantar surat 
peringatan atau memulakan tindakan undang-undang
kepada penyewa yang engkar. 
Upahnya, syarikat mendapat 30% daripada kutipan, dan
sewa tertunggak 
hingga kini lebihkurang RM380 juta. BPR boleh menemui
pegawai yang 
menentang cadangan penswastaan ini, yang khabarnya
telahpun dipindahkan dari 
Shah Alam. Syarikat ini juga membekalkan semua
peralatan yang 
diperlukan Jabatan Bekalan Air Selangor. 

4. Projek pembinaan Universiti Selangor yang
diusahakan oleh Talam Corp 
juga hangat diperkatakan. Talam dikatakan membina
Unisel untuk Kerajaan 
Selangor dengan belanja RM600 juta. Kerajaan negeri
tidak perlu 
membayar apa-apa kepada Talam, tetapi Talam diberikan
sejumlah tanah yang 
begitu luas sebagai imbalannya. Ada berkata keluasan
tanah itu melebihi 
1,300 ekar dan nilainya jauh berlipat kali ganda
daripada RM600 juta. Dr 
Khir juga dikatakan menerima imbuhan lumayan daripada
Talam, minta 
siasat. 

5. Menteri Besar didakwa menggunakan kuasa dan
pengaruhnya sebagai 
Pengerusi PKNS dalam satu mesyuarat, untuk mendapatkan
sebidang tanah di 
Shah Alam, sehingga menyebabkan pengurusan PKNS
membuat dua kali tawaran 
harga tanah tersebut kepadanya. Ini kerana MB tidak
berpuas hati dengan 
tawaran harga yang pertama. 

6. Butiran lanjut boleh disemak dari lamanweb 
http://64.4.14.250/cgi-bin/linkrd?_lang=EN&lah=2471a75a223db9059fe9960a6d6df307&lat=1003826344&hm___action=http%3a%2f%2fdetik%2edaily%2etripod%2ecom.


F. MOTIF ADUAN 

Tiada tujuan lain kecuali memastikan setiap wang
rakyat dan khazanah 
negara ini tidak dibolot oleh mana-mana pihak secara
tidak 
bertanggungjawab. Proses mengagihkan kekayaan negara
harus adil dan melalui prosedur 
yang telus. Kebajikan majoriti rakyat, khususnya
golongan miskin, mesti 
diutamakan. 

Amalan korupsi, pilih kasih, nepotisme, mementingkan
diri dan kelompok 
mesti disekat dan dibanteras. Sistem yang korup akan
menjerumuskan 
sesiapa saja termasuk mereka yang pada mulanya
berakhlak mulia. Bagi saya, 
proses permohonan mendapatkan tanah, dan bagaimana ia
diluluskan perlu 
dirombak secepat mungkin. 

Amat tidak wajar seorang MB berkuasa mutlak
menentukannya; begitu juga 
dengan prosedur meluluskan projek-projek pembinaan di
bawah kerajaan 
negeri. Kuasa mutlak MB harus dimansuhkan segera. BPR
wajar mendapat 
maklumat lanjut proses penganugerahan tender ini
dengan JKR negeri kerana 
ia berbeza dengan proses di Persekutuan. Kuasa MB
terhadap Pengarah JKR 
Negeri cukup ketara. 

Saya mengharapkan BPR dapat menjalankan siasatan
terperinci, bukan saja 
dalam kes-kes yang saya jelaskan di sini, tetapi juga
kes-kes lain yang 
turut disyakki. Saya hanya mengutarakan keputusan
permohonan kelulusan 
tanah daripada hanya tiga kali mesyuarat Exco Kerajaan
Negeri Selangor, 
dan dua projek dalam pakej pembinaan jalanraya B44 di
Sekinchan. 
Dibimbangi banyak lagi kes lain yang turut mengandungi
elemen rasuah yang 
ketara. 

Setakat termampu, saya akan memberikan kerjasama.
Segala penyelidikan 
yang saya lakukan hanyalah usaha perintis bagi
memudahkan BPR, yang 
tentunya mempunyai kemampuan dan kelebihan untuk
melakukan siasatan secara 
lebih professional dan menyeluruh, tanpa takut dan
bimbang. 

Siasatan BPR juga diharap dapat menamatkan segala
tohmahan buruk kepada 
Menteri Besar Selangor, jika didapati ia tidak benar
ataupun tidak 
mempunyai fakta yang cukup untuk mensabitkannya. 

Di atas kerjasama dan perhatian serius BPR terhadap
aduan saya ini, 
saya dahulukan jutaan terima kasih. 

Sekian. 

AHMAD LUTFI BIN OTHMAN
No. K/P: 630709-02-5667 



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to