Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail memberi
jaminan akan mengkaji segenap aspek termasuk bantahan
beberapa Ahli Parlimen UMNO sebelum penubuhan
Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)
dimuktamadkan.

Pemimpin UMNO takut jika IPCMC di tubuhkan, Polis dan
BPR tidak boleh lagi digunakan sebagai alat untuk
menindas dan menipu rakyat demi mengekalkan kuasa
politik mereka.   
Contoh kejahatan Polis Malaysia:

http://malaysia-today.net/columns/saari/index.htm

Tuesday, March 21, 2006
Sengsara Kem Kamunting (3) 
Oleh Saari Sungib
mailto:[EMAIL PROTECTED]

Sepanjang berada di Kem Kamunting saya dan Ezam
mengambil pendekatan mengekalkan hubungan baik dengan
para warder. Kami memberitahu mereka musuh kami adalah
Mahathir dan Badawi. Pegawai penjara dan warder bukan
musuh kami. Kami bercerita kepada mereka perjuangan
Reformasi dan kenapa kami dimusuhi oleh Mahathir.
Juga, kenapa kami memusuhi Mahathir. Ezam bersyarah
panjang lebar tentang rasuah dan kroni. Saya hentam
Mahathir kerana bolot kuasa, cabul hak rakyat dan
fitnah Anwar Ibrahim.

Di Kem Kamunting setiap warder kami panggil menurut
pangkat mereka. Warder yang ada dua calit kami panggil
kopral dan yang ada tiga calit kami panggil sarjen.
Tidak ada satu calit atau pangkat lans kopral dalam
sistem penjara.

Bagi warder yang berpaku di bahu, kalau satu atau dua
paku kami panggil Encik atau Cik. Kalau tiga paku dan
atas-atas, kami panggil tuan saja. Warder yang tiada
calit dan paku, kami panggil Cikgu.

Setahu saya mereka suka dipanggil cikgu. Glamour
agaknya. Di kalangan cikgu, ada yang sudah berbelas
dan berpuluh tahun kerja di penjara. Ada yang tidak
mahu dapat calit sebab tidak mahu pindah. Kalau jadi
kopral, kena pindah penjara lain. Oleh itu ramai
warder yang bersikap tidak naik pangkat pun tidak
mengapa, janji dapat kekal di Kem Kamunting. Mereka
seolah-olah suka kerja di Kem Kamunting. Rileks kot!

Cikgu-cikgu juga ada gelaran. Ada dua orang cikgu
namanya sama, Ahmad. Seorang bila masuk sahaja ke blok
tahanan selalu senyum. Kami panggil dia Cikgu Mat
Senyum!. Seorang lagi selalu batuk, kuat pula tu. Jadi
kami panggil dia Cikgu Mat Batuk!.

Ada problem sikit. Kalau Cikgu Mat Batuk masuk shif
malam, alamat kami tidak tidur lenalah. Asik terbangun
dek batuknya yang kuat tu. Itu juga derita namanya tu,
sengsara Kem Kamunting!

Shif siang dan petang biasanya ada tiga warder.
Seorang Encik, seorang Kopral atau Sarjen dan seorang
Cikgu. Shif malam hanya dua orang. Kedua-duanya Cikgu.
Tengok jenis Cikgu macam mana. Kalau Cikgu Mat Senyum
masuk, saya akan korek!

Kepada Cikgu Mat Senyum yang sudah bekerja di Kem
Kamunting 20 tahun, saya tanya siapa yang masuk Kem
Kamunting? Jawabnya dengan yakin: "Tahanan politik".
Katanya dia jugalah yang jaga Suhaimi Said, Kit Siang,
Guan Eng, Karpal Singh, V David, P. Patoo, Kia Soong,
Nasir Hashim, Mohd Sabu, Khalid Samad, Mahfudz dan
yang lain sewaktu dan selepas waktu dengan mereka.

Cikgu Mat Senyum rasa kasihan tengok orang-orang
cerdik pandai, berpendidikan tinggi dan baik-baik kena
tahan duduk penjara macam orang salah. Bukan salah
pun, katanya. Tapi "depa dah nak tangkap, nak buat
macam mana. Kami jaga sajalah".

Cikgu Mat Senyum cerita masa kes Memali dulu dua buah
bas sarat dengan orang-orang Kampong Memali diangkut
ke Kem Kamunting. Tangkap muat! Kesian katanya
orang-orang kampong ditangkap dan dikurung di Kem
Kamunting. Antara mereka ramai orang-orang tua. Paling
tua ada yang dekat-dekat 65 atau 67 tahun. Budak pun
ada. Katanya ada seorang yang berusia 16 tahun. Semua
kena ISA sebab dituduh bersubahat dengan Ustaz Ibrahim
Libya.

Cikgu Mat Senyum sedih kerana mereka masuk Kem
Kamunting bukan kena buat apa-apa pun. Bukan ada apa
program pun. Cuma kena kurung. Semua datang dari
Memali. Orang-orang tua yang ditahan sedih tidak lalu
makan. Cakap pun tak mahu. Ada seorang yang duduk diam
menyendiri. Tegur orang pun tidak. Sasau. Macam nak
jadi gila, dah tak siuman dah.

Budak berumur 16 tahun itu pula, asik menangis saja.
Tak henti-henti menangis.

Selepas 3 bulan mereka dihantar balik ke Memali.
Hantar balik pun naik bas. Jumlah semua mereka adalah
43 orang!

Itu tidak termasuk apa jadi kepada mereka ketika
mereka ditahan di Alor Setar sebelum dihantar ke Kem
Kamunting. Ramai di kalangan mereka yang diseksa.
Pengakuan mereka yang telah disiarkan oleh PAS pada
masa itu adalah ramai di kalangan mereka yang dicabut
bulu janggut, bulu misai, bulu lubang hidung dan bulu
anunya.

Terdapat juga tahanan di kalangan makcik-makcik dan
kakak-kakak yang juga dihina sedemikian rupa. Kalau
nak buang air, buang air saja di tandas yang pintunya
sengaja dikopakkan. Ketika mereka mencangkung di dalam
tandas lompong tersebut, mereka diperhatikan oleh
anggota polis yang mengawal!

Tidak mengapa, saya tidak mahu ungkit cerita Memali.
Kes tutup! Sebab itulah kemahuan para mangsa sendiri.
Tetapi catatan kekejaman ISA dan sengsara Kem
Kamunting pasti terus menghantui mereka hingga ke hari
ini.

Cikgu Mat Senyum juga menceritakan betapa kasihannya
beliau terhadap dua orang adik beradik berbangsa Cina.
Mereka memiliki satu perniagaan kecil mencetak buku,
plastik dan seumpamanya. Tiba-tiba mereka ditahan di
bawah ISA. Kemudian mereka dihantar ke Kem Kamunting.
Mereka dituduh terlibat dalam sindiket memalsukan
pasport.

Dua orang adik-beradik itu sering menangis mengenang
nasib malang mereka. Kecewa dan marah kerana tidak
dapat membela diri. Mereka benar-benar rasa dianiaya.
Kena zalim. Kena tindas. Menurut mereka sebenarnya
mereka mendapat pesanan mencetak sampul plastik
bersaiz pasport. Mereka tidak tahu-menahu sampul
plastik itu akan digunakan untuk pasport. Ada pesanan
maknanya ada biznes. Maka mereka pun terimalah pesanan
tersebut. Lagipun itu suatu yang menjanjikan
keuntungan.

Tiba-tiba semasa disoal-siasat oleh SB mereka
diberitahu bahawa mereka telah terlibat membekalkan
sampul plastik kepada satu sindiket besar memalsukan
pasport. Mereka memberitahu yang mereka tidak
tahu-menahu tentang sindiket tersebut, juga tidak tahu
kalau ada sebarang aktiviti mereka yang melanggar
mana-mana undang-undang negara. Kerja mereka hanya
biznes, bekalkan pesanan pelanggan dan dapat bayaran.

SB-SB penyoal-siasat tidak terima pembelaan diri
mereka. Menurut SB mereka telah secara tidak sedar
terlibat langsung dengan sindiket pemalsuan pasport
dan dengan itu telah memudaratkan keselamatan negara.

Kedua orang adik beradik itu melalui hari-hari getir
selama 2 tahun di Kem Kamunting. Setelah genap tempoh
penahanan 2 tahun, dalam keadaan mereka bersiap sedia
untuk dibebaskan, tiba-tiba datang surat perintah
tahanan. Sambung lagi 2 tahun!. Merengkoklah mereka
selama 4 tahun di Kem Kamunting. Kesalahan? Mencetak
sampul plastik berukuran pasport yang asalnya hanya
sebagai satu urusan perniagaan memenuhi permohonan
pelanggan. Deritanya ISA!

Saya juga diberitahu oleh cikgu-cikgu bahawa seorang
tahanan yang menghantar makanan ke blok kami
sebenarnya adalah seorang yang kaya raya. Dia seorang
berketurunan Cina. Namanya Robert.

Robert dikatakan memiliki banyak motosikal berkuasa
tinggi. Beliau suka memecut motosikalnya dengan laju
di lebuhraya. Rumahnya besar. Kereta-kereta mewah juga
banyak. Robert ditahan di Kem Kamunting di bawah
kategori MINSU.

MINSU adalah singkatan kepada Mint Palsu atau wang
syiling palsu.

Robert kaya sebab buat syiling palsu atau mungkin
sebab dia kayalah maka dia buat syiling palsu. Apa
cerita ini?

Tapi Robert pernah sendiri berkata:"Banyak susah ooo,
syiling tatak banyak untung loo.. baik bikin itu
Panadol. Panadol palsu lagi manyak untung looo".

Seminggu dua selepas saya dengar Robert mengeluarkan
kata-kata seperti itu, saya dapat tahu Robert telah
dibebaskan.

Kes Robert diceritakan sebagai kes 50/50. Maksudnya,
Robert ditahan di bawah ISA di atas kes buat syiling
palsu. Syiling yang dapat dirampas dilaporkan dapat
dirampas, yang tak dapat dirampas...Allahu a'lam.
Juta-juta!. Semasa soal-siasat berlaku rundingan.
Dengan siapa ya? Bila Robert masuk Kem Kamunting tutup
cerita. Jangan buka mulut. Lepas dua tahun di Kem
Kamunting, Robert dibebaskan. Keluar-keluar saja,
split! Split 50/50. Dengan siapa ya?

Semasa saya ditahan pertama kali pada tahun 1998, saya
membidas SB penyoal-siasat tentang polis tidak
bertindak terhadap jenayah-jenayah maksiat di negara
ini. ASP Pilus yang menyoal-siasat saya menjawab: "You
kena tahu, kami telah diajar untuk tidak jolok sarang
tebuan.. Kalau kami jolok, siapa nak bayar gaji kami".

Maksudnya SB dapat dua jenis gaji. Satu gaji rasmi,
satu lagi gaji gelap. Gaji gelap datangnya daripada
taukey-taukey biznes maksiat seperti pelacuran, "judi
haram" dan rumah-rumah urut.

Demikian juga semasa saya ditahan kali kedua pada
tahun 2001, ASP Mohd Arif Ariffin yang menyoal-siasat
saya selalu mempertahankan taukey-taukey yang
menjalankan biznes maksiat. Katanya: "you tak boleh
buat undang-undang Islam di negara ini. Taukey-taukey
besar tu, balik kerja nak pergi rumah urut. Nak main
perempuan. You buat Islam, habis mereka memberontak.
Tak aman negara ni jadinya nanti".

Saya percaya bahawa split 50/50 yang dilakukan oleh
Robert ada kaitan dengan apa yang dikatakan oleh ASP
Pilus dan ASP Mohd Arif Ariffin.

Bahkan bukan lagi satu perkara yang rahsia di kalangan
tahanan di bawah kategori syiling palsu, IC dan
pasport palsu bahawa lokap serta kemudahan semasa
ditahan selama 60 hari soal-siasat polis ada harganya.
Kalau bayar RM20,000 dapat itu, itu dan itu. Kalau
bayar RM10,000 dapat sekian dan sekian. Bayar kepada
siapa? Siapa yang membayarnya? Macam mana nak buat
bayaran? Itu bisa diatur, pak!

Ini tidak termasuk tahanan yang dapat buat panggilan
kepada isteri atau girl-friend. Boleh guna handphone.
Boleh bertemu isteri untuk memenuhi hajat sebagai
suami isteri. Dengan girl-friend? Bisa diatur! Bila?
Ya, semasa disoal-siasat dalam tempoh 60 hari. Rasuah?
Jawablah sendiri. ISA? Jawabnya, ya.

Ezam menceritakan kepada saya bagaimana
pegawai-pegawai yang menyoal siasatnya nampak begitu
mewah sekali. Ada yang berpakaian kemeja berjenama
mahal. Ada yang memakai jam berjenama Rolex. SB yang
sama memiliki kereka BMW. Mana dapat wang, bung?

Ezam juga menceritakan kepada saya bahawa semasa
ditahan lokap sebelum kena ISA, beliau jumpa seorang
anak muda yang menunjukkan kesan-kesan bintat-bintat
merah penuh di badan dan kepalanya. Beliau ditahan
kerana dipaksa mengaku di mana beliau menyembunyikan
kereta yang dicurinya. Beliau mengatakan beliau tidak
mencuri kereta dan tidak tahu menahu apa-apa tentang
kereta yang disembunyikan.

Anak muda ini diikat tangatnya ke sebatang palang dan
bajunya dibuka. Setiap kali beliau enggan mengaku,
beliau ditembak dengan sepucuk pistol berpeluru getah.
Menurut Ezam anak muda itu kata pistol itu pistol
betul. Hentakan peluru getah itu amat kuat. Sakit.
Perit. Berdas-das tembakan itu dilepaskan pada jarak
dekat ke arah badan dan kepala anak muda itu.

Apa motif tindakan polis di balai tersebut?. Ezam
dengan berani mengatakan: "Polis nak duit lah".

Menurut Ezam ada sindiket di belakang kereta curi.
Setiap kereta yang dicuri insuran kena ganti. Untuk
selamatkan duit syarikat insuran, "komisyen" diberikan
kepada polis kalau jumpa semula kereta yang dicuri.
"Komisyen" biasanya RM5,000 bagi setiap kereta yang
berjaya ditemui. Ini bermakna jika sebuah kereta
Proton dicuri, syarikat insuran kena bayar ganti
sekitar RM50,000 atau RM60,000. Tapi kalau dapat
ditemui semula dengan khidmat polis yang cekap, maka
syarikat insuran hanya kena keluar RM5,000.

Saya tanya beberapa kali: "Betul ni Ezam, polis tembak
budak tu, duit punya pasal". Ezam menjawab:
"Betul...betul Pak Abu.”




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to